Ara membawa diri ke dapur.
''Mama nak buat apa tu ma?'' Ara menegur.
'' Eh Ara...mama nak buat puding karamel sebab Arman balik,dia suka makan puding ni tau''
''Ara dah jumpa Arman??'' Puan Khadeeja bertanya kerana muka Ara nampak keruh.
''Aahh mama,ada jumpa tadi,dalam bilik.''
''Mama tak tahu dia balik hari ni Ara,dia cakap dia balik hari jumaat..tiba-tiba je sampai tadi.Mama pun terkejut jugak tadi.Mama harap Ara tak salahkan mama.''
''Eh..takdelah mama,Ara tak fikir macam tu pun.''
''Mama dah pesan tadi kat Arman jangan usik sangat Ara,mama risau nanti Ara lari balik nanti.Mama tahu anak mama sorang tu kuat mengusik,tapi dia tak pandai nak marah-marah orang tau.Sasha tu dulu asyik menangis aje kalau dah kena usik dengan abang dia.''
''Hihi..takdelah mama.'' ujar Ara.
'Bukan setakat usik,lebih daripada tu lagi dia dah buat.Eii..kenapa lah aku tak lempang je dia tadi.' desis Ara dalam hati.
''Ada nak buat apa-apa lagi tak mama? Ara takde apa nak buat ni''.
''Kalau Ara nak tolong boleh je,tolong mama bancuh puding je,bahan-bahan semua dah ada kat situ,gula mama dah masak siap-siap dah...''
''Okey mama...boleh je ma...''
''Mama jerang air siap-siap ye Ara,kalau macam tu boleh mama masuk bilik solat Asar dulu tak Ara..??''
''Boleh..boleh ma,takpe Ara boleh uruskan ma..pergilah ma''
''Terima kasih Ara...mama pergi dulu ye,nanti apa-apa hal minta tolong Mak Som ye''
Kata Puan Khadeeja sambil berlalu pergi.
Tangan Ara bergerak pantas.Sepuluh biji telur dipecahkan,diikuti secubit garam dan esen vanilla.Kemudian satu tin susu cair dan separuh tin susu pekat ditambah.Adunan tersebut dikacau rata,kemudian ditapis kedalam bekas yang telah disediakan oleh ibu mertuanya tadi.Adunan dimasukkan kedalam periuk pengukus dan ditutup rapat.
Kemudian Ara mengutip peralatan yang berantakan dan diimasukkan ke sinki.Sebelum mencuci alatan tersebut Ara terlebih dahulu mengelap island table yang digunakan tadi.
''Dear..kita tak habis bincang lagi...laju je lari kan..??''
Tangan Ara terhenti.Kelibat lelaki disebelahnya yang bersandar sambil memeluk tubuh dipandang.
''Nak bincang-bincang je sekarang.Straight to the point tak payah macam-macam.I'm listening''. Ara bersuara berani.Memandangkan mereka di dapur dan Mak Som pun ada sekali,walaupun Mak Som tak pedulikan mereka sama sekali.
Arman tersenyum smirk.
'Kat luar berani la' Arman berkata dalam hati.
''Okey,first,seperti yang sayang tahu,takde lagi panggilan aku kau.Second,kalau kita solat sekali,wajib salam dan cium tangan macam tadi.Third...jangan mengelak lagi,kita dah jadi suami isteri,so berkelakuan seperti yang sepatutnya.Sayang tahu kan macam mana? Or should I explain the details for you??. Setakat ni tiga dulu,kalau ada yang nak kena tambah nanti abang maklum balik.'' Arman sempat lagi mengusik.
''Okey tapi awak tolong jangan usik saya lagi,tolong hormat privasi saya,jangan main-mainkan saya lagi,bagi saya masa.''
Rayu Ara.Dia tidak punya pilihan.Ego harus diturunkan apabila menghadapi Arman.
''Hurmmm...awak saya pun okey lah.As you wish sayang...tapi buat perangai elok-elok sikit tau,jangan buat abang geram dah la...nanti lebih dari tu lagi abang buat.'' usik Arman lagi.
Ara termangu.
''Tolonglah...tak payah nak ugut-ugut saya lagi.'' Ara menyambung mengelap meja.Kemudian langkah dibawa ke sinki,tangan lincah mencuci perkakas yang berada di dalam sinki.Keberadaan Arman di situ diabaikan.
Arman masih setia memandang belakang Ara.
''Eh abang..bila abang sampai...?? mama cakap abang balik jumaat ni...saje nak buat surprise ye...'' Ucap Sasha tangan Arman disambar dan dicium.
''Baru je...abang mestilah nak join birthday papa,abang kan anak kesayangan papa bukan macam Sasha...'' pipi Sasha dicubit lembut.
''Adu..du..abang..jahat tau,baru balik dah sakitkan hati Sasha eh...Sasha nak sorok barang abang,baru padan muka'' Sasha mula mengugut.
''Eh..eh...ok..ok...ala adik abang yang paling comel paling papa sayang ni...sakit ke? Abang gurau je la...mana barang abang..??. Arman cuba memujuk.
''Haa..tau pun takut...ada kat bilik..jomlah ikut Sasha''
Sasha menarik pantas lengan abangnya.Dan berkata kepada Ara.
''Kak Ara...Sasha pinjam laki akak kejap eh...''
Ara lantas berpaling dan hanya mampu mengangguk.Kerja mencuci disambung kembali.
'Ambik terus je xpe...menyemak je..' desis Ara dalam hati.
*****
Selepas solat isyak,sambutan hari lahir Tuan Khaleed bermula.Jamuan ini hanya diraikan oleh anak cucu papa dan mama Arman sahaja.
Jamuan yang cukup santai,untuk mengeratkan silaturahim,ditambah lagi dengan kehadiran Ara sebagai ahli keluarga baru mereka.
Sejak kejadian petang tadi Ara mengelak daripada bertemu Arman.Ketika solat maghrib dan isyak tadi pun Ara terselamat kerana mereka sekeluarga solat berjemaah.Ketika Arman keluar pergi berjoging lewat petang tadi,Ara awal-awal lagi masuk bilik mereka untuk mengambil telekung.
Ara juga meminta simpati Sasha supaya dapat bersiap dan bersalin pakaian di bilik Sasha.Sasha yang memahami keadaan kakak iparnya itu mengizinkan.
''Ala...kesian akak..takpe akak siap-siap kat sini je.Tapi akak tak boleh tidur sini tau,Sasha tak kisah,tapi nanti Sasha takut mama yang marah.''
Ujar Sasha.Dia hanya boleh membantu setakat itu.
Jam menunjukkan pukul 10:50 malam.Mereka sekeluarga berkumpul di ruang tamu.Ara sibuk melayan si kembar Laura dan Launa anak saudara Arman.Launa si adik yang keletihan berbaring manja diriba oleh Ara.
''Ara kerja ke esok..? Kak Tia selaku kakak ipar kepada Arman bertanya.
''Aahh kak,kerja...'' Ara menjawab sambil mengelus lembut rambut Launa yang bila-bila masa je akan terlelap.
''Ya Allah..Launa nak tidur dah tu,nanti akak angkat dia masuk bilik.Dah la budak chubby ni berat.Kesian Ara''
''Takpe kak,bagi dia betul-betul lena dulu,Ara tak kisah''
''Launa nak tido ke ibu...ala..Laura nak main macamana..?? Baby mak ngah mana? Laura nak ajak dia teman Laura main''.
Semua yang ada di di situ terdiam.
Khai yang sedang menghirup tea panas nyaris tersembur.
Sasha yang leka berbalas whatsapp group teman-temannya tersentak seraya memandang Laura.
''Ish...Laura ni..dah lewat ni,esok pulak kita main ye'' Jawab Kak Tia sekadar untuk cover line.Bimbang Ara akan terasa malu.
''Apa la Laura ni...dia memang suka tanya macam tu Kak Ara,kadang-kadang Sasha pun pernah kena tau..'' sampuk Sasha.
Dan yang lain-lain cuma tersenyum.
''Nantilah ibu..Laura nak main lagi..mananya mak ngah??''
Laura masih tidak berpuas hati lagi.Masih lagi mendesak Laura.
''Arman...pergi tolong angkat Launa tu,dah tido lena tu..''Kata Puan Khadeeja sambil mencuit Arman.
Ara tergaman,ketika itu juga Ara terpandang Arman yang sedang memandangnya,kemudian Ara lantas berpaling.Muka Ara sudah seperti udang kena bakar.
Arman bingkas bangun dan menapak ke arah Ara,Kak Tia,Laura dan Launa yang duduk di karpet.
''Laura pergi tido dulu ye...esok sambung main lagi ye..'' Arman duduk berhadapan Ara tapi sempat memujuk Laura.
''Laura takde kawan pak ngah,adik asyik-asyik tido je'' Laura separa mengadu.
''Ala kesiannya Laura pak ngah ni...ok ok..nanti 'soon' Laura boleh main dengan baby mak ngah ye...sekarang jom temankan pak ngah hantar Launa masuk bilik ye..''. Pujuk Arman.
Wajah Ara yang sedia ada terbakar semakin terbakar dengan kata-kata Arman.Kemudian terasa seram sejuk apabila tangan Arman menyentuh tangannya ketika mahu mengangkat Launa.Ara hanya menunduk,kalau dia mengangkat muka pasti akan bertembung mata dengan Arman.
''Ishh..Arman ni..apa cakap macam tu'' Mama menegur Arman.Dia tahu Arman sekadar mahu mengusik Ara.
Mereka semua sedia ada faham akan masalah Arman dan Ara yang tidak sebulu.Tapi hanya mengabaikan sahaja keadaan tersebut bagi mengelakkan keadaan bertambah kekok.
''Ha..ha..ha..''.Arman hanya ketawa dan lantas mengenyit mata kepada mamanya.
Launa telah diangkat,Laura pantas mengikut Arman membawa Launa le bilik mereka.
''Pak ngah kalau soon tu tak lama lagi kan..eii tak sabarnya Laura,Laura bosan lah main dengan Launa,main kejap tido,main kejap tido'' Laura mengadu kepada Arman.
Arman hanya tergelak dan hanya melayan celoteh Laura.
''Maafkan Laura ye Ara,dia selalu macam tu.Sebab biasa kalau dia balik rumah mak Kak Tia,ramai sepupu dia kat sana.'' ujar Tia merasa bersalah.
''Hihi..takpe Kak Tia Ara faham.'' sambung Ara.
''Okeylah Ara,aka nak pergi tengok budak-budak ni dulu.Jom bang...tengokkan Laura tu,entah apa lagi yang dia sembangkan dengan Arman tu,nanti makin melalut nanti'' Kak Tia bingkas bangun seraya menepuk bahu suaminya abang Kamarul yang duduk diatas sofa.
''Mama,papa...kami masuk dulu ye'' Lantas Kamarul bangun dan menapak ke bilik diikuti isterinya dari belakang.
''Sasha pun nak masuk tido jugaklah papa mama...Sasha juga turut bangun.
''Yelah..marilah kita semua pun dah boleh masuk tido ni,dah lewat ni''. Tuan Khaleed memberi arahan.
Mendengar arahan bapa mertua yang dihormati,Ara juga turut bangun.
****
Ara melangkah berat masuk ke dalam bilik.Telekung yang diambil dalam bilik Sasha sebentar tadi dipeluk kemas.Pintu bilik dibuka.Ketika itu juga kelibat Arman muncul keluar dari bilik air.
''La...pandai balik sini,ingatkan nak tido bilik Sasha dah malam ni.Pergilah tido kat sana''.
Arman sempat memerli.
Ara hanya diam.Telekung disimpan dan pintu almari dicapai,baju tidur kemeja satin diambil dan kaki melangkah ke bilik air.
Selesai membersihkan diri,Ara menapak keluar.Kelihatan Arman sedang
bersandar pada kepala katil.Ara dengan kepala masih bertutup memilih untuk mengambil tempat di sofa panjang tak jauh dari katil.
''Zahara..Zahara...susahnya nak tangkap isteri abang ni,duduk satu rumah tapi tak dapat nak capai''.Arman bingkas bangun dan duduk disebelah Ara.
''Dah la...saya tak larat nak bertekak,ni dah pukul berapa ni...'' Ujar Ara sambil sedikit mengengsot untuk menjaga jarak antara mereka.
Arman mengerling.
''Okey..okey..abang bukan nak cari gaduh sayang.Abang cuma nak bagi sayang ni...lepas pakai ni baru abang bagi sayang tidur.I promise I won't bother you after this''. Tangan kanan diangkat dan tangan kiri meletakkan kotak hitam di atas meja.
''Let me help you,lagi cepat kita selesaikan ni lagi cepat kita boleh tidur''.
Kemudian Arman membuka kotak hitam tersebut dan mengeluarkan seutas rantai leher bertatahkan emas putih yang simple tapi nampak menarik.
Rantai tersebut telah dibeli oleh Arman seminggu yang lepas oleh Arman di sebuah kedai sahabatnya.Perancangannya setelah balik rumah Arman berjanji mahu mengambil rantai tersebut.Tetapi disebabkan Arman telah bertemu Ara petang tadi,dia meminta pertolongan Sasha untuk mengambil barang tersebut.
Rantai tersebut disuakan pada Ara.
''Come on...depan suami tak payah pakai tudung.Lagipun abang dah tengoklah petang tadi.'' Usik Arman lagi.
Ara yang termangu dipandang.
''Cepatlah...ni rantai leher sayang,nak kena pakai kat leher,bukan kat tangan.''
Ara yang masih leka memandang Arman tersentak.
''Aahhh...takpe saya pakai sendiri.''
Ara menghulurkan tangan mencapai rantai tersebut.
''Nope...I want to help.Come on...hurry up baby...''
Ara tidak ada pilihan.Perlahan tudung di kepala dibuka.Ara sendiri tidak kuat berada dekat dengan Arman.Dia takut dia kalah dengan permainan Arman seperti petang tadi.
Setelah rantai leher tersebut dipakai pada leher putih Ara,Arman berbisik perlahan.
''The necklace looks good on you...and you look sexy''.
Walapun rantai tersebut cukup simple namun apabila ditemukan kepada si pemakai nampak lagi terserlah.Rambut Ara yang disanggul tinggi menyerlahkan lagi leher jenjang Ara.Ditambah permata berlian kecil yang berada diantara lurah dada Ara yang sedikit terbuka.
Mata mereka bertembung seketika sebelum Ara perlahan menolak Arman yang mendekat.Butang baju Ara dikacip sampai ke atas.
''Saya dah pakai...sekarang tunaikan janji awak,saya dah penat ni...'' kata Ara cuba mengawal rasa gugup.
''Okey..jom tidur...'' Arman bangun dan mencapai tangan Ara menuju katil.Ara pasrah mengikuti langkah suaminya.Ara sememangnya tidak mempunyai banyak tenaga lagi untuk berkelahi.
Tiba di katil,tangan yang dipegang Arman ditarik perlahan,bantal peluk disusun ditengah tilam,mencipta jarak antara mereka.Perbuatan Ara hanya dipandang sepi oleh Arman.Sesuai seperti yang dijanjikan,Ara meminta supaya diberikan ruang,Arman tidak keberatan untuk melakukannya.Seperti Ara dia juga terasa perkahwinan ini terlalu mendadak.Namun begitu dia bertekad untuk menjaga hubungan ini sebaik mungkin.
****
Tq support..happy reading Maaf lambat update.
Share this novel