Malam ini seperti biasa Fatini menidurkan Kaisara sebelum ia tidur dibiliknya.Sudah melihat Kaisara tidur Fatini pun pergi ke biliknya. Bilik Fatini tidak boleh di kunci pintu dari dalam. Kunci pintu bilik ini telah rosak.
Fatini masuk ke biliknya dan meletakkan toto buruk di atas lantai.ia pun meletak kain pula di atas toto. Selesai meletakkan kain Fatini baring untuk melelapkan matanya. Tapi tiba-tiba pintu biliknya di buka dari luar. Fatini terkejut melihat Hakimi tiba-tiba membuka pintu biliknya.
"Abang ada apa masuk dalam bilik ni" tanya Fatini.
"ini rumah aku, bilik ni pun bilik aku juga." kata Hakimi sambil tersenyum penuh makna.
Hakimi menghampiri Fatini lalu merobek baju Fatini.Fatini menangis dan merayu pada Hakimi supaya menghentikannya. Tapi Hakimi tidak mengedahkannya.
"Hang dah jadi isteri aku terpulang aku nak buat apa".kata Hakimi.
Hakimi sedikit pun tidak menghiraukan rayuan Fatini. Hakimi mencium dan mengigit bibir Fatini sampai keluar darah. Hakimi melakukannya dengan kasar.
Malam itu dengan rasa sakit dan tangisan air mata, mahkota Fatini di ragut dengan kasar. Bukan sekali tapi 3 kali malam itu Fatini terpaksa menahan sakit melayani Hakimi.
Fatini merasa sakit di farajnya sehingga ia tidak mampu untuk berjalan pada paginya. Hatinya tersangat sakit ,juga badan dan alat sulitnya juga terasa pedih dan sakit.
Semasa Fatini berada di dalam bilik air.Fatini menangis sepuasnya mengenangkan nasibnya. Kenapa di sebabkan abangnya Farish dia terpaksa tangung semua ini. Tiba-tiba berdetik di hatinya rasa marah pada ibunya kerana terlalu memanjakan abangnya.
Fatini juga sudah jarang menghubungi Ibunya. Kerana terasa sakit hati setiap kali ingin menghubungi ibunya. Kekadang Fatini terasa ingin lari dari rumah Hakimi. Tapi mengingati kaisara ia tidak sampai hati.
Belum cukup dengan memukul badannya. Sekarang Fatini terpaksa menjadi pemuas nafsu untuk Hakimi setiap kali Hakimi ada masalah dengan kekasihnya.
Hakimi terlalu sayang pada kekasihnya sampai tidak sanggup untuk menaikkan suara pada kekasihnya. Tapi ia luahkan kemarahannya pada Fatini.
Sudah 2 hari kejadian Fatini di ragut daranya oleh Hakimi. Bagi Fatini jika Hakimi melakukannya lembut seperti pasangan lain ia rela.Tapi kenapa Hakimi bertindak kasar kepadanya ketika melakukannya. Akibat di lakukan dengan kasar Fatini mengalami kesakitan sehingga susah untuk ia berjalan.
Tapi hari ini kesakitan pada farajnya agak sedikit baik.Fatini mendengar kereta Hakimi di luar rumah. Fatini membuka pintu rumah ia melihat Hakimi bersama seorang lelaki. Lelaki itu ada semasa majlis pernikahan ia dan Hakimi.
Lelaki itu bernama Affan sepupu Hakimi. Selepas Fatini membuka pintu ,Affan dan Hakimi pun masuk. Affan memadang ke arah Fatini. Affan melihat bibir Fatini agak bengkak. Di pipinya juga ada kesan lebam.
"kenapa dengan muka isteri hang tu, hang yang buat ke semua tu".tanya Affan pada Hakimi.
"Ah! hang tak payah masuk campur urusan aku".kata Hakimi.
Hakimi mengajak Affan pergi ke biliknya untuk berbincang. Bila Affan melihat keadaan Fatini ada perasaan simpati pada gadis itu. Affan tidak sangka sampai begitu sekali Hakimi perbuat pada Fatini. Hari ini Affan datang ke rumah Hakimi kerana ada perkara penting yang ingin Hakimi bincangkan dengannya.
Affan tidak tahu apa yang ingin Hakimi bincangkan sampai begitu bersungguh-sungguh Hakimi menyuruh ia datang. Seolah-oleh sudah tidak ada hari lain lagi.
Fatini hanya melihat Affan dan Hakimi berlalu menuju ke bilik. Kaisara pula asyik bermain di ruang tamu dengan mainannya. Kaisaralah yang sering membuat Fatini kuat menempuhi semua yang ia lalui.
Apa akan terjadi pada Kaisara jika ia pergi dari rumah Hakimi. Sedangkan kaisara tahun ini akan memasuki umur 5 tahun tapi Hakimi tidak memasukkan Kaisara ke tadika atau prasekolah pun. Kekadang Fatini akan mengajar Kaisara mengenal huruf dan nombor.
Mungkin hadirnya Fatini menjadi isteri Hakimi untuk membantu kaisara.Jika tiada Fatini bagai hidup kaisara yang terabai.
Selepas Hakimi dan Affan selesai berbincang Affan keluar dari bilik menuju ke dapur. Kerana tekaknya merasa dahaga,di dapur ada Fatini yang sedang memasak untuk makan malam. Mata Affan tidak lepas dari memadang Fatini. Ada secebis perasaan simpati pada isteri Hakimi.
"Fatini muka awak tu Hakimi yang buatkan?"tanya Affan.
Fatini hanya menunduk dan diam saja sambil melakukan kerjanya.
"Awak jangan risau mungkin selepas ni awak boleh bebas dari Hakimi. Nah ambil duit ni, jangan beritahu pada hakimi." kata Affan sambil menghulur wang kertas sebanyak RM500.00.
Fatini memadang ke arah Affan dengan rasa hairan."jangan risau Hakimi dia dah tertidur di biliknya. Ni nombor telefon saya, bagi nombor telefon awak dekat saya. Kalau ada apa-apa masalah boleh call saya"kata Affan.
Tangan Fatini pun mengambil wang tersebut dan ia juga memberitahu nombor telefonnya kepada Affan.
"Apa nama awak" tanya Fatini.
"Nama saya Affan sepupu Hakimi"
"kenapa awak kata saya boleh bebas dari Hakimi selepas ni"kata Fatini.
Affan pun memberitah tentang apa yang ia bincang bersama Hakimi. Hakimi meminta keluarga Affan untuk meminangkan kekasihnya. Sebelum itu Hakimi akan menceraikan Fatini dulu. Dan kaisara akan di jaga oleh Affan bersama isterinya. Kerana Affan dan isterinya tidak mempunyai zuriat walau sudah berkahwin selama 4 tahun.
Fatini meminta Affan memasukkan Kaisara ke sekolah bila nanti Kaisara di bawah jagaan Affan. Affan berjanji akan memasukkan Kaisara ke sekolah.
Di hati Fatini berharap semoga Hakimi segera bertunang dan ia harap Hakimi juga akan segera menceraikannya.
-----
Share this novel