12 tahun kemudian..
Tahun ini Danish dan Damira berumur 15 tahun dan bakal menduduki ujian PT3.Fatini bersama 2 orang anaknya dan ibunya kini tinggal di perak utara. Sudah 5 tahun Fatini sekeluarga perpindah di sini. Abangnya telah berkahwin dan masih tinggal di selangor.
Di perak utara ni ada lah kampung Maimunah ibu Fatini. Adik beradik Maimunah telah membuat pembahagian tanah dan ibu Fatini mendapat 1 ekar tanah. Di tanah itulah Fatini dan ibunya berkongsi duit modal membina rumah. Kerana rumah di selangor hanyalah rumah sewa. 6 tahun lalu Maimunah mengeluarkan duit KWSP nya dan dengan duit itu dia membina rumah di perak. Fatini juga mengeluarkan sedikit duit simpanan untuk membantu.
Selepas berpindah ke perak Fatini bekerja sebagai clenear di sebuah sekolah rendah. Kerana mudah untuk menguruskan ke 2 anaknya. Sampai sekarang Fatini masih bekerja sebagai clenear di sekolah itu.
Danish dan Damira berlainan kelas. Damira kelas atas manakala Danish kelas ke dua. Setiap hari ke sekolah Danish akan membawa Damira dengan menaiki motor. Walau pun Danish belum ada lesen lagi.
Kerana sekolah dan rumah agak jauh terpaksa la Fatini membenarkan. Motor Danish hanya motor Kriss model lama.Tahun depan baru Danish boleh mengambil lesen motor.
Pagi ini seperti biasa Fatini bangun seawal 5 pagi membuat sarapan dan memasak nasi dan lauk tengahari yang akan di tinggalkan untuk ibunya dan untuk ia bawa ke tempat kerja. Maimunah ibu Fatini sudah tidak berapa kuat tenaganya.
Melihat jam hampir pukul 6 pagi Fatini pun membangunkan kedua anak kembarnya. Danish mudah bangun bila di gerak tapi Damira agak susah sedikit untuk dibangunkan. Selalunya Damira akan membuat mimik muka tidak suka bila di gerak.
Danish bangun dan ke bilik air untuk mandi. Selepas Danish keluar dari bilik air. Damira pula akan masuk ke bilik air untuk mandi. Selesai memakai baju sekolah Danish dan Damira akan sembahyang berjemaah bersama Fatini dan Maimunah. Danish yang akan menjadi imam.
Selepas selesai sembahyang subuh Fatini bersalam dengan ibunya dan dua orang anaknya untuk bertolak pergi kerja. Selalunya Danish dan Damira agak lewat sikit ke sekolah dari Fatini. Ini semu gara-gara Damira yang selalu membelek-belek tudungnya. Kekadang Damira akan merugut kerana tudung tidak jadi. Danish tidak faham dengan adik perempuannya ini. Bagi Danish tudung Damira jadi atau tak nampak sama saja.
Sampai di sekolah Damira terus masuk ke kelas. Damira melihat sudah ada 2 orang kawan rapatnya di dalam kelas. Seorang bernama Husna dan seorang lagi bernama Rohayu.
"Wei! hangpa tau tak hari ada cikgu baru gantikan cikgu Rosli yang pindah ke pahang tu" kata Rohayu.
"Aku harap cikgu tu tak garang macam cikgu Rosli." kata Husna pula.
"Aku tak kisah cikgu tu garang ke tak, yang penting jangan bagi kerja rumah banyak-banyak sudah."kata Damira.
"Damira aku dengarkan ada budak junior minat dekat abang hang Danish"kata Rohayu.
" Biarlah budak tu minat dekat abang aku pun"kata Damira.
"Abang hang banyak peminat la,budak senior tingkatan 5 pun ada yang suka abang hang Danish."kata Husna.
"Malas la nak fikir pasal peminat abang aku, lebih baik aku fikir pasal ismail Izani." kata Damira.
"Ceh,hang tak habis-habis ismail izani hang tu. Dia kenal hang pun tak" Kata Rohayu.
"Biarlah aku nak berangan" kata Damira sambil tersengih.
Tak lama kemudian di dalam kelas sudah ramai perlajar yang sampai menandakan waktu guru memasuki kelas sudah dekat. Jam di kelas menunjukkan sudah pukul 7.30. Dan tak lama kemudian guru yang akan mengajar mata perlajaran pertama pun masuk ke kelas.
Selepas guru masuk kelas semua perlajar pun duduk di bangku masing-masing dan memberi salam hormat kepada guru tersebut. Loceng berbunyi menandakan waktu rehat sudah tiba.Damira,Husna dan Rohayu pun keluar dari kelas menuju ke kantin.
Selesai membeli makanan Damira,Husna dan Rohayu duduk di satu meja yang sama.
"Wei,hangpa tau tak cikgu baru akan masuk kelas kita lepas rehat ni."kata Rohayu.
" la cikgu baru tu ajar sains rupanya"kata Husna.
"Biarlah dia ajar apa pun, yang penting jangan bagi tugasan yang banyak sudah la." kata Damira.
"Hang ni Damira takut sangat dapat kerja sekolah banyak" kata Husna.
"Letih tau kalau kerja sekolah banyak-banyak ni"kata Damira.
Loceng berbunyi menandakan sudah habis waktu rehat. Damira,Rohayu dan Husna pun segera masuk ke dalam kelas.
Tak lama selepas semua perlajar sudah masuk ke dalam kelas, datanglah guru yang akan mengajar perlajaran sains di kelas Damira. Guru tersebut adalah guru baru yang bepindah ke sekolah ini. Masuk sahaja guru tersebut ke dalam kelas perlajar-perlajar pun memberi salam hormat.
" Semua boleh duduk cikgu perkenalkan diri. Nama cikgu Mohd Affan, cikgu baru pindah ke sekolah ni sebelum ni cikgu mengajar di sekolah di kedah. Mulai hari ini cikgu akan mengajar mata perlajaran sains di kelas kamu. Sebelum cikgu mengajar cikgu nak kamu beritahu nama kamu sorang-sorang. Mula dari perlajar bangku belakang."kata Affan.
Jam menunjukkan sudah pukul 1.30 loceng sekolah pun sudah berbunyi menandakan sudah tamat waktu sekolah untuk sisi pagi. Pelajar-pelajar sekolah ramai yang keluar dari dalam kelas menuju ke pintu pagar utama untuk pulang. Termasuklah Damira dan Danish. Damira menunggu Danish di depan pintu pagar utama. Manakala Danish mengambil motornya di tempat parking dan menolak ke depan pintu pagar utama.
Disekolah ini perlajar tidak di benarkan menghidupkan enjin dan menungang di dalam sekolah. Perlajar terpaksa memimpin motor sehingga di luar pintu pagar sebelum boleh menghidupkan enjin motor dan menungangnya.
Danish sampai di luar pagar barulah ia menghidupkan enjin motor dan Damira pun menaikki motor tersebut. Dalam 15 minit Damira dan Danish pun sampai di rumah.
Di rumah ada opah Maimunah yang setiap hari menunggu di depan pintu menanti ke 2 cucu-cucunya pulang. Fatini pula habis kerja dalam pukul 4 dan akan sampai di rumah pukul 4.20.
Share this novel