Selepas seminggu Affan datang ke rumah Hakimi,hari ini semasa makan malam Hakimi memanggil Fatini ke ruang tamu. Fatini pun pergi ke ruang tamu untuk berjumpa Hakimi.
"Ada apa bang"tanya Fatini.
"mai sini!ada benda aku nak cakap dekat hang" kata Hakimi sambil tangannya menyuruh Fatini duduk.
Fatini pun duduk disebelah Hakimi sambil menundukan kepalanya.
"fatini esok ikut aku pergi ke mahkahmah syariah untuk uruskan perceraian kita"kata Hakimi.
"Baik lah" kata Fatini.Di hati Fatini ia berasa sangat lega akhirnya dapat juga ia bebas dari Hakimi.
"Esok aku nak hang kemas barang hang semua, esok balik dari mahkahmah syariah aku hantar hang ke stesen keretapi."kata Hakimi.
"tapi macam mana dengan Kaisara"kata Fatini.
"jangan risau pasal kaisara. Sepupu aku akan jaga dia."kata Hakimi.
Mendengar kata-kata Hakimi, hati Fatini berasa lega kerana ia tak perlu risau tentang nasib Kaisara. Cuma di hatinya terasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan Kaisara.
Malamnya Fatini mengemas kain bajunya untuk ia bawa. Selama hampir 7 bulan ia berada di rumah Hakimi.Terlalu banyak derita di sini. Esok ia akan pulang kembali ke rumah ibunya.
Fatini menghubungi Ibunya mengunakan telefon bimbitnya. Fatini memberitahu tentang ia akan bercerai dan akan pulang berjumpa dengan ibunya. Mendengar kata-kata Fatini,membuatkan ibunya merasa sedih mimikirkan nasib anaknya yang menjadi janda di dalam usia yang muda. Fatini juga menceritakan apa yang Hakimi lakukan padanya selama ini pada ibunya dengan suara teresak- esak. Selepas mendengar apa yang telah Hakimi lakukan pada Fatini. Maimunah merasakan mungkin ini adalah jalan terbaik untuk anaknya.
Hakimi pula tidak sabar untuk di satukan dengan kekasih hatinya bernama Norkarina. Sudah lama ia ingin menyunting Norkarina sebagai isterinya. Tapi Norkarina menolak kerana masih berlajar. Sekarang Norkira sudah habis berlajar di Universiti Utara Malaysia.
Hakimi sangat menyayangi kekasihnya Norkarina itu. Hampir tiap-tiap minggu Hakimi datang bertemu Norkarina. 2 bulan yang lalu Norkarina dapat tahu tentang perkahwinan Hakimi dan Fatini dan terjadilah pergaduhan.
Jenuh juga Hakimi memunjuk Norkarina. Hakimi memberitahu tentang mengapa dia mengahwini Fatini. Hakimi juga memberitahu ia tidak punya perasaan pada Fatini. Selepas melakukan berbagai cara untuk memujuk Norkarina barulah Norkarina berbaik balik dengan Hakimi.
Dan Hakimi berjanji akan bercerai dengan Fatini.Norkarina juga meminta supaya Hakimi mempercepatkan bertunangan mereka.
Pagi ini Fatini bangun pagi dengan hati yang sangat gembira. Kerana hari ini adalah hari terakhir ia berada di rumah Hakimi. Sebelum pergi ke mahkahmah syariah ia membuat sarapan dan membancuh air. Fatini juga memandikan Kaisara. Affan dan isterinya akan datang mengambil Kaisara pagi ini.
Fatini juga sudah mengemas barang-barang kaisara untuk di beri pada Affan nanti.
Selepas Affan dan isterinya datang mengambil kaisara,Hakimi dan Fatini pun bertolak ke mahkahmah syariah bersama. Hakimi dan Fatini bercerai dengan talak 1. Selesai urusan di mahkahmah syariah Hakimi menghantar Fatini ke stesen keretapi.
Sebelum ke luar dari kereta, Fatini menyalami tangan Hakimi dan menciumnya.
"Abang,Fatini minta maaf kalau selama ini fatini ada buat salah pada abang"kata Fatini. Lalu membuka pintu kereta dan keluar.
"Haala"balas Hakimi. Selepas Fatini keluar dari kereta Hakimi pun pergi dari situ.
Fatini pergi membeli tiket keretapi untuk ke selangor di kaunter. Selepas membeli tiket Fatini menunggu di tepat menunggu sampai keretapi yang akan ia naik sampai. Di hati Fatini terasa bersyukur kerana mula hari ini ia bebas dari Hakimi. Sampai saja keretapi yang akan ia naikki,Fatini bangun dari duduknya dan berdiri di tempat yang telah di tulis di tiketnya. Berhenti saja keretapi pintu terbuka dan sudah tidak ada orang keluar baru lah Fatini masuk ke dalam keratapi.
Fatini pun duduk di bangku nombor yang tertulis di tiketnya. Keretapi pun berjalan selepas pintu di tutup. Fatini memadang di luar tingkap. Di dalam hatinya berbisik selamat tinggal pada tempat yang membuat ia menderita dan sengsara. Mungkin selepas ini ia tak kan lagi menyejakkan kaki di sini.
Sampai di stesen yang fatini ingin turun. Fatini pun keluar dari keretapi bila pintu di buka. Fatini menelefon ibunya memberitahu ia sudah sampai di stesen keretapi. Ibu Fatini memberitahu sebentar lagi abangnya Farish akan pergi mengambilnya di stesan.
20 minit kemudian Farish pun sampai untuk mengambil Fatini. Farish terkejut melihat tubuh adiknya Fatini. Kerana kelihatan agak kurus dan mukanya kelihatan jengkung. Ada perasaan bersalah di hatinya melihat keadaan Fatini.
"jom kita pergi makan dulu"kata farish pada Fatini.
"Ada duit ke ni ajak pergi makan"kata Fatini.
"jangan risau lah,abang dah ada kerja tetap la sekarang ni"kata Farish.
"ya ke atau guna duit mak"kata fatini.
"Abang dah berubah la. Dah 3 bulan abang kerja jadi posmen"kata Farish.
Farish menghidupkan enjin motornya dan Fatini pun naik di belakang Farish. Sebelum balik ke rumah Farish membawa Fatini makan dulu di kedai. Sampai di rumah sudah ada Maimunah menunggu mereka berdua di depan pintu.
Melihat ibunya Fatini berlari menghampiri ibunya dan memeluk. Air mata Fatini tidak berhenti keluar begitu juga ibunya menangis melihat sosok tubuh yang ia rindukan selama ini.
"Maafkan mak dan abang "kata Maimunah.
"tak mak tak buat salah apa pun"kata Fatini.
Malam ini Fatini merasa sangat bahagia kerana dapat kembali di sisi ibu dan abangnya.
Share this novel
sedih bc bab 7 dan 8.tp mgkn ada hikmah selepas ni