Bab 22

Drama Completed 39370

Sudah 2 minggu Haikal di rumah Fatini. Bila Hakimi pulang ke rumah yang ia tinggal bersama Karina ia terasa sunyi. Kerana tidak ada lagi keletah anak istimewanya itu. Tapi sekarang Hakimi akan bergilir-gilir berada rumah Fatini dan Karina.

Kalau giliran berada di rumah Fatini.Hakimi akan berulang dari tempat kerjanya ke rumah Fatini 1 jam setengah. Jika giliran Karina pula hanya 30 minit saja ke tempat kerja dari rumahnya.

Cuti sekolah sebulan telah tiba jadi Danish dan Damira pun kerap berada di rumah saja. Begitu juga dengan Haikal. Semasa Haikal bersekolah di rumah Fatini,Hakimi mengupah paksu Fatini untuk hantar dan ambil Haikal dari sekolah. Kerana Fatini tidak ada lesen kereta. Untuk membawa Haikal dengan menaiki motor agak bahaya. Kerana Haikal jenis tak reti duduk diam.

Keputusan PT3 pun akan keluar tak lama lagi.Damira dan Danish masing-masing berdebar-debar untuk mengetahui keputusan ujian PT3.

Sebelum keputusan ujian PT3 keluar. Hakimi berjanji akan membawa isteri dan anak-anaknya pergi bercuti. Hakimi juga mengajak Karina tapi Karina memberi alasan tidak boleh ikut.

Kaisara anak saudara Hakimi yang di jaga oleh Affan dari usia 5 tahun pun akan mengikut Hakimi pergi bercuti.Kerana Kaisara pun sedang cuti sementer sekarang ini.

Selalunya Kaisara akan menaiki keretapi untuk pulang ke rumah ayah angkatnya Affan di perak. Tapi kali ini ia menumpang kereta kawannya. Kebetulan rumah kawannya melalui rumah Affan sebab itu lah kawannya mengajak Kaisara. Sekurang-kurangnya ada la kawan bersembang dalam kereta masa dalam perjalanan. Kawan Kaisara itu bernama Fairus.

Sampai di satu tempat Fairus memandu keretanya keluar dari lebuh raya menuju ke subuah shoping mall agak besar di negeri itu. Kerana ingin membeli sedikit barang dan singgah untuk makan.

Semasa Kaisara sibuk mancari barang untuk di beli.Tiba-tiba Kaisara terpandang seorang wanita yang ia kenal. Ia melihat kelibat wanita tersebut,pada mulanya ia ingin mendekati orang tersebut.Tapi Kaisara membatalkan niatnya itu bila melihat wanita terbabit bersama dengan lelaki yang ia tidak kenal. Bukan bersama paksunya suami wanita itu.

Kaisara menyembunyikan dirinya dari di lihat oleh Karina. Ya wanita itu adalah Karina yang sedang bersama dengan kekasihnya Haris. Kaisara melihat kelakuan Karina dengan Haris dari jauh. Ia melihat Karina berjalan sambil memengang tangan Haris.

Tiba-tiba tangan Kaisara mengambil telefon pintarnya lalu merakam ke mesraan 2 sejoli itu.Kaisara tahu Karina tidak berapa suka dengan dirinya. Sebab itulah Hakimi terpaksa memberi Kaisara pada Affan untuk menjaganya.

Kaisara merasa sakit hati melihat Karina bermesra dengan lelaki lain. Kerana ia tahu bertapa Hakimi terlalu menyanggi dan mencintai Karina. Walau pun Karina tahu paksunya sudah bernikah kembali dengan Fatini.

Risau jika Karina menyedari dirinya berada di situ. Kaisara mengajak Fairus keluar dari shoping mall tersebut. Fairus pun mengikuti kehendak Kaisara. Keluar dari shoping mall mereka pun mencari kedai makan yang agak jauh dari shoping mall tersebut.

Selesai makan Fairus pun memandu keretanya masuk kembali ke lebuh raya. Fairus dan Kaisara pun meneruskan perjalanan mereka ke arah perak utara. Dalam pukul 6.00 petang Kaisara pun sampai di rumah Affan.

Di rumah Affan sudah ada Isteri Affan dan anaknya menunggu Kaisara. Kaisara pun keluar dari kereta dan mengambil barangnya di dalam bonet. Fairus pun keluar dari kereta untuk menyalami Affan. Selesai Kaisara mengambil barangnya,Fairus pun mengundurkan diri untuk pulang ke rumahnya.

