Bab 29 : Manja

Romance Series 87834

*****

''Aduhhh...nenek..sakit nek...'' Ara merengek kesakitan,tangannya tak tinggal diam,terkial-kial cuba menahan tangan tua neneknya yang sedang menggosok kakinya.

''Eeiiii...geramnya budak ni,sampai esok pun tak selesai kalau macam ni,kamu ni apasal jadi manja,mengada-ada je kan...nenek gosok pelan-pelan je pun,yang kamu duk tahan-tahan tangan nenek ni dah kenapa? Membebel panjang nenek Ara dek kerana Ara yang dari tadi berkicau kicau mulutnya tak berhenti mengaduh kesakitan.

''Sakit nekk. .tolonglah angah umi...sakit umi...'' Ara mengadu kepada umi yang sedari tadi setia menemani Ara yang sedang berurut.Sesudah menyelesaikan solat maghrib tadi ibu mertuanya itu memanggil Ara untuk diurut sedikit kaki Ara yang terseliuh tadi.Hanya tinggal mereka berempat di rumah yang lumayan besar itu termasuklah Aira yang asyik menonton. Sara serta suami dan anaknya Rayyan telah bertolak balik petang tadi,manakala kaum lelaki pergi menunaikan solat di masjid.

''Tahanlah sikit ye angah,sekejap je tu.'' Umi menepuk lembut belakang Ara seperti menyalurkan kekuatan untuk Ara bertahan.

''Ha'a nek...manja kan...maklumlah orang dah kahwin...pengantin barulah katakan,memanglah nak kena manja-manja sikit.'' Aira tiba-tiba menyampuk.

''Bagai nak terkeluar biji mata Ara memandang Aira.Nasib baiklah Aira berada jauh darinya,kalau tak memang ditelan hidup-hidup Si Aira tu nanti.

''Ishh...adik...apa ni menyampuk cakap orang...tak baik tau...'' Umi terlebih dahulu menegur Aira sebelum sempat Ara bersuara.Ara tersenyum menang.

''Hehe...maaf umi,adik saje je nak usik angah...'' Aira mempamerkan wajah tak bersalahnya.Pandangan mengejek Ara diabaikan.

''Aduhhh...nekk...'' Ara yang tersentak dengan tangan neneknya yang masih ligat mengurut kakinya menjerit kuat.

''Sikit lagi..sikit lagi...sabar kejap ye...'' Nenek tak menghiraukan jeritan Ara dan meneruskan urutan yang tergendala tadi.

*****

Ara kelihatan berpeluh-peluh bersandar pada dinding rumah diruang tamu itu ketika terdengar suara Que yang memberi salam dari luar.Aira bingkas bangun membuka pintu,kemudian terjengil muka Que,diikuti atok dan abi,tak lama kelibat Arman pula kelihatan.

''Kak Ara baru siap mengurut dengan nenek tadi,terjerit-jerit sampai ke sudah.'' Aira yang melihat Arman memerhatikan kakaknya dengan penuh tanda tanya berbisik perlahan memberikan pencerahan seraya menutup pintu rumah.

''Sayang okey tak?'' Arman menegur Ara sebaik sahaja dia duduk.Wajah Ara yang kepenatan dipandang kesian.

''Okey...'' Ara menjawab sepatah sambil mengangguk laju.Bibir ditarik membentuk senyuman.

''Nak masuk berehat dalam bilik ke? '' Arman bertanya lagi.

''Hurmm..duduk kat sana aje lah,bosanlah duduk dalam bilik sorang-sorang'' Ara menjawab seraya menunjukkan kearah sofa dimana Aira,abi dan atoknya sedang menonton.

''Okey let me...'' Arman menghulurkan kedua belah tangannya untuk mengungkung tubuh Ara dalam pelukan namun dilarang keras oleh Ara.

''Awak tolong pimpin je boleh? Tak payah lah kendong'' Ara separa memohon.

''Saya boleh jalan slow-slow'' Ara segan sebenarnya,lebih lagi dengan atoknya dan Aira yang suka menyakat.Sama je,like grandfather,like grandaughter...haa macam gitu pun boleh kan.

''Ouhh...ok..ok...jom...'' Arman membantu Ara bangun dan menapak perlahan-lahan ke arah sofa two seater.

''Alololo...sweetnya pengantin..nak tunggu abang balik baru nak bangun ye...tadi Aira ada je kat sini,tak minta tolong Aira pun..'' Aira terus menyakat sebaik saja Ara melabuhkan punggung bertentangan dengannya.

Sekali lagi darah Ara dibuat mendidih.Arman yang membantu Ara duduk dengan selesa hanya tergelak kecil.

''Yelah Aira...orang dah ada cik abang,memang dah pandang dah Aira tu.'' Laju atok menyambut gurauan Aira.Kan dah bagitahu tadi atok macam tu,macam tu lah cucunya.Nasib baiklah abinya dan yang lain tak tiru perangai atok yang satu ini.

''Aira..pergi tolong umi dengan nenek kat dapur sana.'' Abi kemudian bersuara.Aira yang berada disebelahnya ditepuk bahu perlahan.

''Ha'a...dari tadi lagi duk tengok tv je...lepas tu menyibuk,dah dah pergi tolong umi tu.'' Ara tersenyum menang,kedua tangannya dilibas menghalau Aira pergi.

*****

tq for your support.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience