Di satu daerah di kedah Norkarina pergi mengambil anaknya Haikal dari sekolah khas untuk kanak-kanak istimewa. Tahun ini Haikal berumur 12 tahun. Sekolah Haikal di dalam kawasan sekolah rendah tapi berlainan bangunan.
Selalunya Hakimi yang akan mengambil Haikal dari sekolah. Tapi hari ini Hakimi terpaksa mengikuti pembukaan tender untuk syarikat pembersihan oleh kementerian pendidikan di kedah. Jadi Hakimi pergi ke tempat pembukaan tender tersebut. Mana tahu ada rezeki tender tersebut boleh ia dapat.
Sampai saja di sekolah haikal.Karina pun mehentikan keretanya lalu membuka pintu dan keluar dari dalam kereta. Selepas keluar dari kereta Karina menuju ke kelas Haikal. Haikal tersenyum memadang ibunya datang.
"Bu atang,bu atang" kata Haikal agak tersekat-sekat sebutannya.
Lalu Karina pun memimpin tangan Haikal menuju ke kereta selepas Haikal bersalam dengan cikgunya.Dalam perjalanan ke kereta terdengar ada orang memanggil nama karina.
"Karina!" kata orang itu.
Karina pun menoleh ke arah suara itu . Dia terkejut melihat orang yang memanggil namanya. Orang tersebut adalah bekas kekasihnya masa berlajar di universiti dulu. Kekasihnya itu bernama Haris.
"Budak oku ni anak hang" kata Haris sambil memadang Haikal.
"Ya dia memang anak aku,kenapa" kata Karina.
" Mungkin ini kifarah untuk hang sebab dah gugurkan anak aku yang hang kandungkan dulu"kata Haris.
Karina agak terkejut mendengar kata-kata Haris tersebut. Karina cepat-cepat berjalan menuju arah keretanya meninggalkan Haris.
Dalam perjalanan ke rumah pengasuh Haikal, fikiran karina melayang memikirkan kejadian 16 tahun yang lalu.
Karina dan Haris sama-sama berlajar di universiti yang sama dan mengambil jurusan yang sama. Mereka sering berada di dalam kumpulan yang sama untuk melakukan tugasan yang di beri oleh pensyarah.
Lama kelamaan timbul bibit kasih dan sayang di hati mereka berdua. Mereka juga pernah terlanjur beberapa kali. Walau pun perasaan Karina menyukai Haris tapi ia takkan mungkin untuk memutuskan hubungan dengan Hakimi.
Kerana selama ini Hakimi yang selalu mengirimkan wang padanya. Jika tiada Hakimi kehidupan Karina mungkin agak sukar. Kerana keluarga Karina bukan orang yang senang. Masih ada 3 orang lagi adiknya yang masih bersekolah.
Dan haris tahu tentang hubungan Karina dan Hakimi. Haris mencari tahu tentang Hakimi dan kebetulan abang Haris ada yang tinggal berhampiran dengan rumah Hakimi. Dan mengetahui tentang ada seorang perempuan bernama Fatini dan seorang budak tinggal bersama Hakimi. Orang kawasan perumahan di situ selalu melihat Fatini pergi ke kedai membawa budak kecil tersebut berjalan kaki.
Lalu Haris memberitahu kepada Karina tentang Hakimi sudah berkahwin. Haris mengharapkan selepas Karina mengetahui tentang Hakimi sudah berkahwin ,Karina akan meninggalkan Hakimi. Tetapi Karina hanya bergaduh sementara saja dengan Hakimi kemudian berbaik kembali.
Sampai suatu hari Haris mendapat panggilan telefon dari kawan Karina, memberitahu karina sakit perut yang teruk dan meminta Haris membawa karina ke hospital. Haris pun membawa Karina ke hospital dengan menaiki kereta kancilnya.
Sampai di hospital doktor memberitahu Karina keguguran dan rahim karina terpaksa di cuci. Supaya sisa-sisa janin tidak tertinggal di dalam rahim. Kerana Karina mengugurkan kandungannya menguna cara yang salah. Sehingga janin dalam kandunganya hancur dan tidak semua sisa-sisa janin boleh keluar. Kerana itu perutnya merasa sakit.
Haris merasa marah kerana Karina merahsiakan darinya tentang karina mengandung. Haris sanggup bertanggungjawab ke atas Karina. Tapi Karina tetap tidak mahu anak itu dan juga tidak mahu bernikah dengan Haris.
Karina tetap dengan pendiriannya ingin berkahwin dengan Hakimi sebab itu dia mengugurkan anak luar nikah yang ia kandung. Dan ia juga telah memberitahu Hakimi bahawa ia bukan dara lagi. Hakimi sanggup menerimanya. Cuma Karina tidak pernah memberitahu tentang ia pernah mengandung.
Haris sangat kecewa dengan Karina. Sedangkan lagi sebulan lagi mereka akan tamat berlajar. Jadi tidak masalah jika Karina tidak mengugurkan kandungannya. Mereka juga boleh bernikah dan Haris sudah boleh mencari kerja. Tapi apa kan daya Karina lebih memilih Hakimi.
Share this novel