Seperti biasa sebelum pulang ke rumah Hakimi mengambil Haikal dulu.Sampai di rumah Karina masih belum pulang lagi. Dalam pukul 7.30 baru Karina sampai di rumah. Hakimi pula baru selesai menunaikan sembahyang magrib.
Karina masuk ke dalam bilik ia melihat Hakimi baru selesai sembahyang. Karina mengambil tuala untuk ke bilik air membersihkan badan. Hakimi pun membiarkan saja isterinya itu.
Selesai mandi karina pun keluar dari bilik air. Ia melihat Hakimi duduk di atas katil seperti menunggunya.
"Sayang sembahyang dulu tau,lepas tu baru kita bincang hal yang abang bagi tau pagi tadi." kata Hakimi.
"Sayang tak boleh sembahyang la hari ni,cuti" kata Karina.
"Kalau macam tu tak pa, mai duduk dekat sebelah abang" kata Hakimi.
Dengan malasnya Karina pun duduk sebelah Hakimi.
"Sayang masih marah dekat abang lagi pasal hal pagi tadi" tanya Hakimi.
"Mmm, sayang tak marah dah. Tapi ada syaratnya" kata Karina.
"Apa dia" kata Hakimi.
"Abang kena suruh isteri baru abang tu jaga si Haikal tu." kata Karina.
"Kenapa pula,kan Haikal sekolah dekat sini" kata Hakimi.
"Ala boleh ja tukar sekolah" kata Karina.
"Terpulang sayang la." kata Hakimi.
Malamnya Hakimi pun menelefon Fatini memberitahu tentang apa yang Karina katakan tadi. Fatini sedia menjaga Haikal. Fatini berasa bersyukur kerana Karina dapat menerima dirinya sebagai madu. Hanya sebagai syaratnya Haikal akan tinggal bersamanya. Ini bermakna bila Haikal tinggal bersamanya Fatini tidak boleh bekerja.
Hakimi menguruskan pertukaran sekolah Haikal. Di rumah Fatini nanti Haikal akan mediami bilik bekas arwah Maimunah. Fatini dan anaknya telah mengemas bilik tersebut untuk di diami oleh Haikal.
Walau pun pada mulanya Hakimi ingin membeli rumah lain di perak utara untuk di diami oleh Fatini dan anak-anaknya. Tapi Fatini dan anak-anaknya tidak mahu berpindah keluar dari rumah yang ia bina bersama ibunya ini.
----
Hari ini Haikal akan mula tinggal bersama Fatini,Danish dan Damira. Dalam pukul 10 pagi Hakimi sampai di rumah Fatini. Hakimi membawa Karina sekali.
Walau pun pada mulanya Karina tidak mahu ikut. Tapi Hakimi tetap memaksa supaya Karina mengikutnya supaya boleh berkenalan dengan Fatini dan anaknya. Dengan terpaksanya Karina pun mengikut Hakimi ke rumah madunya untuk menghantar Haikal.
Sampai di perkarangan rumah Fatini. Hakimi pun memberhentikan keretanya dan mematikan enjin. Lalu membuka pintu untuk keluar dari dalam kereta. Hakimi juga membuka pintu untuk Haikal.Keluar saja Haikal dari dalam kereta ia pun berlari masuk ke dalam rumah.
Karina hanya memadang saja ke Haikal yang meluru ke dalam rumah yang pintu sudah sedia terbuka. Karina masih belum mahu keluar dari kereta. Sementara Hakimi mengambil barang-barang Haikal di dalam bonet kereta untuk di bawa masuk ke dalam rumah.
Selesai mengambil barang-barang Haikal di bantu oleh Danish. Hakimi baru perasan rupanya Karina masih di dalam kereta lagi. Hakimi pun menuju kembali ke keretanya memanggil Karina.
"Kenapa tak turun lagi ni,jom la Fatini dah tunggu tu. Tengahari ni kita makan dulu dekat sini lepas tu baru balik." kata Hakimi.
"Kata nak hantar Haikal ja. Malas la nak duduk lama-lama. Rumah kampung kecil ja pun" kata Karina.
"Kenal-kenal la dulu dengan Fatini dan anak abang" kata Hakimi.
"Mmmhah, ha la." kata Karina sambil keluar dari kereta dan masuk ke dalam rumah bersama Hakimi.
Di dalam rumah sudah ada Fatini,Danish dan Damira menunggu di ruang tamu. Sementara Haikal hanya ralit bermain dengan mainannya. Masuk saja Hakimi dan Karina di dalam rumah mereka pun duduk bersila di lantai berlapikan tikar di ruang tamu.
Walau pun Hakimi pernah ingin membelikan sofa untuk di letakkan di rumah Fatini. Tapi Fatini menolak kerana rumahnya tidak berapa besar.Bila di letakkan sofa di dalam rumah ruang akan menjadi semakin sempit.
Melihat Karina duduk di ruang tamu Fatini pun menghampiri Karina dan menghulurkan tangan untuk menyalaminya. Karina seperti nak tak nak ja bersalam dengan Fatini.
Selepas itu Fatini menyuruh Danish dan Damira pula menyalami Karina. Mimik muka Karina seperti tidak berapa suka tapi di sebabkan sebelahnya ada Hakimi. Ia pun menghulurkan tangan untuk bersalam dengan anak Fatini.
Karina tidak mahu bercakap sangat dengan Fatini. Jadi Fatini pun membiarkan Hakimi bersama Karina. Sementara ia dan Damira pergi ke dapur untuk menyiapkan makanan tengahari.
Melihat Fatini ke dapur Hakimi pun bangun menuju ke dapur juga meninggalkan Karina di ruang tamu. Sementara Danish melayan Haikal di dalam bilik. Karina pula duduk di ruang tamu sambil melihat telefon pintarnya.
Hakimi pergi ke dapur untuk menolong Fatini dan Damira. Fatini melihat Hakimi masuk ke ruang dapur.
"Abang kenapa tak temankan kak Rina dekat depan tu" kata Fatini.
"Abang nak bantu isteri abang sorang ni tak kan tak boleh,macam mana dengan baby kat dalam. Ada rasa mual lagi tak" kata Haikal sambil duduk di bangku meja makan.
"Dah kurang sikit rasa mual tu. Baby kat dalam ok ja, baru nak masuk 3 bulan" kata Fatini.
"Ayah duduk dekat dapur lama-lama dengan mak,nanti ada yang cemburu pulak" kata Damira memperlahan suaranya takut didengar oleh Karina yang berada di ruang tamu.
"Sss,ala mak Rina hang tu ralit dengan telefon."kata Hakimi juga memperlahankan suaranya.
" Ayah dengan anak sama ja perangai" kata Fatini.
"Sayang bila nak buat buku pink nanti abang temankan" kata Hakimi.
"Hari selasa ni, kalau abang tak boleh teman tak pa ayang pergi sendiri" kata Fatini.
"Ok.nanti hari selasa pagi-pagi abang akan sampai. Kita pergi sama-sama buat buku pink untuk ibu mengandung tu" kata Hakimi.
Siap masak dan menghidang makanan di atas meja makan. Hakimi pun memanggil Karina untuk makan di atas meja di dapur. Meja makan ni ada 6 bangku saja. Jadi cukup-cukup lah untuk mereka berenam duduk.
Selesai makan Karina terus mengajak Hakimi pulang. Walau pun Hakimi merasakan belum puas bertemu dengan Fatini dan anak-anaknya. Tapi dia turutkan juga permintaan Karina.
Share this novel