Tepat jam 8:20 malam Arman dan Ara selamat tiba di kafe milik Ara.Suasana di kawasan tersebut lengang.Tali pinggang keledar dicabut perlahan.
''Nasib baiklah aku berhenti juga solat tadi,lewat jugak sampai ni.'' gerutu Arman sambil menggeliat.
Wajah Zahara yang baru dinikahi beberapa jam yang lepas dipandang.
Banyak perkara yang Arman ingin bincangkan dengan isterinya itu,namun keadaan seperti tidak mengizinkan.Mereka masing masing sibuk.
Niat mahu bertanya sepanjang perjalanan tadi,tetapi Ara kelihatan terlalu penat.Memandangkan Ara ada kerja yang harus diselesaikan di kafe,Arman terpaksa tangguhkan dahulu persoalan yang bermain diminda.Arman mahu Ara mendapatkan tenaga yang secukupnya.
Tanpa membuang masa,Zahara dikejut perlahan.
''Zahara...Zahara...bangun kita dah sampai ni''.
''Zahara...bangunlah...'' Pipi Ara ditepuk perlahan.
Ara menggeliat kecil,mata dibuka.Wajah Arman yang agak rapat dengan wajahnya dipandang terkejut.Dengan tapak tangan Arman yang sedikit sejuk berada di pipi kirinya.
Spontan tangan suaminya ditepis laju.Mata dicerlung ke arah Arman.
''Apa ni...pegang pegang orang ni'' Marah Ara.
''Alah..pegang sikit pun tak boleh..seronok je dia tidur,kejut berapa kali pun tak bangun'' jawab Arman sinis.
''Kita dah sampai ni,tak nak masuk ke?'' tambah Arman lagi.
Pandangan Ara di bawa ke hadapan.Sekarang dia telah tiba betul betul di depan kafe miliknya.Ara membetulkan duduk.
''Yelah..yelah..nak masuklah ni.'' Kafe Ara sudah gelap.Kafenya beroperasi 9.00 pagi sehingga 6.00 petang.
Mereka berdua beriringan masuk.Sebaik sahaja melangkah masuk Arman terus membuat panggilan kepada bapa mertuanya untuk memaklumkan bahawa mereka telah selamat sampai.
Ara mengabaikan Arman.Kaki dibawa ke tandas untuk membasuh muka dan menyegarkan badan.Kemudian Ara cepat-cepat ke dapur untuk memulakan pekerjaan,apron dicapai laju.Ara merancang untuk menyiapkan filling untuk creampuff dan hokkaido.Bahan -bahan yang diperlukan diletakkan di atas 'working table'.
Sebelum itu,Ara menyediakan dua mug kopi dan chicken sandwich untuk mereka sebagai cemilan malam ini.Itu sahaja yang mampu Ara sediakan memandangkan kafe miliknya hanya menyediakan hidangan ringan ringan sahaja.
''Ni je yang ada,kalau nak makan benda lain pergilah cari sendiri.Kalau nak baring kat dalam tu ada sofa''
Kata Ara seraya menghidangkan kopi dan sandwich kepada Arman dan jari ditunjukkan ke arah pejabat kecil miliknya.
''Takpe ni pun dah cukup...'' jawab Arman.
Ara bingkas bangun dah berlalu.Dia harus cepat selesaikan tugasan,supaya dapat pulang lebih awal.
*****
Arman tersedar daripada tidur.Jam di tangan dikerling 9:50 malam.Arnan sekadar mahu baring sebentar selepas solat isyak tadi,tak sangka pula dia tertidur.
Setelah mencuci muka Arman mengambil kesempatan untuk meneroka isi kafe Ara.
Kemudian langkah diatur ke arah Ara yang sedang mengemas.
''Dah siap ke..??'' tanya Arman.
''Dah..dah siap dah tinggal nak kemas ni je..'' jawab Ara tanpa memandang Arman.
Arman bersandar pada peti sejuk,menghadap kepada Ara yang sedang mencuci perkakas yand digunakan tadi.
''Aku tak tahu kau kakak Que,kakak Aira..''
''Buat apa ambil tahu,tak tahu pun takpelah...''
''Apa masalah kau dengan aku sebenarnya...??? ''
''Kau boleh tanya apa masalah aku dengan kau...?? '' tanya Ara sambil menutup paip sinki.Urusan mencuci telah selesai,cuma tinggal Ara nak kemaskan barang di atas meja kerja sahaja.
''Kenapa kita kena nikah? kita tak buat apa-apa...kalau perlu naik turun mahkamah go on je lah,kau selfish kan? Kau fikir status kau je,kau rela kita terikat dalam hubungan suci ni tanpa ada hati dan perasaan.''
''Tak cukup dengan tu kau bodek apa abi dengan umi semalam? Aku tahu kau ada jumpa dengan orang tua aku semalam...'' luah Ara,air mata ditahan.
''Kau ingat aku boleh terima kau ke? aku terima kau sebab abi dan umi,kau tak payah nak berlakon baik kalau orang lain tak ada kat sini!! aku diam bukan bermakna aku suka,aku diam sebab terlalu penat,aku penat nak jaga hati orang!!''
''Aku kenal kau Arman...kau suka mainkan perasaan orang!! tak ubah ubah perangai kau kan??''
Rahang Arman mengeras,naik ditarik dalam dan dihembus perlahan.Arman melangkah mendekat,Ara yang bersandar pada meja kerja dikunkung,kedua tangan Arman diletakkan di atas meja di sebelah kanan dan kiri Ara.Muka Ara dipandang geram.
''Betul ke kau kenal aku?? Kalau betul kau memang kenal aku kau takkan cakap mengarut macam tu!! ''
''Kau tak cukup kenal aku lagi'' sinis Arman sambil berlalu.
''Kau dah siap keluarlah aku tunggu dalam kereta,'' sambung Arman lagi.
Arman bukan seorang yang panas baran,dia juga tak mudah marah.Tapi dengan Ara dia cepat hilang sabar.Dia malas nak bertekak dengan Ara.
Jantung Ara berdegup kencang.Arman marah? Dia tak pernah lihat sisi Arman yang satu itu.Setahu Ara,Arman seorang yang murah dengan senyuman.
*****
Dari dalam kereta Arman perhatikan Ara yang keluar dari kafe.Walaupun dia marah pada Ara,keselamatan Ara masih dijaga.
Arman memberhentikan keretanya dihadapan rumah Ara.Tadi dia telah memaklumkan pada abi bahawa dia akan menghantar Ara ke rumah milik keluarga Ara itu.Dia mengatakan bahawa dia mahu memberikan ruang kepada Ara dan abi menyambut baik saranan dari menantunya itu.Lagipun pembantu rumah keluarga mereka ada di rumah jadi tiada apa yang haru dirisaukan.
Suasana yang sepi tapi dimatikan dengan suara Arman.
''Masuklah...dah lewat ni'' waktu menunjukkan pukul 10:45 malam.
'' I'll be gone for two weeks, after I come back no more 'aku' or 'kau'...''
''Jadi berkelakuanlah seperti suami isteri yang sepatutnya''
Kata Arman keras sebaik sahaja Ara mahu menutup pintu kereta.
Ara terkedu namun tidak memberikan apa apa respon.Dia kemudian berbalik menuju masuk kedalam rumahnya.
tq for support.
Share this novel