Bab 30

Drama Completed 39314

Hakimi dan Fatini sampai di rumah hampir pukul 9.00 malam.Danish dan Damira sudah ada di rumah. Danish tidak pergi ke masjid malam ini kerana ibu dan ayahnya pulang lewat.Damira terpaksa tinggal seorang diri di rumah jika Danish pergi ke masjid.

"Mira ambil ni, ayah dan mak singah kedai tadi belikan nasi bungkus untuk hangpa berdua" kata Hakimi. Sambil tangannya memberi nasi bungkus yang ia beli tadi bersama Fatini.

"Haikal tak ikut balik" tanya Damira.

"Makcik Rina hang tak bagi tahu Haikal dekat mana" kata Fatini.

"Ajak abang makan sekali, ayah dan mak nak berehat dekat bilik." kata Hakimi lalu berjalan bersama Fatini menuju ke bilik.

Sementara itu Damira pergi ke arah bilik Danish untuk mengajak makan malam yang di beli oleh ayah mereka. Knok,knok,knok bunyi ketukan pintu bilik Danish yang di ketuk oleh Damira.

"Abang jom makan, mak dan ayah dah balik ada beli makanan untuk kita berdua" jerit Damira.

"Haaa ni abang keluar, kita makan sama-sama" kata Danish sambil membuka pintu biliknya.

Danish dan Damira pun menuju ke dapur untuk makan makanan yang di beli oleh Hakimi tadi.

-------
Pagi ini seperti biasa selepas sembahyang subuh dan bersarapan Hakimi pergi ke tempat kerja. Manakala Danish dan Damira pula pergi ke sekolah. Selepas suami dan anaknya pergi Fatini melakukan tugasnya mengemas rumah dan memcuci pakaian kotor.

Jam menunjukkan 9.30 pagi Fatini baru selesai menyidai pakaian yang sudah di basuh mengunakan mesin basuh kain. Tiba-tiba sebuah kereta masuk ke halaman rumahnya.

Fatini kenal kereta itu. Selepas kereta itu berhenti, keluar Karina dari dalam kereta tersebut. Pada mulanya Fatini menyangkakan Karina membawa Haikal.Tapi Karina hanya datang sendiri tanpa Haikal.

"Ada apa kak Rina datang ni" tanya Fatini.

"Kata nak tahu Haikal ada dekat mana, ni yang aku datang ni" kata Karina.

"Nanti saya telefon abang Hakimi dulu."kata Fatini.

"Tak perlu bagi tahu pada Hakimi, kita pergi berdua ja" kata Karina.

"Nanti abang Hakimi kata apa pulak kalau tak beritahu dia" kata Fatini.

"Nanti dah sampai sana boleh ja bagi tahu. Kalau hang tak mahu ikut sudah la. Tapi lepas ni jangan nak cari Haikal dah" kata Karina.

Mendengar kata-kata Karina hati Fatini serba salah. Kalau tak ikut sampai bila pun tak tahu di mana Haikal.

"Baiklah, saya ikut kak Rina" kata Fatini.

Fatini pun mengikut Karina masuk ke dalam kereta. Selepas Fatini masuk Karina pun menghidupkan enjin keretanya. Lalu ia memandu ke arah Kedah tapi kali ini agak jauh dari rumah Karina.

Sampai di satu rumah kampung yang agak jauh dari rumah orang lain. Karina pun memberhentikan keretanya.

"Sekarang hang boleh keluar" kata Karina.

Fatini pun membuka pintu kereta lalu keluar.

" Ni rumah siapa , Haikal ada dekat sini ke?" tanya Fatini.

"Nak tahu pergi la tengok sendiri" kata Karina.

Fatini pun menuju ke ke pintu rumah tersebut. Fatini memberi salam dan mengetuk pintu tersebut. Salam di jawab dan pintu di buka oleh seorang wanita yang sudah berumur lingkungan 60an.

"Makcik, Haikal ada dekat dalam" tanya Fatini.

"Masuklah. Haikal ada di dalam" kata wanita tersebut.

Lalu Fatini pun masuk ke dalam rumah. Tapi Karina tidak ikut masuk. Melihat Fatini masuk ke dalam rumah, Karina pun menuju ke arah keretanya semula. Karina masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin lalu ia pun memandu keretanya keluar dari situ.
Fatini terkejut bila melihat Karina memandu keretanya keluar dari kawasan rumah yang ia masuk. Karina meninggalkan dirinya di rumah ini. Siapa perempuan tua yang berada di dalam rumah ini.

-----
Tengahari Danish dan Damira balik dari sekolah melihat pintu rumah berkunci. Ini bermakna ibu mereka tidak ada di rumah. Lalu Danish ambil kunci pendua yang memang selalu ia bawa. Selesai membuka kunci Danish dan Damira pun masuk ke dalam rumah.

Damira meletakkan beg sekolah di dalam biliknya.Selesai menukar pakaian ia pun pergi ke meja makan. Damira membuka tudung saji dan melihat kosong tiada makanan seperti selalu.

"Abang! Mak tak masak la hari ni" kata Damira.

Danish yang mendengar suara Damira pun pergi ke dapur.

"Mak pergi mana sampai tak masak apa-apa langsung ni" kata Danish.

"Jom pergi rumah paksu, mungkin mak ada dekat sana" kata Damira.
"Haa la " kata Danish sambil mengikut adiknya berjalan kaki menuju ke rumah paksu mereka.

Rumah paksu dengan rumah mereka tidak jauh. Hanya selang sebuah rumah saja. Sampai di rumah paksu,Danish pun memberi salam.

"Maksu,mak ada tak" tanya Damira.

"Mak kamu tak dak. Tapi pagi tadi maksu nampak ada kereta masuk dekat halaman rumah hangpa" kata maksu.

"Kereta siapa, maksu kenal tak orang tu " tanya Danish.

"Rasanya kereta yang ambil Haikal hari tu. Tak silap mak hangpa ikut naik kereta tu tadi" kata maksu lagi.

"Tak pa la maksu, kami balik dulu la"kata Damira.

Danish dan Damira bergegas berjalan kembali menuju ke rumah. Sampai di rumah Damira tanpa berlengah mengambil telefon pintarnya untuk menelefon ayahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience