Bab 24 : Usik

Romance Series 87834

Ara terjaga dari tidur nyenyak.Telefon bimbit diraih,waktu menunjukkan pukul 6.35 minit pagi.Pandangan langsung dituju ke arah kerusi panjang.

Kosong.

Mata melilau ke sekeliling.Kelibat orang yang dicari tiada.Ara bingkas bangun dan menuju ke arah bilik air dan pintu terbuka.

Juga kosong.

Ara mendapatkan tuala mandi dan masuk membersihkan diri untuk.Ara berniat untuk mencari suami dinginnya setelah selesai mengerjakan solat subuh.

*****

Selesai memberi salam dan membaca doa.Ara bangun dan menggantung telekung.Ara berpaling dan terkejut saat melihat Arman yang duduk bersandar pada kerusi jati yang menjadi tempat dia beradu semalam.Kedua tangan berpeluk tubuh dan mata terpejam rapat. Melihat Arman yang mengenakan baju lengan panjang berwarna kelabu dan berkain pelikat Ara dapat mengagak Arman datang dari mana.

'Ish...tiba-tiba muncul buat orang terkejut je lah' desis Ara.

Keadaan bilik yang sedikit malap tadi menjadi terang benderang apabila Ara memetik suis lampu.Arman lantas mencelik mata apabila merasa suasana bertukar cerah.Sejujurnya Arman tak dapat tidur lena semalam kerana tidur di atas kerusi kayu itu tanpa alas.Ada benarnya kata Ara,waktu malam memang semakin sejuk.Tapi kerana janji pada Ara Arman bertahan untuk terlelap disitu.

''Eh...sorry,nak tidur lagi ke? Nak tutup balik ke lampu ni??'' Ara bertanya lembut,merasa bersalah apabola melihat Arman terkebil-kebil menahan silau lampu.

''Takpelah...saya nak pergi lari pagi jap''. Jawab Arman dengan suara setengah basah sambil siku yang menongkat pada lutut dan tangan meramas rambut.

Ara perasan Arman yang keletihan mungkin sebab majlis sepanjang hari kemarin ditambah pula semalam tidur tanpa alas.Perasaan bersalah menyelubungi.Walaupun segan Ara tekad untuk mendekat.

''Kenapa...awak okey tak ni? ada apa saya boleh tolong?'' tanya Ara gugup sambil laju tangan kanannya mendarat pada bahu kanan Arman.Punggung dilabuhkan disebelah suaminya itu.

Bagai terkena renjatan elektrik,spontan tangan kiri Arman memegang tangan Ara yang memaut bahunya.Kepala diangkat dan wajah Ara berada terlalu hampir dengannya.

Jeda.

Tik...tik...tik... Beberapa saat berlalu.

Arman tersedar daripada terus memandang wajah isterinya.Cukup menguji jiwa dan raga seorang lelaki yang dahaga kasih sayang isterinya.Cukup bertuah pagi ini kerana dapat menatap wajah Ara pagi itu.Kalau tidak mengingatkan janjinya pada Ara,ingin ditarik leher Ara dan bungkam bibir merah jambu isterinya itu.Nafas ditarik dan tangan yang tadi memaut tangan Ara dilepaskan.Arman bangun lalu berkata... ''No I'm okay..thank you''

Arman berlalu ke untuk bersalin pakaian dibilik air.Ara ditinggalkn termangu.

'Apa aku buat ni...yang aku gatal sangat pegang-pegang dia apasal..??'
Ara bermonolog sendiri,niatnya tadi cuma mahu bertanya keadaan Arman,tapi terlajak caring pula,yang lagi membuatkan muka Ara merah menahan rasa malu apabila Arman menepis tangannya.

Ara telah siap mengenakan tudung untuk keluar dari bilik apabila Arman juga telah bersedia untuk keluar.Arman memandang Ara sekilas,kemudian meraih kunci keretanya lalu meninggalkan bilik yang mereka diami.Ara bersiri kaget dan menurut Arman dari belakang untuk ke dapur.


Arman mengambil kasut di dalam kereta dan duduk di tangga.

''Nak kemana Arman awal-awal ni??'' tegur atuk Ara dan diikuti abi disebelah atuk.Mereka duduk di kerusi yang ada di beranda rumah.

''Eh atuk..abi...Arman nak pergi berlari kejap.Dah jadi tabiat dah tok,tak boleh nak tinggal.Sekejap je tok...'' Jawab Arman mesra.Arman risau sekiranya atuk akan berfikir yang bukan-bukan,bersungguh Arman menjelaskan.Maklumlah pengantin baru katakan...awal pagi dah tinggal cucu dia.Pekerjaan Arman menuntut diri untuk sentiasa bertenaga,sesibuk mana pun Arman akan meluangkan masa untuk berjoging atau berlari.Hari ini dia hanya ingin berlari dan tidak akan memakan masa yang lama.Di samping boleh meregangkan otot yang lenguh-lenguh semalam.

''Haa...takpelah...jangan lama-lama sangat Man...atuk tak kisah,takut si Ara ni yang kisah ni...'' atok sempat mengusik apabila Ara tiba membawa kopi di dalam dulang.Ayah kepada Haji Zainal memang periang orangnya,selalu sahaja suka mengusik.

Ketiga-tiga pasang mata itu tepat memandang Ara,seperti menagih sebarang komen daripada Ara.Ara yang sedang menyusun cawan kopi itu bersuara gugup.

''Atok ni saja kan nak usik Ara.Ara takde cakap apa pun.Pergi lari je kan...'' ujar Ara tanpa memandang Arman.Muka merah menahan segan tak usah cakaplah.Kalau Arman tak ada sekarang ni,memang Ara akan merajuk dengan atoknya yang sorang ini.

''Ha..ha...manalah tahu kan...terserempak dengan mana-mana anak dara kat dalam kampung ni.Laki Ara tu dah lah hensem,jangan bagi keluar sorang-sorang Ara,sepatutnya Ara kena pergi sekali.'' Atok bertambah seronok mengenakan Ara.

Ara berasa menyesal menawarkan diri untuk menghantarkan kopi tadi.Niatnya sekadar mahu menghantar kepergian Arman,tapi teruk dia dikenakan oleh atoknya sendiri.

''Atok ni...nanti Ara mengadu kat nenek.'' Ara seperti cacing kepanasan bingkas bangun dan diikuti Arman yang selesai mengenakan kasut.Sempat keduanya berpandangan.Melihat Ara yang sedang menahan malu,Arman menegur Ara.

''Sayang..tolong simpan kunci kereta abang ye,abang tak masuk poket nanti mengganggu.''

''Aa..ahh..okey abang.'' jawab Ara gugup lantas menyambut kunci yang dihulur oleh Arman.

''Abang pergi sekejap ye...'' tangan Ara yang menyambut huluran tangan kanannya ditepuk dengan tangan kirinya lalu menyambung...

''Atok..abi...Arman minta ye...''

''Ha'a Man...hati-hati..'' Abi membalas dan diikuti atok yang mengangguk senyum.

Setelah Arman pergi Ara memandang atoknya seperti ingin menelan.

''Atok....nanti siap atok...Ara nak mengadu kat nenek,atok ni suka kenakan orang'' Ara lantas berlalu ke dapur.

Atok dan abi hanya ketawa berdekah melihat telatah Ara.Tadi depan Arman bukan main dia control ayu.Bila Arman tiada baru dia menunjukkan warna yang sebenar.

Add satu bab lagi hari ni.Tq buat yang selalu support.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience