Bab 25 : Kesilapan

Romance Series 87834

*****

Arman yang lencun dengan peluh tiba di perkarangan rumah atok dan nenek Ara.Rumah itu sudah riuh dengan sanak saudara yang tiba untuk mengucapkan selamat tinggal sebelum bertolak pulang ke rumah masing-masing.

Ara berdiri disebelah Arman ketika bertatap dengan Mak Ngah dan Pak Ngah.Sekali lagi mereka mengucapkan tahniah kepada pasangan raja sehari itu sebelum berangkat.Ara memeluk mesra lengan kanan Arman.Seperti kemarin,mereka hanya akan bermesra apabila berdepan dengan saudara mara dan tetamu.

Arman memandang Ara sekilas,memang dia suka dengan setiap sentuhan Ara,tapi sungguh imannya tidak kuat.Ara masih belum melepaskan pegangan.Arman mengambil inisiatif untuk meleraikan ikatan lalu berkata perlahan.

''Saya berpeluh ni,nak pergi mandi kejap.'' Ara segera berundur.

Ara bertambah bengang,tergamak Arman memperlakukan dirinya sampai begitu.Tadi sebelum keluar bersayang abang bagai,sekarang bersaya pula.Kemana arah tuju ikatan ini,Ara mengeluh sendiri.Arman sentiasa mahu mengelak,Ara masih belum berpeluang untuk bercakap face to face dengan suaminya itu.

''Angah...nanti ajak Arman makan ye.'' Suara umi menyedarkan Ara daripada lamunan.

''Aahh...baik umi,nanti angah panggilkan''. jawab Ara dan berlalu.

*****

Arman menapak ke bilik dan lantas melepaskan baju yang basah dengan peluh dari badannya.Dengan masih bersisa seluar Arman memilih untuk duduk sebentar supaya dapat mengeringkan peluh sebelum mandi.Fikiran yang menerawang memikirkan isteri yang tidak dapat disentuh.Kalau beberapa hari sebelum ini boleh lah dia bertahan kerana dia tidak perlu menghadapi Ara seperti sekarang.Tapi kini setiap masa Ara ada bersama,Arman risau dia tidak akan dapat menahan diri.

Pintu dibuka dari luar.Ara melangkah masuk.Ara berjalan perlahan sambil melihat dada bidang suaminya itu,ditambah dengan sedikit peluh Arman kelihatan semakin hot.Muka Ara memanas.Keduanya saling berpandangan.Ara ralat dengan keadaan mereka sekarang ini.Namun untuk berundur sekarang pun Ara tak punya kekuatan.Langkah masih diteruskan dan berhenti tepat di hadapan Arman.

''Awak nak makan tak? saya nak hidangkan,semua orang dah makan tadi..''

Arman yang sedikit mendongak menatap Ara hanya diam tidak bersuara.Arman perasan wajah Ara memerah menahan malu.

''Cepatlah siap,Que dah beritahu kan diorang semua nak pergi air terjun nanti.'' gesa Ara lagi.

''Dah puas tengok?''. Arman bersuara.

''Hahh??'' Ara mengerutkan dahi hairan.

''Cukup ke tengok je...'' soal Arman lagi.Arman perasan mata Ara yang tidak lepas dari menikmati tubuh sasanya.

Ara seperti faham apa yang dimaksudkan Arman.Pandangan Arman yang terlihat sedikit galak membuatkan Ara meremang.

''Aw...awak siaplah dulu saya tunggu awak dekat dapur.'' Ara bersuara dalam gugup dan cepat-cepat membuka langkah.Ara berpusing namun belum sempat untuk melangkah tangan Ara ditarik tiba-tiba dan membuatkan Ara hilang pertimbangan.

Bukk....

Ara selamat mendarat dalam pangkuan Arman.Kedua tangannya ditekap pada dada bidang suaminya,walaupun sedikit melekit dengan peluh namun cukup mengugat iman Ara.Rama-rama dalam perut semakin rancak berterbangan membuatkan Ara sesak,ditambah tangan Arman yang memeluk pinggangnya kejap.

Cupp...

Bibir Ara dikucup sekilas.Melihat Ara yang tidak bereaksi Arman nekad memagut bibir Ara untuk kali keduanya.Kali ini lebih ekstrim,tubuh Ara ditarik mendekat,Ara sedikit tersentak lalu spontan tangannya naik berpegang pada bahu Arman.Cumbuan panas itu membuat kedua-keduanya terbuai walau Ara tidak membalas setiap kucupan yang diberi oleh Arman.

Ara cukup menikmati namun Ara terasa lemas,ciuman super hot itu betul-betul menguras semua nafas yang Ara punya.Ara yang belum cukup ahli memang harus kalah.Dada Arman dipukul laju supaya Arman melepaskan pagutan.Arman yang terlalu asyik tersedar dan cepat-cepat melepaska pagutan.Wajah Ara dipandang.

'Ohh...shit!!! Apa kau buat ni Arman...!!!' Arman kesal kerana gagal mengawal nafsunya.

''Maaf Ara...this shouldn't happen,my mistake...I'm so sorry...this won't happen again'' Pantas Arman memohon maaf.Tangan yang tadi memeluk Ara dilepaskan,rambut diramas gugup.

Laju Ara melepaskan diri langsung berdiri sambil memandang Arman.Wajah mempamerkan riak terkejut,tapi gagal dilihat oleh Arman kerana Arman hanya menunduk lemah.

'Shouldn't happen???'

'Mistake???'

Ara merasa tak kuat untuk berdiri.Apa yang Arman fikirkan? kenapa ianya satu kesalahan? Bibirnya terasa pijar dikerjakan Arman,tapi Arman tegar mengatakan bahawa ini adalah satu kesilapan.

''I'm sorry once again..saya nak bersiap-siap kejap,nanti kita jumpa kat dapur.'' luah Arman lalu berlalu dari situ.Meninggalkan Ara yang masih kebingungan.

*****

Ara telah siap menghidangkan sarapan ketika Arman tiba di dapur.Keduanya hanya berlagak seperti tiada apa yang berlaku.Arman terus makan tanpa rasa bersalah dan Ara hanya melayan Arman makan sehingga selesai.Disebabkan mereka tidak sendiri di dapur tersebut,jadi berkuranglah rasa segan yang dihadapi oleh mereka.

Namun dalam hati Ara hanya Allah yang tahu.Disaat dia mahu redha diatas perjodohan ini,ini pula yang berlaku.Arman masih seperti dahulu,suka buat sesuka hati.Luka lama berdarah kembali.Ara sebenarnya telah berlembut hati apabila mendapat nasihat daripada Jannah dan abi.Namun setelah terlalu kerap ditolak oleh Arman,Ara merasa tidak yakin dengan Arman.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience