*****
Arman menghempaskan tubuh sasanya ke atas tilam.
Pesanan di aplikasi whatsapp yang dikirim Ara dibaca.
'Sy baru smpai kafe,awk tdo so sy xnk gngu...'
Nafas dalam disedut.Pesanan tersebut diabaikan.Arman bingkas bangun untuk solat Asar, dan sepertinya setelah ini dia memerlukan larian yang cukup panjang.
Arman bingung dengan kerenah Ara yang tak menentu.Susah untuk dia memahami isterinya yang satu itu Sebab itulah Arman memilih untuk diam tanpa melakukan apa-apa.
Sebenarnya ketika Ara melangkah masuk kedalam biliknya tadi,Arman tidak tidur pun ketika itu, cuma dia kecewa dengan Ara.
*****
Ara memandang sepi skrin telefon miliknya.Sudah berkali-kali Ara memeriksa jika ada sebarang balasan daripada sang suami.Namun hampa,pesanan Ara telah dibaca,namun hanya ditinggal 'blue tick ' sahaja oleh orang disana.
Ara menggelupur di atas tilam empuknya dek kerana terlalu geram.Sebenarnya dia rindu, namun sebab ego terpaksalah menahan rindu sebegini.Ara masih tak puas hati setelah melihat drama Idayu dan suaminya pagi tadi.
Ya,Ara sedar...dia tak boleh nak salahkan Arman jugak,sebab dia takde peluang untuk menempel dengan Arman sejak pagi tadi.
Mungkin Arman takde peluang untuk bercerita dan Ara sendiri pun tak berpeluang untuk bertanya.
Tadi setelah Que datang menjemputnya, Ara masuk kedalam bilik Arman untuk minta diri,dilihat Arman tidur nyenyak, tak sampai hati dia mahu mengganggu.Dan setibanya Ara di kafe miliknya tadi,Ara terus kirim pesanan,dan sampai ke saat ini,pukul 9.30 malam,Ara tidak mendapat sebarang mesej.
"Ke aku je yang lebih-lebih?" guman Ara sendiri.
"Tapi si Idayu tu bukan boleh percaya sangat,depan-depan je lembut". Fikir Ara lagi.
Tiba-tiba Ara teringat kisah Idayu tolong masakkan sardin untuk Arman masa perkhemahan dulu.
*****
''Zahara..Zahara..'' Arman memanggil kuat.
''Apa..??'' Ara berpaling.Ara langsung tidak mengetahui Arman juga mengikuti perkhemahan ini.Kebiasaannya dia akan sibuk dengan bola sepak dia sahaja,tahun sebelum ini pun dia tidak pernah ikut.
''Macam mana nak masak sardin?'' Tanya Arman.
Ara dan Auni sebenarnya tergesa untuk berjumpa Cikgu Halim.Dan untuk menerangkan cara-cara memasak sardin kepada Arman sepertinya akan memakan waktu yang tidak sedikit.Lagipun kelihatan Arman tidak serius dengan pertanyaannya.Arman kadang-kadang seperti itu,selalu mengganggu Ara untuk urusan yang tidak penting.
''Kau tunggulah kejap,nanti aku datang balik,aku nak cepat ni..!!'' Ara segera berlalu tanpa mendengar kata-kata Arman.
Setelah Ara menyelesaikan beberapa urusan Ara kembali melintasi tapak dimana khemah Arman berada.Namun,Arman tidak kelihatan.
"Luth,mana Arman?" Ara sempat menahan Luth yang melintasinya.
"Dia baru je pergi mandi.Kami baru je siap makan." Luth menjawab.Kelihatannya Luth juga seperti akan menyusul Arman.
"Makan?? Korang dah siap makan?" Ara bertanya seraya mengangguk.
"Ha'ah...untunglah tadi Idayu yang tolong masakkan sardin,cepat sikit kami boleh makan.Arman cuma mintak tolong Idayu ajarkan aje,tapi Idayu pelawa nak tolong masakkan...hihi..." Seloroh Luth sambil tersengih.
Ara berdiri tegak termangu.'Tadi tanya aku, lepas tu tanya Idayu pulak,kan aku dh cakap tunggu kejap..tak sabar-sabar. ' guman Ara sendiri.
"Eh takpelah Ara, aku gerak dululah ye..." Luth bersuara kerana Ara hanya diam sejak tadi.
"Ouh...ok..ok...pergilah. " Ara mengiakan.
"Ara...jomlah. Kita pun kena pergi siap-siap." Auni yang tadi hanya menjadi pemerhati mengajak Ara beransur pergi.
Jarang sekali Ara bertemu Idayu.Tapi entah kenapa Ara tak terlalu minat untuk bergaul dengan dia.Dan selalunya akan ada dia diantara Ara dan Arman. Mungkin itu hanya perasaan Ara sahaja.
Share this novel