Pada mulanya Affan menjemput Fairus masuk ke dalam rumah. Tapi kerana hari sudah semakin petang dan gelap Fairus menolak. Kerana takut orang tuanya risau kerana dirinya tidak sampai-sampai lagi.

Pagi ini Kaisara bangun awal kerana sebentar lagi Hakimi,Fatini dan anak-anaknya akan datang menjemput Kaisara untuk pergi bercuti bersama di sebuah pulau. Hakimi sudah pun menempah hotel untuk menginap di pulau itu.

Dalam pukul 9.00 pagi Hakimi sampai di rumah Affan untuk mengambil Kaisara. Sampai saja di rumah Affan ,Hakimi pun memberhentikan keretanya lalu keluar bersama anak isterinya. Affan menjemput mereka masuk dahulu kerana Kaisara masih di dalam bilik tengah bersiap.

Hakimi dan keluarganya pun masuk ke rumah Affan bersembang sambil menunggu Kaisara. Sudah siap mengemas barang yang akan ia bawa Kaisara pun keluar dari bilik dan menuju ke ruang tamu.

Di ruang tamu sudah ada Hakimi,Fatini dan anak-anaknya. Fatini melihat Kaisara keluar dari dalam bilik terasa sebak di dadanya. Kerana ia pernah menjaga Kaisara beberapa bulan ketika umur kaisara 4 tahun. Kaisara menghampiri Fatini dan menyalaminya. Fatini memeluk Kaisara.

Sebelum pergi dari rumah Affan mereka bersalaman dahulu dengan keluarga Affan. Selepas itu mereka pun berangkat ke tempat yang ingin di tuju. Hari ini Hakimi memandu kereta toyota vellfire.

Sudah petang baru mereka sampai. Pada mulanya Hakimi ingin membawa anak isterinya ke pulau. Tapi melihat keadaan Fatini yang masih agak pening dan mual.Hakimi pun membatal niatnya itu. Kerana kalau hendak ke pulau perlu menaiki feri. Takut Fatini tidak tahan dengan gelombong air laut ketika berada di dalam feri.

Anak-anak pun setuju lalu mereka menginap di sebuah hotel berhampiran pantai. Sudah mendapat kunci mereka pun masuk ke bilik hotel masing-masing. Kaisara satu bilik dengan Damira. Danish pula satu bilik dengan Haikal.Hakimi satu bilik bersama isterinya Fatini.

Hakimi membawa beg pakaian ia bersama isterinya masuk ke dalam bilik hotel. Masuk saja di dalam bilik Fatini mebaringkan badannya di atas katil. Entah kenapa hari ini ia mula rasa pening dan mual kembali.

Sedangkan dalam seminggu ini ia jarang muntah dan mual di rumahnya. Mungkin juga kerana terlalu lama berapa di dalam kereta. Menyebabkan kepalanya terasa pening.

"Abang maaf, sebab ayang tak dapat nak bawa anak-anak pergi ke pulau." kata Fatini sambil memicit kepalanya.

"Tak pa, abang faham" kata Hakimi sambil menghampiri Fatini dan tangannya memicit-micit kepala Fatini untuk meredakan pening kepalanya.

Tak berapa lama selepas Hakimi memicit-micit kepala Fatini. Tiba-tiba Fatini bangun dengan tergesa-gesa munuju ke bilik air dan muntah. Hakimi pun mengikut Fatini ke bilik air dan menepuk-nepuk belakang badan Fatini.

Sebenarnya Fatini tidak pernah menaiki kereta lebih dari 2 jam. Ini kali pertama ia berada di dalam kereta terlalu lama 3 jam lebih. Menyebabkan ia mengalami mabuk kenderaan. Apa lagi sekarang ia sedang mengandung.

Malam itu Hakimi membiarkan Fatini berehat di dalam bilik hotel. Sementara ia membawa anak-anaknya pergi makan. Nasib baik Haikal tidak banyak buat perangai hari ni.

Sedang mereka makan Kaisara menghampiri Hakimi.

"Paksu lepas makan sara nak bincang sikit dengan paksu boleh." kata Kaisara.

"Boleh,nak bincang apa pulak ni" kata Hakimi.

"Nanti la,kita bincang berdua ja" kata Kaisara.

Danish dan Damira mendengar kata-kata Kaisara hanya diam sahaja. Manakala Haikal ralit dengan makanannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience