Bab 26 : Mengungkit

Romance Series 87834

*****

Disinilah seorang Qisya Zahara sekarang.Duduk bertenggek di atas sebuah batu kecil sambil kaki terendam sampai paras betis.Skirt labuh yang berwarna hitam di selak sedikit supaya tidak basah.Dagu dilabuhkan diatas lutut sambil jari jemari yang masih merah jelas menampakkan inai yang terukir itu menari nari didalam air yang jernih.

Fikiran masih menerawang memikirkan kata-kata Arman tadi.Sesungguhnya Ara tiada mood untuk datang kesini.Sepanjang perjalanan tadi dan sejak tiba tadi Ara hanya mendiamkan diri.Setelah sampai Ara menolak ajakan Aira untuk mandi bersama.Kesudahannya kedengaran Aira ,Sasha,Jannah dan Kak Sara yang seronok mandi manda sambil bergurau senda,manakala kaum-kaum Adam berseronok tidak jauh dari situ.

Setelah menolak ajakan Aira tadi,Ara meminta diri untuk berjalan-jalan dan kemudian duduk disalah satu batu yang ada disitu.Ditinggalkan abi dan uminya yang sedang berehat di atas tikar yang dihampar ketika mereka tiba tadi.Untunglah ayah dan ibu mertuanya tidak ikut sekali,kalau tidak,tak tahulah bagaimana Ara mahu menahan perasaan kecewanya pada Arman.

Sedang ralit jemari menepuk nepuk permukaan air,Jannah datang duduk bersimpuh disebelah Ara.

''Ara..kenapa ni...kenapa tak nak join kita orang!!''.Sergah Jannah tanpa mukaddimah.

''Ara penat lah kak,lagipun baju pun tak bawak''.Ara beralasan.Kepala didongakkan memandang Jannah kemudian ditongkatkan balik di atas lututnya.

''Penat??? ala sweetnya pengantin baru,tak tido ke semalam hurmm??''
Jannah mengusik sambil mencucuk bahu Ara.

''Eii..akak...cakap tu senonoh sikit erk.Jangan nak tuduh macam-macam''.Ara pantas menepis tangan Jannah lalu menjeling tajam.

''Alaa...gurau sikit pun tak boleh.Ara kenapa? Belum setel lagi ke dengan Arman?''. Jannah bersuara serius.

''Macam mana nak selesai,dia asyik mengelak aje,dengan Ara pun tak bercakap.'' Ara mengeluh perlahan.

''Hurmm..patutlah ketat je muka.'' kata Jannah seraya mengangguk faham.

''Ara...jomlah pergi sana,mak dengan ayah akak baru je sampai tu,tadi mak akak ada tanya Ara ada kat mana,kesian abi dengan umi nak menjawab nanti.Meh lah,nanti kita cakap pasal ni lagi ye...'' Jannah cuba memujuk.Mereka saling berpandangan.

''Jom...janganlah sedih-sedih,kita datang nak suka-suka kan.''
Tambah Jannah lagi.Tangan Ara dipegang seperti menyalurkan tenaga untuk buat Ara kembali bersemangat.

''Tapi Ara tak bawak baju lah kak,memang tak dapat nak mandi sekali kak''. Ara bangun dan skirt labuh yang dibetulkan.Jannah juga sudah bangun dan mendahului.

''Alahh...takpe,Ara duduk kat atas batu kat sana je,boleh tolong jagakan Rayyan,Sara nak main.....'' belum sempat menghabiskan ayat,Jannah terkejut mendengar suara jeritan Ara yang berada dibelakangnya.

''Arrghh....'' jerit Ara.

Jannah lantas berpaling,kelihatan Ara telah jatuh terduduk.

Ara memegang buku lali sambil menahan sakit yang amat.Ketika memulakan langkah tadi,Ara terpijak batu kecil yang licin dan menyebabkan kakinya terseliuh.

