Bab 33 : Rindu merindu

Romance Series 87834

Suasana meriah menyelubungi rumah milik Haji Zainal dan Hajjah Aminah petang itu.Ditambah dengan kedatangan kedua-dua besan mereka iaitu ibubapa mertua anak sulong mereka iaitu Sara,dan juga ibubapa Arman, tak lupa juga Sasha dan Khai yang sememangnya cukup rapat dengan keluarga Ara.

Kak Sara mengadakan majlis ulangtahun anaknya yang kedua petang itu. Hanya keluarga yang terdekat dijemput,iaitu, keluarga suaminya, keluarga adik iparnya Arman.

Arman tiba bersama kedua orang tuanya serta Khai dan Sasha.Setelah bersalaman dan bertegur sapa dengan semua, umi selaku ibu mertuanya berkata "Arman...pergilah panggil Ara kat atas, tadi dia cakap nak naik mandi je, ni kenapa tak turun-turun lagi." Arman yang baru sahaja mahu melabuhkan punggung untuk duduk tidak meneruskan niat tersebut.


"Ahh...ouh...yeke??" Arman yang terkejut terpinga-pinga.

"Yeke..yeke..apa?? pergilah jumpa dia,ajak dia turun.." Puan Khaleeda mencuit pinggang Arman dan menunjukkan arah tangga.

"Ouh.. okey mama..." Arman mengawal perasaan malu,semua mata memerhatikannya,untuk menolak rasanya tidak mungkin,lantas Arman terbirit-birit menuju ke arah tangga untuk ke atas namun tiba-tiba langkahnya terhenti sebelum menjejak anak tangga yang pertama,Arman berpaling.Mata-mata yang memandang sejak tadi masih setia disana.

"Nak cari kat mana ni umi?" Arman bertanya gugup.

"Apa la abang ni...excited sangat nak jumpa kat Ara...main redah je kan.." Sasha berkata sambil tersenyum. Kata-kata Sasha disambut dengan ketawa halus daripada yang lain.

"Ish...Sasha..." Tuan Khaleed menunjukkan isyarat diam kepada Sasha,supaya tidak membahan abangnya.

"Opss...sorry abang..." Sasha langsung meminta maaf.

Hajjah Aminah menepuk lembut bahu Sasha lalu berkata " Ouh...umi tak sempat nak bagitahu Arman dah pergi dulu...Arman naik tangga tu bilik yang kedua sebelah kanan ye".

"Ok umi..terima kasih kasih." Arman lantas mendaki anak tangga tanpa mempedulikan lagu mata-mata yang memandang.

*****

Arman berhenti di hadapan bilik yang di bahas ibu mertuanya sebentar tadi.Selepas menarik nafas pendek, tangan di angkat dan diketuk pintu bilik tersebut.

Tok...tok...tok... Hening.

Tok...tok...tok...tok...masih lagi hening.

Arman mengambil keputusan untuk memutar tombol pintu kerana untuk kembali kesana mesti dia akan dibahan lagi, apa alasan yang akan dia berikan jika mereka bertanya dimana Ara.Takkanlah dia nak jawab Ara tak buka pintu.

Setelah pintu terbuka luas, Arman melangkah masuk dan menutup laju pintu,kemudian barulah mata bergerak mencari Ara.Mata Arman terpaku pada wing chair yang berada di penjuru bilik. Kaki dilangkah untuk mendekat.

Arman memandang wajah polos Ara yang sedang terlelap.Tangan Ara yang berada di sisi kerusi digunakan untuk memangku kepalanya.
Tubuh mungil Ara itu kelihatan elok duduk dikerusi itu dengan kedua-dua kakinya dinaikkan ke atas.

Pemandangan yang cukup menyenangkan.
Sudah masuk dua hari mereka tidak bertemu.Ini sudah masuk hari yang ketiga.Sungguh Arman merindui sosok isterinya ini.Pandangan mengarah ke arah kaki Ara yang terseliuh baru-baru ini.Arman tahu dia cukup kejam kerana tidak bertanya kabar Ara sejak mereka pulang dari kampung. Semalam juga Ara ada menghantar pesanan melalui whatsapp namun dibaca tanpa balasan.

Arman mendaratkan lututnya dan duduk menghadap isterinya yang masih lena.Kalau bukan sebab ahli keluarga menunggu dibawah,Arman pasti tidak akan mengganggu lena Ara.

Ara tersedar dari lenanya,wajah Arman yang sedang memerhatikannya dipandang sayu.

"Saya ingatkan awak tak datang." Ara bersuara serak basah.Sebaik mendapatkan kesedaran penuh Ara lantas bersuara.

"Of course I will.Do you miss me?" Pertanyaan yang membuatkan pipi Ara memerah. Ara membetulkan bingkas bangun. Namun dek kerana kakinya kesemutan,Ara berpaut pada bahu Arman yang memang sedang membantunya berdiri spontan tangan kanannya memaut pinggang Ara.Kedekatan yang membuat keduanya semakin bersemu merah.

"What do you think? Awak rasa macam mana? Saya ingatkan telefon saya ada problem sebab setiap kali saya mesej tak ada balasan." Ara menjawab dengan persoalan.Keegoan dibuang ketepi, Ara tak dapat menipu yang dia cukup rindu akan sosok suaminya ini.

Arman baru saja perasan yang Ara mengenakan long dress merah hati yang bermotif floral yang 'off shoulder'.Masih kelihatan bahu Ara yang terbuka walau ditutup oleh rambut panjang Ara.

"Sorry sayang...your husband memang sengaja buat macam tu,sebab sayang sombong sangat...siapa yang suka buat keputusan sendiri? Siapa tiba-tiba pulaukan suami dia??... and I miss you too baby.." Ucap Arman.Kemudian bahu Ara yang terdedah dikucup lembut.Arman tidak berniat menggoda sebenarnya, tetapi dia cukup tergoda.

Ara tersentak,lupa yang dia masih belum berpakaian sempurna.Ara lantas melepaskan pautan pada suaminya dan mengambil cardigan berwarna kuning cair senada dengan bunga floral pada dressnya.Cardigan tersebut disarung dan dibutang laju.Ara kemudian berlalu ke bilik air untuk mencuci muka dan bersiap ala kadar.Kehadiran Arman diabaikan, laju Ara mengenakan shawl dan sedikit pelembap bibir dicalit.Sebenarnya tadi Ara tidak berniat untuk tidur,dia cuma mahu merehatkan diri sekejap kerana dia cukup letih menguruskan kafe yang sejak pulang dari kampung.

Setelah siap, Ara bersuara dan membuka pintu bilik " Jomlah turun..."

Arman membontoti Ara daripada belakang.Tak sempat nak bertanya soal kaki Ara yang nampak sudah membaik itu,kerana seharusnya mereka bergegas turun atau sebentar lagi mereka akan dijadikan tempat untuk dibahan.Entah apa yang akan terjadi kalau mereka berterusan berada didalam sana.

Nice day and keep smiling :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience