Selesai membawa masuk barang-barang yang di bawa ke dalam rumah. Lalu Fatini mengemas pula barang-barang tersebut di dalam rumah. Tiba-tiba Hakimi memadang Fatini.
"Hang tidur di dalam bilik tu, Kaisara pula bilik sebelah sana." kata Hakimi sambil menunjukkan dengan tangannya.
Fatini pun pergi kebilik yang di tunjukkan dan mengemas barangnya di dalam bilik itu. Biliknya seperti bilik stor banyak barang di dalam bilik itu dan ruang pun agak sempit. Manakala bilik kaisara besar sedikit dari bilik Fatini. Fatini pun mengemas barang kaisara dalam bilik kaisara itu.
Tiba-tiba Hakimi menghampiri Fatini.
"Hang jangan sekali- kali masuk dalam bilik aku,faham" kata Hakimi.
"Baik bang" kata Fatini pula.
"Pergi masakkan makanan aku lapar ni" kata Hakimi.
Fatini pun bergegas ke dapur untuk memasak. Fatini mencari bahan-bahan untuk memasak di dalam peti ais. Fatini juga mencari beras untuk memasak nasi.
Kerana tidak banyak bahan basah yang boleh di masak di dapur. Fatini membuat telur masak kicap. Selepas siap memasak Hakimi datang ke dapur untuk makan.
"Ini ja yang hang masak untuk aku" kata Hakimi sambil meludah pada masakan yang telah Fatini sediakan.
"Kaisara jom ikut paksu pergi makan dekat kedai." kata Hakimi.
"Kak tini tak ikut" tanya Kaisara.
"Tak, biar ja dia makan apa yang dia masak tu. Kita berdua makan dekat luar" kata Hakimi.
" Tak pa , Kaisara pergi ja dengan paksu" kata Fatini pada Kaisara. Kaisara pun mengikut Hakimi keluar dari rumah.
Walau pun Fatini agak sedih dengan apa yang Hakimi lakukan tadi. Tapi dia cuba untuk kuat kerana di sini dia tidak ada sapa-sapa.
Malam ini Fatini hanya makan nasi yang ia masak tadi bersama telur masak kicap. Kerana hanya ada bahan itu saja di dapur. Telur pun hanya tinggal dalam 5 biji saja.
Ini baru permulaan entah apa lagi yang bakal Fatini lalui. Mampukah Fatini bertahan menerima apa yang akan Hakimi lakukan padanya. Fatini berfikir selagi Hakimi tidak meminta ia melakukan hubungan suami isteri dia tidak kisah. Kerana dia tidak perlu risau dirinya akan mengandung. Tentu susah bila dia mempunyai anak bersama lelaki yang membenci keluarganya.
Malam ini setelah menidurkan Kaisara di biliknya. Fatini pun pergi ke biliknya. Di dalam bilik Fatini terlalu banyak barang-barang seperti tangga besi, alat-alat bertukang dan ada buku serta majalah lama. Fatini cuba membersihkan supaya ada ruang untuk ia tidur.
Ia melapik lantai dengan buku dan kertas. Fatini melihat ada toto yang agak kotor,nipis dan sudah terkeluar isi di dalamnya. Ia mengambil toto tersebut dan menghamparkan di atas kertas yang ia susun di lantai. Ia mengambil kain batik yang ia bawa dan di letakkan di atas toto pula.
Walau pun kurang selesa dengan keadaan bilik. Tapi Fatini cuba juga untuk memejamkan matanya. Ingin menghilangkan rasa kurang selesanya mulut Fatini tidak berhenti dari berzikir sehingga ia tertidur.
Paginya dalam pukul 5.30 Fatini terbangun dan segera membersihkan dirinya. Fatini pergi ke dapur untuk mebancuh air dan membuat sarapan. Dia hanya membuat roti telur. Kerana hanya bahan itu saja yang ada di dapur.
Selepas mendengar azan subuh dari masjid berdekatan Fatini pun pergi mengambil wuduk untuk menunaikan sembahyang subuh. Fatini tidak mengejutkan Hakimi kerana Hakimi tidak membenarkan ia masuk ke bilik Hakimi. Lagi pun pada malam nikah hari tu pun Hakimi sudah melarang Fatini membangunkannya.
Share this novel