''Ya Allah Ara....!!!'' Jannah menjerit terkejut lalu segera mendapatkan Ara yang telah terduduk kesakitan.

Abi dan umi yang mendengar jeritan Jannah segera mendapatkan mereka.Begitu juga Sara,Aira dan juga Sasha.

''Pak ngah...mak ngah...Ara jatuh,Jannah rasa terseliuh ni.'' Jannah segera memaklumkan pada abi Ara selaku bapa saudaranya.

''Argghhh...abi,sakit abi.. '' Ara mulai terisak apabila Abi cuba memegang
kakinya yang kelihatan sedikit membengkak.

''Kenapa ni angah??'' pada masa yang sama umi bertanya cemas.

''Angah terpijak batu licin umi...aduh umi...sakit..'' Ara merengek manja,air mata menitis laju.

Pada masa yang sama Sasha segera memanggil Arman.
''Abang...Kak Ara seliuh...'' lantang Sasha bersuara memanggil Arman.

''Kenapa abi...'' Arman yang baru tiba kelihatan termengah.Wajah Ara yang sudah memerah akibat menangis dipandang.Kemudian Arman mengambil tempat di sebelah Abi.Kaki isterinya diperhatikan.

''Seliuh je ni Arman...'' Jawab abi bersahaja.

'Seliuh je..??? Abi ni orang sakit setengah mati dia buat muka selamba pulak' desis Ara didalam hati.

''Arman bawa Ara balik rumah nenek dulu,nanti nenek boleh tengokkan.''Abi memberi arahan tegas.

''Okey abi....jom sayang....'' Arman menghulurkan tangan pada Ara untuk membantu Ara bangun.Huluran disambut dan Ara cuba berdiri,namun kakinya tidak dapat berpijak.

''Aauwww.....sakit...sakit...'' Muka Ara merah menahan sakit.Pegangan pada tangan dan lengan Arman dikemaskan.

Tanpa amaran,Arman lantas mencempung tubuh Ara ala bridal style.Untunglah jarak kereta dan tempat kejadian tidak terlalu jauh.Ara yang terkejut dan hilang pertimbangan berpegang pada bahu Arman.

''Sasha...tolong ambil kunci kereta abang lepas tu pergi buka pintu kereta...abi,umi,pak long mak mak long kami balik dulu ye.'' Armaan segera melangkah setelah pamit pada semua yang ada disitu.

''Ye pergilah Man...pergilah bawa Ara balik dulu.'' Abi berkata.

*****

Setelah setengah jam perjalanan,mereka tiba di rumah nenek Ara.Ara merasa lega,sepanjang perjalanan tadi suasana sepi.Arman tidak bersuara sedikit pun.Ara pula hanya mampu menahan sakit sambil mengusap lembut kakinya.

Arman segera mendukung Ara dan dibawa ke beranda.Kemudian menghilang entah kemana.Tak lama selepas itu,Arman tiba membawa ais yang dibalut didalam kain,kaki Ara diangkat dan diletakkan di atas pehanya.Ais tersebut ditekap perlahan pada bahagian buku lali yang sudah bengkak itu.

''Aahh....sakitlah awak...'' Tangan Arman yang sedang memegang ais ditahan.

''Tahanlah kejap...'' Arman bersuara tegas.

Kemudian atok dan nenek keluar ke beranda.''Ya Allah sampai bengkak macam tu sekali.'' ucap nenek yang mengambil tempat sebelah Ara,sebotol minyak hangat diletakkan di atas lantai.Tadi Arman telah memaklumkan kepada mereka perihal kaki Ara yang terseliuh.

''Aduh....abang...sakit....'' Ara semakin kuat merengek sambil menangis menahan sakit.Ara tiada pilihan selain memanggil Arman dengan panggilan 'abang' kerana atok dan neneknya ada disitu.Kalau depan abi dan umi tak apa,tapi kalau atok dan neneknya bersuara sampai esok pun belum habis lagi.Tangan Arman terus dipegang kejap.

