*****
Pagi itu,setelah selesai bersarapan,mereka semua bertolak.Khai dan Sasha menumpang kereta Arman kerana semalam mama dan papa mereka telah pulang terlebih dahulu.Dek kerana mahu mandi air terjun,Arman menawarkan mereka pulang bersama hari ini.
Sejak Arman balik berlari tadi dan sampai sekarang,Ara melancarkan perang.Ye..cemburu mungkin,tambahan lagi perempuan itu Idayu,kalau perempuan lain mungkin takkan sampai tahap ini kecemburuannya.Isteri mana yang tidak cemburu.Arman pula tidak menceritakan apa-apa kepadanya Sepatah ditanya,sepatah dijawab
Melihat Ara yang tiba-tiba bermasam muka mengundang seribu pertanyaan dalam diri Arman.Ingin bertanya kenapa Arman tidak ada peluang,dengan adik-adiknya elok sahaja Ara bercakap dan bergurau,tetapi bila tiba giliran Arman,Ara hanya endah tak endah.
*****
Mereka tiba diperkarangan rumah Arman pada sebelah petang.
''Macam mana saya nak balik? Ke saya minta tolong Que je datang ambik? Xpela,saya minta Que je la sebab saya nak singgah kafe nak jenguk-jenguk kejap.'' Ara memulakan pertanyaan tanpa menatap Arman yang baru saja mencabut tali seatbelt.Arman menyipitkan mata dan dibalas dengan anggukan setuju dari Arman.
******
''Ara dah balik tadi,dia cakap kamu tidur di tak nak kejut kamu.Dia cakap nanti nak mesej kamu.''
Puan Khaleeda bersuara sebaik sahaja melihat kelibat Arman yang baru sahaja menapak ke tangga yang terakhir.
''Kenapa dia tak duduk sini aje...'' soal Puan Khaleeda tidak sabar lagi.
Arman nampak berserabut,ditambah dengan muka yang baru bangun tidur betul-betul nampak 'bad mood '.Persoalan dari sang ibu tidak terjawab.
Seperti memahami situasi anak lelaki yang masih separuh sedar Encik khaleed lantas bersuara "Eh awak ni...tadi menantu awak dah jawab soalan tu,kenapa tanya soalan sama pulak kat anak awak?...takpelah, tak lama dah majlis tu, nanti awak boleh lah 'spend' masa dengan menantu awak.."
Puan Khaleeda sempat menjengilkan mata kepada suaminya sebagai tanda protes. Disebabkan terlalu gembira menerima ahli keluarga baru Puan Khaleeda tidak berhenti memujuk Ara untuk terus tinggal dirumah mereka.Namun ditolak lembut oleh Ara dengan alasan mahu menyelesaikan urusan yang tertunda dahulu.
"Man naik solat jap..." Arman yang dari tadi tidak bersuara meminta diri sebaik sahaja azan Asar kedengaran.
Pemergian Arman dipandang penuh tanda tanya oleh kedua orang tuanya.
''Kenapa pulak dengan anak awak ni..sejak sampai tadi terus masuk bilik.Sampai isteri sendiri ditinggalnya kat luar ni sorang-sorang. "
Puan Khaleeda bertanya tak puas hati.
"Eh awak ni,macamlah awak tak kenal perangai anak awak yang sorang tu,dah awak nampak terang-terang dia tu takde mood kenapa nak tanya macam-macam lagi.." kata Tuan Khaleed.
"Eh awak ni...nak salahkan saya pulak, saya tak puas hati sebab tu saya tanya." Kata Puan Khaleeda seraya menjengil mata kearah suaminya.
"Apa ni papa mama...bising lah,Sasha nak tengok movie pun tak boleh nak fokus. " Tiba-tiba Sasha menyampuk.Ibubapanya melupakan keberadaannya sejak tadi di ruangan itu.
"Sebenarnya Sasha perasan tadi masa 'on the way' balik Kak Ara dengan abang tak bercakap.Tak tahulah apa masalah diorang,mungkin sebab tu abang tu moody semacam aje. Dengan kitaorang Kak Ara okey aje,tapi dengan abang dia macam mengelak. " Sasha bercerita panjang lebar.
"Kenapa ye...takkanlah bergaduh, semalam elok aje mama tengok. " Bersungguh Puan Khaleeda memberi pendapat.
"Haa..tulah mama, Sasha pun heran jugak, abang ni susah dia nak moody or marah, tapi kalau dia diam macam tu Sasha pun takut nak tegur. Kak Ara pun nampak masam muka aje. "
tambah Sasha.
"Dah...dah...takde apa lah tu, nanti okey lah abang kamu tu.Sekejap aje tu. Tutup cerita ni,nanti dia turun,kejung kita kat sini. Tuan Khaleed bersuara.
Tersentak Sasha dan mamanya,berlagak seperti tiada apa yang berlaku.Gerun juga bila fikirkan orang yang susah nak marah ni marah.
*****
Share this novel