Bab 26

Drama Completed 39314

Sudah 2 bulan lebih Karina bercerai dengan Hakimi. Sekarang ia melalui kehidupannya seperti biasa.Dan ia juga masih berhubung dengan Haris.

Karina juga masih tinggal di rumah yang ia tinggal bersama Hakimi dahulu. Rumah ini sudah menjadi miliknya sepenuhnya.

Hari ini Karina akan berjumpa dengan Haris ada sesuatu yang ingin ia bincangkan. Haris dan Karina bertemu di sebuah restoran.

"Ada apa yang hang nak jumpa aku ni" tanya Haris.

"Haris bulan depan edah aku nak habis dah, lepas tu boleh la kita nikah" kata Karina.

"Nikah dengan hang" kata Haris.

"Ya la dengan aku, dengan sapa lagi" kata Karina.

" Aku dah ada isteri la"kata Haris.

"Kita nikah dekat siam ja, sampai bila nak macam ni terus." kata Karina.

"Maaf aku takkan pernah nikah dengan hang, kerana aku sayang anak isteri aku lebih dari hang" kata Haris.

"Jadi selama ni hang anggap aku apa ha" tanya Karina.

"Hang tempat untuk aku berseronok ja. Ketika aku betul-betul nak dekat hang. Hang tolak aku sampai sanggup gugurkan anak aku yang ada dalam rahim hang." kata Haris.

"Aku betul-betul cintakan hang Haris." kata Karina.

"Cinta hang kata, tapi cinta aku dekat hang dah hilang lama. Lepas ni jangan cari aku lagi" kata Haris sambil bangun dari bangku dan keluar dari restoran.

Air mata Karina mengalir ia tak menyangka Haris sanggup mempermainkan dirinya. Memang salah dirinya kerana mengugurkan anak Haris walau pun Haris bersungguh-sungguh untuk bertangungjawab dulu. Tapi Karina menolaknya kerana Haris bukannya orang senang. Walau pun masa berlajar dulu ada kereta. Tapi kereta Haris hanya kereta kancil buruk yang warnanya agak pudar.Duit minyak kereta pun selalu guna duit Karina.

Tiba-tiba Karina teringat pada Fatini.

"Semua salah isteri baru Hakimi, kalau tak hidup aku tak kan jadi macam ni" kata hati Karina.

"Dia dan anak-anak dia pengacau antara aku dan Hakimi. Kalau tak dak dia Hakimi takkan tinggal kan aku, aku kena buat sesuatu". Kata hati kecil Karina.

Sudah sebulan kejadian perjumpaan Karina dan Haris di restoran. Keadan Karina agak murung dan tidak bersemangat. Sudah la bercerai dengan Hakimi. Dan orang yang ia cintai rupanya tidak mahu bernikah dengannya.

Sekarang Haris pun sudah menghilangkan diri. Bila Karina cuba untuk menhubungi melalui telefon tiada jawaban. Hatinya selalu tidak tenang.

Tiba-tiba Karina teringat Haikal anaknya bersama Hakimi.Haikal yang selalu ia abaikan kerana malu mempunyai anak istimewa seperti Haikal. Ia harus ambil Haikal dari Fatini dan Hakimi kata hatinya.

Pagi ini Karina tidak pergi kerja tapi ia memandu keretanya menuju ke arah perak utara. Ia tahu Haikal akan pulang dari sekolah dalam pukul 1.

Karina sampai di rumah Fatini dalam pukul 12.30 tengahari. Fatini mendengar bunyi enjin kereta ia pun membuka tingkap untuk melihat siapa yang datang tengahari ni. Kerana Haikal akan balik dalam pukul 1. Manakala Danish dan Damira akan sampai dalam pukul 2. Hakimi pulak petang baru sampai.

Fatini melihat orang yang keluar dari dalam kereta tersebut adalah bekas madunya Karina. Fatini pun pergi ke arah pintu bila Karina memberi salam di depan pintu rumahnya.

