Bab 5 : Bersua

Romance Series 87834

Pukul 3.24 petang,Khai menolak pintu masuk Cafe Sweet Sugar dan diikuti Arman dibelakangnya.Khai mengarahkan Arman untuk duduk dahulu sementara dia ke kaunter.

Suasana di kafe kelihatan tenang,kebiasaannya pada waktu sebegini kafe milik Qisya Zahara itu memang lengang.Khai kembali duduk untuk sertai Arman yang sedang memperhatikan sekeliling kafe tersebut.Nampak sedikit moden namun menenangkan.

Tak lama kemudian,datang seorang pelayan menghantar pesanan mereka.

''Hai Kina...busy ke arini? Kak Ara ada ke?'' sapa Khai sambil tersenyum.
Khai dah terbiasa dengan pekerja Ara yang satu ini kerana selalunya dia akan datang kesini dengan Que,adiknya Ara.

Sakinah atau nama panggilannya Kina memandang sekilas memandang Khai dan menjawab..

''Haii abang Khai..Kak Ara takde sekarang,dia nak keluar ambil kejap,busy jugak arini bang,sebab ada tempahan untuk majlis malam ni''. Persoalan Khai dijawab lembut,pandanganKina disorot ke arah Arman.

Bagai memahami apa yang ada dalam fikiran Kina,Khai terus berkata,
''Kenalkan ini abang kepada abang,Khaliff Arman.''

Kina tercengang sambil menutup mulut yang terbuka,riak wajah terkejut tidak dapat disorok lagi,''maksud abang,abang yang tu ke?'' Kata Kina.

''Hahaha...yelah Kina...yang tu lah,betullah tu,memang dia lah orangnya,macam mana,lagi hensem abang Khai kan?''.Sempat lagi Khai mengusik Kina.

Siapa yang tak terkejut dengan kehadiran pemain bola sepak yang terkenal dan sungguh sedap mata memandang ini.Kina gugup seraya mengangguk,takkanlah Kina nak cakap yang Arman lagi kacak,Kina cuma iakan aje.

Kina kemudian berundur dan meminta diri sopan,''Enjoy your coffee,Kina minta diri dulu ye''.

''Thanks Kina..'' sela Arman,sekadar untuk bertegur sapa,tidak mahu dikatakan sombong.

Kina mengangguk dan bergegas pergi.

''Hahaha...terkejut budak tu..by the way,this is yours...''

kata Khai sambil menunjukkan hot espresso dan puding karamel kepada Arman dan menyambung...

''...favourite kau ni...kalau kau kenyang pun kau kena rasa jugak ni sikit,rugi kalau tak rasa ni,setiap dessert yang dijual kat sini kebanyakkannya memang kakak Que buat sendiri,anak-anak buah dia cuma tolong sikit-sikit je.''

Mata Arman terbeliak kagum,memang susah dia nak tolak kalau jumpa puding karamel kesukaannya itu.

''Tu lah..nampak sedap ni...'' balas Arman sambil menyudukan puding itu ke mulutnya dan tersenyum kepada Khai,jari ibu dinaikkan menandakan puding itu sedap.

*****

Qisya Zahara bergegas memakir keretanya,dia belum menunaikan
solat zohor,dia ingat dia akan sempat balik sebelum masuk waktu asar,namun begitu trafik sesak teruk tadi kerana ada kereta yang terbabas sebab itulah Ara kalut keluar dari kereta dan cepat-cepat ingin menyeberang jalan menuju ke arah kafenya.

''Ishhh...kalaulah aku dengar cakap Nia tadi aku tak kalut macam ni''.
bebel Ara pada diri sendiri.

Perlakuan Ara itu diperhatikan oleh seorang lelaki yang tak lain ialah Arman,Arman telah keluar terlebih dahulu tadi kerana Khai mahu berjumpa dengan Kina sekejap,ketika dia mahu memboloskan diri kedalam kereta,dia tertarik melihat kelibat seorang gadis yang mahu melintas jalan.

Setelah gadis itu berjaya melintasi jalan dan berjalan melalui Arman,dengan pantas Arman memegang lengan gadis itu dan berkata...''Excuse me...are you Zahara right??...''.

Ara yang terperanjat terasa mahu memaki gerangan makhluk tuhan yang sesuka hati menarik lengannya,namun setelah mendengar nama panggilan dan suara tersebut Ara terasa takut mahu berpaling.

Sememangnya namanya Zahara,Qisya Zahara,namun panggilan Zahara memang bukan nama yang biasa digunakan.Dalam kalangan ahli keluarga,saudara mara dan sahabat handai,hanya nama Ara yang biasa digunakan.

Cuma...cuma 'si dia' yang terbiasa memanggil Ara dengan nama Zahara.

Kedua dua hamba Allah itu kaku,kemudian terdengar suara seseorang yang menjerit memanggil nama Ara...

''Kak Ara..'' panggil Khai seraya berlari perlahan ke arah Ara dan Arman.

''Bang..apasal ni??..'' Khai kebingungan melihat kedua orang dihadapannya kini.

Ara yang kelihatan terkejut dan Arman yang kebingungan.

'' Oh tidak..betul sangkaannya,tak salah lagi kalau Khai ada disini,dan memanggil orang di belakangnya dengan panggilan abang tak syak lagi orang di belakangnya yang memegang lengannya ketika ini ialah...Khaliff Arman!!!!'' desis Ara dalam hatinya.

Sementara itu,ketika Arman melihat adiknya cepat-cepat dia melepaskan pegangan tangannya.

''Eh Khai...maaf Khai akak nak cepat ni,belum solat zohor lagi,akak pergi dulu yer...see you...'' Tanpa membuang masa Ara terus berlari perlahan masuk kedalam kafe tanpa berpaling kebelakang.

Manakala Arman tersenyum sinis dan terus memboloskan diri kedalam kereta.''Zahara... Zahara...dia tak kenal aku ke atau dia mengelak?? Bisik hati kecil Arman.

Manakala Khai yang kehairanan turut masuk kedalam kereta.Abangnya dikerling sekilas,dengan mata yang dipejam seperti itu Khai faham yang abangnya tidak mahu diganggu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience