Bab 2 : Ex

Romance Series 87834

Keadaan sedikit tegang,Zarul menarik nafas dalam dan dihembus perlahan,kedua dua belah tangannya disatukan dan digengam kuat,cuba mencari kekuatan yang makin hilang.

''Maafkan abang Ara,maafkan abang sebab meletakkan Ara dalam situasi ini,abang tak dapat nak teruskan sebab ketika abang dalam perjalanan ke Sabah,abang terserempak dengan Suraya,kami sempat bertegur sapa dan sampai ke Sabah kami ada bertukar nombor telefon.Dia bekerja sebagai seorang nurse di sana.Sejak daripada hari itu,kami sering berjumpa dan habiskan masa bersama.....''

''Maksud abang Kak Su? Kak Su yang cinta monyet abang dulu? Kak Suraya yang abang pernah cerita pada Ara dulu?'' Ara membalas tak sabar.

'' Ye Ara,my first love...abang minta maaf banyak-banyak kat Ara,abang cuba lupakan dia,abang cuba mengelak daripada terus bergaul dengan dia,abang sedar abang dah bertunang,tapi semua ni di luar kemampuan abang''. kata Zarul.

''Abang fikir perkenalan kita selama dua tahun ini cukup untuk buat kita mengikat hubungan kita sebagai suami isteri,tapi abang silap,bila abang dah jumpa dia balik abang tak boleh terus tipu diri abang.'' tambah Zarul lagi,muka Zarul kelihatan keruh.

Ara cuba mencari kekuatan,nafas ditarik dan dihembus perlahan.Ara cuba untuk memahami keadaan Zarul,kerana di awal perkenalan dia dan Zarul,Zarul pernah bercerita mengenai cinta pertama a.k.a cinta monyetnya itu.Memang Ara sedia maklum berkenaan Zarul yang begitu tergilakan Suraya,namun begitu hubungan mereka terputus dek kerana Suraya yang harus berpindah tempat tinggal bersama keluarga tercinta.

''Abang..Ara faham keadaan abang.Tapi macam mana dengan ahli keluarga kita?'' Qisya meluahkan apa yang terbuku.

Ya memang Ara tak terkesan sangat mengenai ikatan yang bakal terputus,tetapi apa yang dia bimbangkan ialah mengenai Abi dan Umi serta orang tua Zarul.

''Betul ke Ara tak kisah?'' tanya Zarul lagi.

''Ye abang,lagipun abang sendiri sedia maklum,antara kita bukannya ada perasaan apa pun,kita sama -sama didesak.'' ujar Ara

''Tapi macam yang Ara cakap tadi,macam mana dengan ibu bapa kita? Inilah hal yang Ara tak sanggup nak hadap.''.tambah Ara lagi.

''Hal yang tu Ara jangan risau,nanti abang sendiri yang akan bawa mak dan ayah abang pergi jumpa umi dan abi.'' Zarul menghela nafas lega.

''Abang cuma risaukan Ara.'' ujar Zarul.

Zarul betul-betul mati akal bagaimana cara untuk beritahu Ara mengenai Suraya,Alhamdulillah Allah bukakan hati Qisya untuk berlapang dada menerima hal ini.

''Terima kasih abang sebab masih ambil berat pasal perasaan Ara,dua tahun ni banyak Ara belajar pasal abang,Ara dah anggap abang macam abang Ara sendiri.Ara terima lamaran ni pun sebab Ara terima je kalau betul abang memang jodoh Ara.Mungkin sampai setakat ni je bang,betullah cakap abang,kita tak ada jodoh''. kata Qisya Zahara sambil tersenyum manis.

''Lagipun Ara tahu abang memang sayang sangat kat Kak Suraya ex girlfiriend abang tu,hahaha''. usik Ara lagi.

Zarul ketawa malu.Sememangnya Ara tahu mengenai kisah silam dia dan Suraya,Zarul memang agak rapat dengan Ara,tapi kerana terdesak dia dipaksa ibunya untuk mengahwini Ara sedangkan dia sendiri lebih selesa menganggap Ara seperti adiknya sendiri.Beginilah hubungan Zarul dan Ara,saling sakat menyakat dan saling memahami,tapi tiada cinta,hanya sebatas kasih sayang abang dan adik.

Ara sendiri hanya mempunyai seorang kakak,seorang adik lelaki dan perempuan.Kakaknya yang sulong,Qilla Sahara telah berumah tangga dan mempunyai seorang cahaya mata.Jarang sekali dia dapat bertemu dengan kakaknya yang seorang itu kerana kekangan kakaknya sudah mempunyai keluarga sendiri.

''Terima kasih Ara,sebab faham keadaan abang,Ara jangan risau,abang akan jumpa orang tua Ara secepat mungkin''. ujar Zarul tersenyum senang,dalam hati tak henti-henti mangucap kata syukur.
Zarul berharap mak dan ayahnya akan dapat menerima hal ini dengan berlapang dada.

New chapter.Tq for ur support. Masih merangkak dalam penulisan.

Share this novel

Nurshafiqahbtkhairulazli Khairulazli
2022-01-06 23:41:24 

sedih cerita ini


NovelPlus Premium

The best ads free experience