Fatini pun menjawab salam lalu membuka pintu rumah. Bila Fatini membuka pintu, Karina agak terkejut melihat perut Fatini. Kerana kandungan Fatini sudah masuk 7 bulan lebih jadi perut Fatini sudah mula kelihatan.

Selama ini Karina tidak tahu bahawa Fatini mengandung. Kerana Hakimi tidak pernah memberitahunya.

"Kak Rina masuk la, Haikal nanti pukul 1 baru balik" kata Fatini.

Karina pun masuk ke dalam rumah. Duduk di sofa di ruang tamu. Karina melihat rumah Fatini banyak perubahan. Rumah Fatini sudah besar dan ruang tamu sudah ada sofa dan sedikit luas. Tidak seperti kali pertama ia datang dengan Hakimi menghantar Haikal dulu.

"Sudah berapa bulan perut tu" tanya Karina.

"Masuk 7 bulan dah. Kak duduk la dulu saya nak bancuh air sat" kata Fatini.

Selesai membancuh air,Fatini pun membawa ke ruang tamu.

"Jemput la minum" kata Fatini.

"Haa nanti aku minum" kata Karina.

"Nanti tengahari boleh la makan sekali. Abang Hakimi petang nanti baru balik" kata Fatini.

"Nanti lepas Haikal sampai kak akan balik. Kak mai ni nak ambil Haikal." kata Karina.

"Kak tak boleh ambik Haikal, hak penjagaan Haikal dapat dekat abang Hakimi. Nanti abang Hakimi mesti marah" kata Fatini.

"Haikal seorang ja anak aku, hangpa dah ada 2 orang anak,tu dalan perut ada lagi" kata Karina.

Mendengar kata-kata Karina, Fatini terdiam. Memang benar yang di katakan oleh Karina. Haikal satu-satunya anak Karina. Tidak mahu bertengkar dengan Karina. Fatini pun menuju ke arah dapur dan mengambil telefon untuk menghubungi Hakimi.

"Assalamualaikum bang" kata Fatini.

"Walaikumusalam, ada apa sayang call ni" kata Hakimi.

"Kak Rina datang rumah, dia nak ambil Haikal." kata Fatini.

"Sayang biarkan ja la dia ambil. Esok abang akan ambil balik Haikal." kata Hakimi

Mendengar kata-kata Hakimi hati Fatini terasa lega. Tak lama kemudian Haikal sampai bersama paksu Fatini. Keluar saja dari kereta Haikal terus berlari masuk ke rumah.

Bila Haikal masuk di dalam rumah ia terus menuju biliknya. Karina memerhatikan saja anaknya itu.

"Fatini ambilkan pakaian Haikal. Kak nak balik dah ni" kata Karina.

"Kak tak mau makan dulu" kata Fatini.

"Tak payah,aku nak balik" kata Karina.

Mendengar kata-kata Karina, Fatini pun segera mengambil pakaian dan berapa barang mainan Haikal.

Sementara Karina menarik tangan Haikal keluar dari rumah menuju ke arah kereta. Haikal menangis tidak mahu tapi Karina tetap menarik tangan Haikal. Fatini merasa sebak melihat Haikal di tarik oleh Karina.

Selesai menarik Haikal masuk ke dalam kereta Karina pun mengunci pintu kereta. Karina pun menghidupkan enjin keretanya. Lalu memandu keluar dari halaman rumah Fatini.

Dalam perjalanan pulang ke arah kedah. Karina merasa sakit hati melihat Fatini yang sedang mengandung. Dia seperti tidak boleh terima melihat berubahan berlaku pada rumah Fatini. Terselit perasaan iri dan dengki di hatinya.

"Aku akan buat sesuatu yang akan buat hang menyesal kerana menceraikan aku Hakimi" kata Karina sambil tersenyum penuh maksud tersirat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience