Bab 29

Drama Completed 39314

Hampir jam 4.00 petang Fatini terjaga, perlahan-lahan ia membuka matanya. Ia melihat Hakimi sedang tertidur dalam keadaan duduk di sofa. Sementara kepala Fatini berada pangkuan peha Hakimi. Perlahan-lahan Fatini mengakat kepalanya dan bangun untuk duduk.

Pegerakan tubuh Fatini membuatkan Hakimi terjaga dari tidurnya. Mata mereka berdua bertentangan,Fatini agak malu melihat mata Hakimi memadang wajahnya.

"Maaf sebab buat abang terbangun. Tentu peha abang tak selesa sebab kepala ayang duk atas peha abang lama" kata Fatini.

"Tak da la,yang penting sayang selesa." kata Hakimi sambil mengerakkan kaki.

"Abang ayang rasa lapar la" kata Fatini lalu bangun dari sofa.

"Nanti sebelum pergi rumah Karina kita singgah makan dulu."kata Hakimi lalu bangun dari sofa.

Fatini dan Hakimi bangun menuju ke bilik air untuk memcuci muka. Sebelum hendak pergi makan di kedai makan berhampiran bangunan pejabat Hakimi. Selesai makan Hakimi dan Fatini pun pergi menuju ke arah rumah Karina.

Sampai di rumah Karina belum ada kereta Karina. Ini bermakna Karina masih belum pulang. Jadi Hakimi dan Fatini pun tidak keluar dari kereta. Hakimi dan Fatini akan menunggu di dalam kereta sampai Karina sampai.

Hampir pukul 7 petang tapi kelibat Karina tidak muncul juga.

"Maaf sebab ayang kena tunggu lama dalam kereta" kata Hakimi.

"Tak pa, ah"kata Fatini sambil mengerak-gerakkan sedikit badannya.

"Sayang ok ke ni" tanya Hakimi.

"Perut ayang kurang selesa sikit, baby kat dalam aktif sangat hari ni" kata Fatini.

Hakimi mengusap perut Fatini dan berkata "sayang duk diam-diam tau dekat dalam, kesian mak".

Fatini tersenyum melihat gelagat Hakimi. Terdetik perasaan bahagia di hatinya. Dulu semasa mengandung Danish dan Damira, Fatini tidak pernah merasakan belaian seorang suami. Hanya ibunya saja tempat ia mengadu bila kakinya kejang dan bila perutnya kurang selesa.

"Kita nak tunggu sampai pukul berapa ni?" tanya Fatini.

"Nanti pukul 7.30 Karina tak sampai juga, kita balik" kata Hakimi.

Jam sudah menunjukkan pukul 7.20 Hakimi mula ingin memandu keretanya.

"Abang, tu kereta kak Rina baru sampai" kata Fatini sambil memadang ke arah kereta Karina yang baru masuk perkarangan rumah.

Hakimi pun mematikan enjin keretanya. Lalu ia pun keluar dari kereta bersama dengan Fatini dan menuju ke arah rumah Karina.

Elok Karina mematikan enjin keretanya dan keluar dari kereta. Hakimi dan Fatini pun sampai di depan rumah Karina. Hakimi memberi salam dan memanggil nama Karina. Karina pun menoleh ke arah mereka berdua. Lalu Karina pun membuka pintu pagar.

"Abang datang ni nak ambil Haikal, Haikal ada dekat mana" tanya Hakimi.

"Setakat nak ambil Haikal pun datang berdua. Takut tak tahan dugaan ke" kata Karina.

"Kami datang nak ambil Haikal ja. Kesian Haikal tak sekolah" kata Fatini.

"Kesian hang cakap, dia tu anak aku pandai la aku nak buat apa dengan dia" kata Karina.

"Tapi dia anak abang juga. Selama ni Rina yang selalu abaikan Haikal" kata Hakimi.

"Kalau abang nak tahu dekat mana Haikal, abang kena nikah dengan sayang balik" kata Karina.

"Hang ni dah kenapa Karina. Kita dah bercerai tak mungkin boleh bersama lagi" kata Hakimi.

"Fatini pun dulu pernah bercerai dengan abang.tapi boleh nikah balik dengan abang" kata Karina.

"Fatini tak pernah buat salah apa pun dekat abang. Beza dengan hang Karina" kata Hakimi.

Fatini hanya mendengar saja lawan mulut antara Hakimi dan Karina.

"Kalau hang tak mahu bagi tahu dekat mana Haikal. Tak pa hang jaga ja la dia" kata Hakimi. Sambil kakinya ingin melangkah keluar dari rumah Karina.

"Haikal kan anak abang juga" kata Karina.

"Dah hang tak mau bagi tahu di mana Haikal. Untuk apa lagi abang ambil peduli." kata Hakimi.

"Abang betul-betul dah tak cintakan sayang" kata Karina.

"Perasaan cinta pada hang dah pudar Karina. Abang masih hormat hang sebagai ibu pada Haikal." kata Hakimi.

"Sayang jom kita balik, biar la Haikal tinggal dengan Karina" kata Hakimi sambil tangannya memengang tangan Fatini.

"Abang yakin ke dengan keputusan abang ni" kata Fatini sambil jalan bersama dengan Hakimi menuju ke kereta.

Sampai di kereta Hakimi dan Fatini pun masuk ke dalam kereta.

"Nanti balik rumah baru kita fikirkan cara untuk cari Haikal" kata Hakimi. Sambil tangan menghidupkan enjin keretanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience