*****
Arman membantu Ara duduk di atas sofa ruang tamu itu dengan selesa.Kedatangan ibu bapa mertuanya yang mengejut itu membantutkan urusan Ara dan Arman sebentar tadi.Arman mahu mendukung Ara seperti tadi,namun Ara menolak keras,segan dengan papa dan mama Arman,walaupun kakinya masih tak berhenti sakit.
''Ya Allah...sampai bengkak macam ni sekali Ara.Sakit tak nii??''Puan Khadeeja lantas bertanya sejurus Ara menghenyakkan punggung di sofa gebu tersebut.
''Sakit mama...berdenyut-denyut juga ni ma...macam mana mama dengan papa tahu ni?'' Ara bertanya.
''Sasha tadi call mama beritahu Ara seliuh...mama baru nak bertolak balik juga tadi,tu mama singgah sekejap,sebab semua orang ada kat sana lagi kan.'' Ujar mama Arman lagi.
''Ouhh...susah-susah je mama datang,tak ada apa lah ni mama,tadi nenek dengan atok ada,diorang baru je pergi kebun,sebab nenek tengok kaki Ara takde lah teruk sangat pun.'' Ara merasa bersalah dek kerana melewatkan perjalanan balik mereka.
''Takpelah Ara,risau jugak mama kot teruk kaki Ara ni...kalau Ara nak kurangkan sakit telan panadol dua biji,malam ni tak boleh tidurlah Ara berdenyut-denyut lah ni.'' tambah Puan Khadeeja lagi.
''Okey mama,kalau Ara tak tahan nanti Ara makan.'' Ara mengiakan.
''Tadi Man dah tuam dengan ais dah...nanti kena buat lagi ni sayang.''
Arman yang dari tadi hanya menjadi pendengar setia mencelah.Sambil-sambil itu dia ralit menilik pergelangan kaki Ara itu dan menggosok lembut.Arman selesa duduk diatas karpet bersebelan dengan kaki Ara yang sakit itu.
Ara hanya mengangguk segan lantas dimaniskan muka pada suaminya.
''Nanti Arman rendam terus dalam ais,lagi cepat.Tapi sakit sikit lah Ara.Tahanlah sekejap nanti.Mama dulu pernah kena macam Ara ni,masa tu mama dukung Arman umur 9 bulan kalau tak silap,mama faham sangatlah sakit ni macam mana.Arman nanti tolonglah Ara ni,tinggikan kaki kalau nak baring nanti.'' Panjang lebar ibu mertuanya berceloteh.
''A'ahh,baiklah ma...'' Arman mengangguk laju.
''Harap-harap tak larat lah ye Ara...harap boleh sembuh sebelum majlis ahad nanti'' Tuan Khaleed menambah.
Ucapan Tuan Khaleed disambut dengan anggukan oleh mereka bertiga.Mengharapkan benda yang sama.
''Ara pun harap macam tu papa...nanti malam ni Ara suruh nenek tengokkan sekali lagi,kot kot dia boleh tolong urutkan.'' kata Ara.
''Ha'a... elok jugak tu,lupa pulak mama nenek Ara tukang urut tersohor kat kampung ni''. Puan Khadeeja menepuk peha kiri Ara lembut.Kenapa lah dia tidak terfikir tadi tentang itu.
Ara dan Arman hanya tersenyum.Mamanya itu nampak terlalu risau akan keadaan Ara.
''Jomlah kita pergi mamanya,bagi Ara rehat dulu.Kesian dia sakit-sakit nak layan kita lagi.'' Tuan Khaleed bingkas bangun.
''Ha'ah...yelah..Ara Arman,mama balik dulu ye.Esok kamu balik kan?''
Puan Khadeeja juga bingkas bangun lalu menyambut tangan menantunya yang untuk bersalaman.
''Ye ma...kami semua balik esok ma.Hati-hati papa mama,drive elok-elok papa'' Arman menjawab diselang dengan sedikit pesanan untuk orang tuanya.Tangan mereka dicium lembut.
''Yelah..kamu semua pun hati-hati esok,jaga Ara elok-elok Arman,tolong apa yang patut.'' Mamanya masih belum puas menitipkan pesan.
''Ye mama...jangan risau..kita jumpa esok ye ma.'' Arman menghantar kepergian ibubapanya tanpa Ara.Mama melarang Ara terlalu banyak bergerak.
Tak lama kemudian,Arman melangkah masuk.Ara menyibukkan diri menonton televisyen.Muka Ara merah padam mengingat momen bersama Arman tadi.Sumpah Ara baru terasa urat malunya menimbul.'Tadi bukan main Ara,bergedik sakan,sekarang kau nak lari tak cukup kaki'.Ara bermonolog sendiri.Muka ditayang riak selamba namun jantungnya berdegup luar biasa laju apabila kedengaran detak langkah Arman yang makin hampir.
Arman melabuhkan punggung rapat disebelah Ara.Ara tetap dengan wajah tiada perasaannya,walau kedudukan Arman yang sedikit mengganggu pandangannya ke arah televisyen.Ara betul-betul tidak tahu bagaimana untuk bereaksi.Arman yang merapat diabaikan.
''Baby...why do your cheeks look red?''
Arman menumpangkan sikunya pada lutut,tapak tangan pula dipangku oleh dagu dan mata memandang Ara mengusik.Pandangan Ara dihalang oleh wajah Arman.
''Arman...please don't tease me...'' ujar Ara memelas.Spontan tangan kanan menyentuh pipi Arman.
''Arman?? that's not what I heard earlier...where's my Zahara just now?''
Tangan kiri mengambil tangan Ara yang berada di pipi,dibawa ke bibir dan dikucup berulang kali.
''Please...stop it...'' Ara separuh merengek.
''Saya kekok...'' Sambung Ara lantas menunduk.
''Tadi tak kekok pun,okey je...'' Usik Arman lagi.
''Tolonglah...saya malu sangat ni,saya sendiri pun tak percaya saya boleh buat macam tu.'' Wajah Arman ditatap memohon.
''That's mean you want me love...'' Tangan Arman mengusap pipi Ara.Ara lantas memegang kejap tangan Arman.
''Yes..I admit it...could you please stop teasing me..??''
''Okey...okey...take your time..'' Arman mengalah.Kepala Ara digosok sayang.
''Kejap saya nak pergi ambil ais untuk rendam kaki awak.'' Lantas Arman bangun dan berlalu.
Kemudian Arman tiba membawa besen yang dipenuhi ais dan air.Perlahan membantu Ara memasukkan kaki kedalam besen tersebut.
''Ouchh...sejuknya..'' Tangan dilabuhkan pada belakang bahu Arman.Apabila terasa sakit,jari-jari meramas kuat bahu Arman.
''Sakitnya....arghhh...'' Ara mengetap gigi diketap kuat.
''Ye..memang sakit,tapi cara ni memang berkesan tau.Tahan sikit ye.''
Apabila Ara tidak dapat bertahan,dia akan mengeluarkan kakinya,apabila bersedia dia akan masukkan kembali.Memang terasa sakit yang amat namun dia berasa lega pada masa yang sama.Disamping Arman yang tak henti memberi semangat.
Setelah selesai,Ara disuruh berehat dibilik.Kakinya ditempatkan sedikit tinggi.Ara yang kepenatan terus tertidur pulas.
Sosok tubuh Ara yang sedang nyenyak tidur itu diperhatikan dengan penuh sayang.Arman berasa teramat kasihan pada Ara kerana perlu menanggung kesakitan sebegitu Tapi Ara seorang yang kuat semangat,walaupun bahu Arman terasa sedikit perit disebabkan ulah Ara.
Cuma Arman sedikit kesal kerana urusan mereka tadi tertangguh,sungguh dia merasa rindu pada isterinya walau Ara masih berada dihadapan matanya,dan mengingat Ara yang cukup menggoda sebentar tadi.Nafas ditarik dan dihembus kasar.
*****
Share this novel