Sudah hampir seminggu Haikal di rumah Karina. Hari ini balik kerja Hakimi akan singgah ke rumah Karina untuk mengambil Haikal.
Sampai di rumah Karina lalu Hakimi keluar dari keretanya. Ia melihat kereta Karina sudah ada terparking di garaj. Ini bermakna Karina sudah ada di rumah.
Hakimi menuju ke arah pintu dan mengetuk sambil memberi salam. Tak lama kemudian Karina membuka pintu lalu menjemput Hakimi masuk ke rumah.
"Abang masuk la" kata Karina.
"Abang kat luar ja, lagi pun kita dah cerai. Abang datang ni nak ambil Haikal balik, tolong panggilkan Haikal" kata Hakimi.
"Kalau abang nak ambik Haikal pergi la panggil sendiri dekat bilik dia" kata Karina.
Hakimi terpaksanya masuk ke dalam rumah lalu menuju ke bilik Haikal. Bila Hakimi masuk ke dalam rumah Karina cepat-cepat mengunci pintu. Lalu mengikut Hakimi menuju ke arah bilik Haikal.
Hakimi sampai di bilik Haikal tapi ia melihat tidak ada Haikal di dalam bilik.
"Mana Haikal" tanya Hakimi pada Karina.
"Haikal tak dak. Sayangkan ada untuk abang" kata Karina sambil membuka pakaiannya satu persatu di depan Hakimi di dalam bilik Haikal. Pintu bilik pun Karina sudah kunci.
Hakimi terkejut melihat kelakuan Karina di depannya.
"Rina hang ni dah kenapa. Kita berdua dah bercerai tahu. Edah hang pun dah habis" kata Hakimi.
"Rasanya Fatini tak kan mampu nak puaskan abang sekarang ni. Dengan perut buncit dia tu" kata Karina.
Karina sudah habis membuka pakaiannya. Yang tinggal hanya pakaian dalaman saja di badannya. Hakimi melihat keadaan diri Karina seperti sudah tidak terkawal. Hakimi menuju ke arah pintu bilik untuk keluar dari bilik Haikal. Tapi pintu berkunci.
"Karina buka pintu ni, jangan buat aku main kasar dengan hang" kata Hakimi.
" sayang tak kan buka, abang kita nikah la balik. Sayang janji lepas ni sayang akan dengar cakap abang."kata Karina.
Melihat keadaan Karina yang tetap berdegil Hakimi pun menarik tangan Karina dan menolak badan karina ke arah lantai.
"Berikan aku kunci sekarang!" kata Hakimi
Kerana kesakitan di tindih Hakimi Karina pun memberi kunci pintu. Lalu Hakimi pun membuka pintu dan keluar dari bilik. Nasib baik pintu rumah utama Karina tidak cabut kunci dari pintu. Jadi boleh la Hakimi membuka pintu tersebut.
Keluar saja dari rumah,Hakimi terus menuju ke arah keretanya. Ia masuk ke dalam kereta lalu menghidupkan enjin dan memandu ke arah rumah Fatini.
Hari ini Hakimi sampai di rumah agak lewat. Hampir pukul 8 malam baru Hakimi sampai. Mendengar bunyi kereta Hakimi masuk di halaman rumah. Fatini pun membuka pintu rumah hatinya agak gelisah kerana Hakimi sampai agak lewat dari biasa.
Fatini agak hairan melihat Hakimi pulang tanpa Haikal. Kerana sepatutnya hari ini Hakimi akan membawa Haikal pulang.
"Abang ,Haikal tak ikut" tanya Fatini.
"Haikal tak dak di rumah Karina" kata Hakimi.
"Haikal ada dekat mana sekarang ni"kata Fatini.
"Lepas keluar dari rumah Karina abang terus pergi ke rumah pengasuh Hikal yang dulu.Tapi kak Sal kata Karina tak pernah hantar Haikal" kata Hakimi.
"Abang sabar. Esok ayang ikut abang jumpa Karina tanya dia di mana Haikal" kata Fatini.