''Takde apalah ni Zahara...macam budak-budak nak menangis,nanti bila dah tekap dengan ais tu okeylah tu,tahanlah sikit,serba salah pula laki kamu tu nenek tengok.Dah dah...Arman bawa dia masuk rehat dalam bilik,lepas dah tekap ais tu sapu minyak ni,bolehlah kurangkan sakit tu nanti.''

"Okey nek...jom yang...'' lantas tubuh Ara dicempung dibawa ke bilik.

''Atok dengan nenek nak keluar pergi kebun kejap ye.'' Atok memaklumkan Arman.

''Okey baik tok'' Arman mengangguk.

Tubuh Ara didudukkan di atas katil,kemudian Arman keluar mengambil ais dan ubat tadi.Ais dihulurkan kepada Ara.''Nah...tekap sendiri kejap,nak bersihkan badan kejap''.Ara menyambut ais tersebut .

Lima minit kemudian Arman kembali setelah bersalin pakaian.

''Nak salin baju dulu tak?'' Tanya Arman.

Belum sempat Ara menjawab,Arman membuka almari yang terisi baju Ara,mencapai sehelai baju t-shirt putih dan sehelai kain batik.

''Salin je kat sini saya tunggu kat luar.'' Arman lantas berlalu keluar.

Arman masuk ke bilik lima minit kemudian.Ais diambil dan ditekap lagi pada kaki Ara.Ara berdesis kuat.

''Awak...boleh hold dulu tak tekap ais ni,saya dah tak kuat nak tahan dah,sakit sangat.'' Ara separa merayu,tangan Arman yang memegang ais di pegang lagi.

''Okeylah,kalau macam tu sapu minyak dulu.'' Arman cuba berkompromi.

Tubuh Ara dibaringkan,kaki yang sakit diletakkan diatas peha.Kain batik yang dipakai Ara diselak sedikit menampakkan betis yang putih mulus.Minyak panas diambil dan disapu perlahan.

Suasana kembali hening.

''Actually I heard you.I was there,outside the store room.''

Untuk kali ini Ara cuba beralah.Cuba meminta penjelasan diatas salah faham yan berlaku dulu.

''Aku tak minatlah minah beku macam dia.''


''Aku tak ada hati la dengan Zahara tu...''

''So can you tell me...how can I trust you...'' Ara bersuara lembut.Kaki yang sakit bukan penghalang untuk dia ungkitkan hal ini.

''Saya dah jatuh sayang kat awak dari dulu.''

''I like you...sejak dari dulu.''

''Boleh ke awak beritahu saya macam mana saya nak percaya awak.Beberapa tahu dulu awak cakap lain,dan sekarang,kita jumpa balik awak cakap lain,yang mana satu saya nak percaya ni?''.

Arman terdiam.Akhirnya Ara membuka mulut untuk bercakap soal ini.

''Ya,betul...saya cakap macam tu,but I can explain it.''

''Go on..'' Ara menanti.Wajah tampan Arman tak lari dari pandangan mata Ara.

''I sengaja cakap macam tu,saya tak nak Nazmi or member-member saya kacau awak,macam diorang buat kat budak perempuan lain.Kalau dia tahu saya memang suka awak,dia mesti akan sound awak macam tu aje,saya tak nak dia malukan awak.''

''You know Nazmi right...how she treat student lain,dia tak ambil kisah dah orang malu atau tak,dia main sound aje.''

''I don't need to tell the whole world that I like you,I just want you to know that I fall for you.''

''...and I love you Zahara.'' sambung Arman lagi.

Dap...dup...dap...dup...

Jantung Ara tidak berhenti berdegup.Pandangan mata yang saling menatap tidak dialihkan.

******

Ada tambahan skit selepas review,next chapter masih dalam penulisan.Maaf akan lambat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience