Fatini berumur 17 tahun baru saja habis menjalani ujian peperiksaan SPM. Fatini sementara menunggu keputusan SPM nya ia mencari kerja untuk membantu ibunya.
Fatini mempunyai seorang abang berumur 22 tahun bernama Farish. Ibunya pula bernama Maimunah. Ayahnya sudah meninggal dunia 2 tahun lepas akibat kemalangan.
Fatini bekerja di sebuah kedai makan yang tidak jauh dari rumahnya. Ibunya pula bekerja sebagai clenear di sebuah sekolah rendah. Farish abangnya pula jenis tidak tetap bekerja. Kekadang bekerja,kekadang tidak. Tetapi lebih kerap tidak bekerja.
Farish selalu meminta wang pada ibunya Maimunah. Fatini merasa benci dengan sikap abangnya itu. Tapi sikap ibunya Maimunah yang suka memanjakan abangnya tidak dapat di ubah. Kerana ibu dan arwah ayahnya memang dari dulu selalu memanjakan Farish.
Sebab itu Farish menjadi agak pemalas dan tak reti buat kerja apa pun.
Tapi walau bagai mana pun Farish tetap abang kandungnya. Dan mereka hanya 2 beradik sahaja. Dulu semasa ayahnya masih ada keluarganya hidup agak mewah. Tapi selepas ayahnya sudah tiada ibunya terpaksa bekerja. Ketika ayahnya masih hidup ibunya tidak bekerja.
Farish suka pergi melepak dan berlumba motorsikal atau merempit. Sudah jenuh ibunya menasihati tapi tetap juga tidak berubah.
Share this novel