"Tapi keadaan sayang tengah sarat ni." kata Hakimi.
"Tak pa la. Lagi pun boleh beli barang baby sekali esok.Dah sarat ni kena rajin berjalan untuk mudahkan bila bersalin nanti" kata Fatini memujuk.
"Ayah jangan risau la. Haikal mesti selamat punya" kata Damira.
Mendengar kata-kata Fatini dan anaknya Damira hati Hakimi berasa lega sedikit.
"Mana Danish" tanya Hakimi.
"Ayah lambat hari ni. Jadi abang Danish pi masjid dengan kawan dia Wafiq." kata Damira.
"Abang pergi la mandi dulu,dah berbau badan abang tu" kata Fatini.
"Ya la,ya la" kata Hakimi. Hakimi dan Fatini berjalan menuju kebilik.
Pagi ini selepas Danish dan Damira pergi ke sekolah. Hakimi dan Fatini pun bersiap-siap untuk ke rumah Karina. Danish dan Damira juga sudah mempunyai lesen motor. Dalam jam 10.00 pagi Fatini dan Hakimi bertolak menuju ke kedah.
Sebelum ke rumah Karina mereka berdua singgah ke shoping mall dulu. Karina waktu sebegini selalunya masih bekerja. Selepas membeli apa yang patut di shoping mall Fatini dan Hakimi pun pergi mencari kedai makan.
"Abang rasa di mana kak Rina letak Haikal." tanya Fatini.
"Entah la,abang pun tak tahu" kata Hakimi.
"Kak Rina masih ada mak atau adik beradik lain tak?" tanya Fatini.
"Dia masih ada mak dan adik.Tak silap nama mak dia Napsiah. Dulu pernah kerja di Syarikat Pembersihan abang tapi Karina macam kurang rapat dengan keluarganya. Sebab masa majlis nikah dan kenduri kahwin ja abang pernah bertemu mereka.Dalam 3 tahun abang berkahwin dengan Karina, Napsiah berhenti kerja. Lepas tu Karina pun tak pernah bawa abang pergi ke rumah Napsiah. Bila abang tanya Karina beritahu bahawa ibunya tinggal dengan adiknya di negeri lain" kata Hakimi panjang lebar.
"Kenapa agaknya kak Rina tak rapat dengan keluarganya" kata Fatini.
"Entah lah abang pun tak tahu. Tapi abang kenal Karina pun melalui ibunya Napsiah. Kerana ibunya nak pinjam duit untuk kemasukan Karina ke Universiti. Tapi abang suruh dia bawa Karina dan surat tawaran. Dari situ la abang kenal Karina" kata Hakimi.
Selesai makan Hakimi membawa Fatini pergi ke bangunan Syarikat Pembersihan nya. Hakimi dan Fatini masuk di ruangan pejabat Hakimi. Pejabatnya agak luas juga. Ada meja dan 3 bangku serta ada juga sofa panjang di dalam ruangan pejabat Hakimi.
"Sayang kalau letih baring la dekat sofa tu" kata Hakimi.
Fatini pun duduk di sofa tiba-tiba kakinya terasa kenjang.
"Ah,ah siss" bunyi bibir Fatini menahan sakit sambil tangannya memengang kaki.
"Sayang kenapa ni" tanya Hakimi sambil menghampiri Fatini.
"Kaki sayang kenjang la" kata Fatini.
Lalu Hakimi bertingung di bawah sofa dan memengang kaki Fatini lalu mengurutnya.
"Abang jangan kuat-kuat sakit" kata Fatini.
"Tak pa, abang urut pelan-pelan" kata Hakimi sambil mengurut kaki Fatini yang kejang dengan lembut.
Hakimi mengurut kaki Fatini sehingga Fatini tertidur. Lalu Hakimi pun mengakat kaki Fatini di atas sofa. Lalu Hakimi pun duduk di sofa dan meletakkan kepala Fatini di atas pehanya.
Share this novel