Bab 32

Drama Completed 39314

Selepas melihat Karina pergi memandu kereta keluar dari rumah yang Fatini masuk. Hati Fatini agak risau tapi dia tetap masuk ke dalam rumah tersebut untuk mencari Haikal. Apa lagi wanita tua yang membuka pintu tadi pun memberitahu bahawa Haikal ada di rumah ini.

"Makcik mana Haikal?" tanya Fatini.

"Ada dekat dalam bilik tu"kata wanita itu sambil jarinya menujuk ke arah bilik.

Fatini berjalan ke arah bilik tersebut lalu ia pun masuk ke dalam bilik. Di dalam bilik Fatini melihat Haikal sedang duduk di lantai sambil tangannya memeluk tubuh seperti ketakutan.

"Haikal, mari sini" panggil Fatini.

Mendengar namanya di pangil Haikal mengakat kepala dan memadang ke arah Fatini. Melihat Fatini,Haikal bangun dan lari menuju ke arah Fatini sambil menangis.

" maa,maa" kata Haikal sambil tangannya memeluk tubuh Fatini.

Rasa hiba melihat keadaan Haikal yang tidak teurus. Wanita tua yang berada di dalam rumah itu hanya memerhatikan saja tingkah laku Fatini dan Haikal. Wanita tua ini adalah ibu Karina bernama Napsiah.

Napsiah sebenar sudah tidak berapa sihat. Napsiah hanya mampu memasak untuk Haikal bila siap masak baru ia panggil Haikal suruh makan. Untuk mengawal Haikal ia tidak mampu,apa lagi bila Haikal buat perangai dan mula tak reti nak duduk diam Napsiah akan mengurung Haikal di dalam bilik.

"Makcik ni sapa dengan kak Rina?" tanya Fatini.

"Makcik ni mak Karina" kata makcik Napsiah.

"Makcik tinggal dengan sapa lagi dekat rumah ni" tanya Fatini.

"Kalau Haikal tak dak makcik tinggal sorang ja" kata Napsiah.

"Karina ada berapa beradik semuanya makcik?" tanya Fatini.

"Sebenarnya Karina 4 beradik, 2 adik pada Karina meninggal 5 tahun lalu kerana kemalangan. Yang bongsu dah berkahwin tinggal dekat selangor." kata Napsiah.

Fatini mendengar kata-kata Napsiah ada perasaan simpati dengan nasib Napsiah. Sudah la tak berapa sihat rumah pula jauh pada orang.

Petangnya Fatini menyuruh Haikal mandi. Pada mulanya Haikal tak mahu tapi Fatini tetap menyuruh mandi dan membuka baju Haikal. Semasa Fatini membuka baju Haikal ia melihat ada luka dan lebam di belakang tubuh Haikal.

Petang itu Napsiah hanya memasak bubur nasi saja. Mereka bertiga makan bersama-sama.

"Maafkan anak makcik ya Fatini" kata Napsiah.

"Tak pa makcik ,mungkin suatu hari nanti kak Rina akan berubah" kata Fatini.

"Makcik pun harap macam tu la" kata Napsiah.

-----
Sudah jam 8.00 kereta Karina masuk ke halaman rumah ibunya Napsiah. Selepas mematikan enjin kereta ,Karina pun masuk ke dalam rumah. Ia melihat Fatini sedang asik berbual- bual dengan ibunya.

"Mak jangan rapat sangat dengan perempuan ni." kata Karina.

"Hang ni dah kenapa Rina, mak cuma sembang ja dengan Fatini." kata Napsiah.

"Perempuan ni rampas abang Hakimi dari Rina" kata Karina sambil tangannya menarik tangan Fatini dan membawa ke bilik Haikal.

Fatini terkejut dengan tindakan Karina pada dirinya. Sampai di bilik Haikal Karina menolak Fatini ke lantai. Fatini jatuh terduduk di atas lantai. Di dalam bilik itu juga ada Haikal. Haikal juga ketakutan melihat ibunya.

Haikal berjalan perlahan-lahan ke arah Fatini dan duduk di tepi Fatini. Selepas menolak Fatini jatuh ke lantai Karina pun keluar ,lalu ia mengunci pintu bilik tersebut.

Fatini merasa sedikit sakit pada perutnya semasa jatuh di tolak Karina. Fatini tak henti berdoa di dalam hati supaya anak dalam kandungan baik-baik saja.

Dalam pukul 8.30malam Hakimi sampai di daerah kawasan rumah Napsiah. Berapa kali Hakimi berhentikan kereta bertanya tentang rumah Napsiah .Sampai di sebuah masjid Hakimi berhentikan keretanya untuk sembahyang isyak.

Selesai sembahyang Hakimi pun bertanya pada beberapa orang yang berada di masjid tentang rumah makcik Napsiah. Salah seorang dari mereka sanggup menujukkan jalan ke rumah makcik Napsiah.

Lelaki tersebut menaikki motor. Manakala Hakimi mengikuti dengan kereta dari belakang. Sampai di rumah Napsiah lelaki tersebut pun meminta diri untuk balik.

" Dah sampai dah..ni la rumah makcik Napsiah. Saya balik dulu" kata lelaki tersebut.

"Terima kasih bang" kata Hakimi lalu kakinya melangkah ke arah rumah Napsiah.

"Sama-sama" kata lelaki tersebut sambil berlalu pergi dengan dengan motornya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience