Bab 19

Drama Completed 39314

Petangnya dalam jam 6.30 Hakimi bertolak ke kedah. Dalam pukul 8.00 malam Hakimi sampai di rumahnya. Hakimi melihat di depan rumahnya sudah ada kereta Karina.

Hakimi pun meletakkan keretanya di garaj sebelah kereta isterinya Karina. Hakimi pun keluar dari kereta dan menuju ke arah pintu rumah.Ia pun memberi salam tapi sunyi tiada balasan. Lalu Hakimi mengambil kunci pendua untuk membuka pintu.

Tapi rupanya pintu rumah tidak berkunci. Lalu Hakimi pun masuk ke dalam rumah selepas membuka pintu. Ia melihat agak sunyi di dalam rumah bermakna Haikal tidak ada. Hakimi meluru ke arah biliknya untuk mencari isterinya Karina.

Sampai di depan pintu biliknya Hakimi pun membuka pintu bilik terdebut.Hakimi melihat di dalam bilik Karina tengah asik dengan telefon pintarnya sampai tidak sedar ia membuka pintu bilik.

"Amboi,ralit nampak sampai abang masuk bilik pun tak sedar." kata Hakimi sambil menghampiri Karina.Karina agak terkejut melihat Hakimi menghampirinya.

"Maaf ayang tak perasaan abang sampai, ni ada kawan bertanyakan tentang urusan kerja" kata Karina sambil menyimpan telefonnya.

"Sunyi ja, mana Haikal" tanya Hakimi.

"Haikal masih ada di rumah pengasuh la, ingatkan abang yang akan ambik" kata Karina tanpa rasa bersalah.

"Maaf abang sampai lambat, ingat sayang akan ambil Haikal. Nampak abang kena ambil Haikal la ni" kata Hakimi lalu keluar dari bilik. Dan bergegas menuju ke arah keretanya untuk mengambil Haikal dari rumah pengasuh.

Dari rumah Hakimi ke rumah pengasuh hanya mengambil masa 15 minit saja.Sampai di depan rumah pengasuh Hakimi pun memberhentikan keretanya. Lalu ia pun memberi salam. Salam Hakimi pun di jawab oleh pengasuh tersebut dari dalam rumah. Pengasuh yang berusia dalam 50an itu pun membuka pintu.

"Hakimi rupanya, nak ambil Haikal ke,tapi Haikal dah tidur" kata pengasuh.

"Tak pa nanti saya akan dukung Haikal masuk ke dalam kereta" kata Hakimi.

Lalu Hakimi pun masuk ke dalam rumah pengasuh untuk mengakat anaknya Haikal. Hakimi melihat Haikal sedang nyenyak tidur di sofa ruang tamu.Hakimi pergi ke arah anaknya dan mengakat badan anaknya itu.

"Maaf dah menyusahkan Kak Sal" kata Hakimi. Nama pengasuh itu Salbiah.

"Tak pa, hangpa pi mana 2 hari ni" tanya Salbiah.

"Saya ada urusan sikit di luar dari kedah, sebab tu saya tak dak dekat sini 2 hari ni." kata Hakimi.

"Oo patut la,mak Haikal pun ikut juga" kata Salbiah.

Hakimi mendengar kata-kata Salbiah agak pelik.

"Mak Haikal tak ikut,hanya saya sorang ja yang pergi" kata Hakimi.

"Tapi 2 hari Haikal tak dak sapa ambil. sekolah pun tak pergi, pagi tu mak Haikal hantar bagi tau lepas 2 hari baru Hakimi mai ambik Haikal" kata Salbiah.

"Oo mungkin mak Haikal ada hal la tu" kata Hakimi sambil berjalan memasukkan Haikal ke dalam kereta.
------
Sampai saja di rumah Hakimi pun mematikan enjin keretanya. Lalu Hakimi mengakat Haikal dari dalam kereta masuk ke dalam rumah. Mendengar bunyi kereta Hakimi masuk ke dalam garaj Karina pun membuka pintu rumah.

Lalu Hakimi masuk ke dalam rumah dan meletakkan Haikal di dalam bilik.Hakimi membaringkan Haikal di atas katil dan menyelimutkannya. Barulah Hakimi keluar dari dalam bilik. Hakimi pun menuju ke biliknya yang sudah ada Karina menunggunya.

"Sayang pergi mana 2 hari ni,kenapa biar Haikal di rumah kak Sal" tanya Hakimi pada Karina.

"Ayang ada hal kerja sampai malam, tu biar ja Haikal dekat rumah Kak Sal." kata Karina dengan nada yang agak manja.

"Bukan apa kesian Haikal tak sekolah 2 hari" kata Hakimi.

"Ala, bukan ayang sengaja pun, nanti abang bayar la lebih sikit dekat Kak Sal" kata Karina.

Malam ini Hakimi tidur awal kerana keletihan. Sebab baru sampai rumah sudah kena pergi ambil Haikal pulak dekat rumah pengasuh. Dalam pukul 4 pagi Hakimi terbangun dan pergi ke bilik air. Alang-alang dah bangun Hakimi pun mengambil wuduk untuk sembahyang sunat.

Selesai sembahyang sunat dan menyimpan sejadah Hakimi melihat telefon pintar Karina. Apa agaknya hal kerja sampai begitu ralit sekali Karina dengan telefon pintarnya. Lalu Hakimi pun mengambil telefon Karina tersebut.

Dia cuba membukanya tapi tak boleh kerana ada kekunci yang perlu di tekan. Hakimi pun meletakkannya kembali.

Malam ini hati Hakimi tidak begitu tenang memikirkan perlukah ia memberitahu tentang pernikahannya dengan Fatini kepada Karina. Apa lagi sekarang Fatini sedang mengandung.Hatinya serba salah Karina adalah cinta pertamanya. Manakala Fatini orang yang pernah ia sakiti dan telah banyak berkorban untuk membesarkan anaknya. Sekarang Hakimi merasakan ada perasaan kagum dan sayang pada Fatini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience