Bab 2

Drama Completed 39314

Hari ini Fatini pulang dari kerja seperti biasa. Sampai di rumah ia melihat ibunya sudah menunggu di luar rumah seperti tengah risau.

" Mak kenapa duk dekat luar ni"tanya Fatini.

"Abang hang kemalangan,jom cepat bawa mak pergi hospital"kata Maimunah.

Fatini pun segera menghidup enjin motornya kembali. Dan Fatini membawa ibunya pergi ke hospital. Sampai di hospital Fatini dan ibunya terus pergi ke bangunan kecemasan dan bertanya kepada staf hospital di situ.

Staf hospital memberitahu Farish sudah di letakkan di dalam wad. Fatini dan ibunya pun segera pergi ke arah wad yang di beritahu. Ketika Fatini dan ibunya masuk di dalam wad mereka melihat Farish terbaring di atas katil pesakit.

Farish hanya mengalami patah tangan kanan dan patah kaki kanan. Mukanya mengalami luka dan bibirnya juga agak bengkak.

Puan Maimunah mengalirkan air mata melihat keadaan anaknya Farish.

"jenuh dah mak nasihat dekat hang jangan bawa motor tu laju-laju"kata Maimunah.

Farish hanya tersengih mendengar kata-kata ibunya.

Fatini hanya diam tak berkata apa-apa." Nak marah pun tak guna benda dah jadi." bisik hati Fatini.

Tiba-tiba datang seorang lelaki ke katil Farish. Lelaki itu nampak seperti marah.

"Hang dah bunuh ahli keluarga aku. Aku doakan hidup hangpa sekeluarga tak kan tenteram"kata lelaki itu sambil memandang Fatini dan ibunya.

"Maafkan anak makcik nak"kata Maimunah sambil menangis kepada lelaki tu.

"Apa makcik boleh hidupkan balik nyawa yang dah tak dak."kata lelaki tersebut pada maimunah dan berlalu pergi. Matanya tak lepas memandang Fatini dan Maimunah.

Farish kemalangan dengan kereta produa alza. Di dalam kereta tersebut ada suami isteri serta anak mereka 2 orang. Hanya seorang yang hidup dalam kereta tersebut akibat kemalangan. Yang masih hidup anak perempuan pasangan itu bernama Kaisara berumur 4 tahun.

Farish hanya terdiam mendengar kata-kata lelaki tersebut. Ada rasa bersalah di hatinya. Kereta itu cuba mengelak tapi kereta itu telah melangar tembok dan membuatkan kereta tersebut berpusing-pusing dan di langar pula oleh sebuah lori.

Farish tidak menjangka ada nyawa yang akan melayang akibat kelalaiannya. Kenapa tuhan tidak mencabut nyawanya saja. Tiba-tiba timbul rasa bersalah pada dirinya.

Lelaki yang datang ke katil faris tadi adalah adik pada lelaki yang kemalangan itu. Namanya Hakimi berumur 27 tahun. Hakimi tidak menyangka abangnya dan isteri serta anak mereka bernama Rasidi berumur 1tahun akan meninggal serentak.

Bagaimana nasib Kaisara nanti selepas kehilangan orang tuanya. Kaisara hanya mengalami luka-luka pada badannya. Apa yang budak besar Kaisara tahu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience