Bab 36 : Que Haidar

Romance Series 87834

******

Serba salah Sakinah mahu membuka pintu kereta milik Que.Nak balik awal-awal tadi tuan rumah tak bagi,fikirnya tadi dia akan memandu keretanya sendiri dan ditemani Aira dalam perjalanan balik,namun plan bertukar pula sekarang, Kina akan pulang dihantar oleh Que dan ditemani oleh Aira.Aira awal-awal lagi dah masuk di bahagian penumpang belakang.Nak tak nak terpaksalah Sakinah duduk di hadapan bersebelahan pemandu yang beku.

Gugup bukan main kerana walaupun Sakinah terbiasa dengan Que yang sentiasa singgah membantu di kafe jika ada masa terluang namun Que seorang yang pendiam dan kurang mesra,kebanyakkannya lebih kepada serius.

Mereka bertolak selepas Isya'.Sepanjang berada di rumah majikannya,Sakinah menumpang di bilik Aira.Mungkin kerana kepenatan Aira terus terlelap tak sampai 5 minit kereta bergerak.Sakinah berasa sangatlah bernasib malang,terpaksa berdua dengan Que.

Radio tidak terpasang,jalan pun tak terlalu sibuk dan kelihatan suram.Serba tak kena dibuatnya,nak memulakan bicara tak tahu nak cakap apa,kalau tak bercakap krik krik pula jadinya.Nak tengok telefon pun takut dianggap tak menghormati orang di sebelah,sudahnya Sakinah hanya kaku memandang ke arah jalan raya.

Tahu-tahu aje dah sampai di perkarangan rumah Sakinah.Que sudah hafal rumah Sakinah kerana terbiasa menghantar Sakinah jika Que menjadi pemandu kakaknya Ara.

"Ehmm...terima kasih awak,maaflah menyusahkan aje." ucap Sakinah perlahan.Tangan sibuk membuka seatbelt.

"Hurmm..." Jawab Que sambil mengangguk.

"Esok tunggu saya jemputlah,saya hantar pergi kafe." sambung Que lagi.

"Hah??" Sakinah memandang Que dengan riak terkejut.


"Eh takpelah awak,tak payah susah-susah,nanti saya tumpang Kak Ara ke or sape-sape kat kafe je..."

"Kak Ara??... suami dia ada kot esok,saya rasa dia tak gerak awal pagi esok.Budak-budak kafe? ada ke yang laluan area sini?.Lagipun esok saya nak ambil barang kat kafe,saya boleh je tumpangkan." sambung Que tanpa sempat Sakinah menolak.

"Okeylah...." Sakinah setuju tanpa rela.Dia tahu dia takkan menang kalau bercakap dengan Que,sebab itu dia lebih suka mengalah.Sakinah melangkah keluar,dan mengucapkan sekali lagi terima kasih.

Tak lama setelah meninggalkan halaman rumah Sakinah Que bersuara.
"Dah dah lah tido tipu,ingat Achik tak tahu ke? Dah boleh bangun dah".

"Kah..kah..kah...Achik ni Aira bagi Achik green light tau...yang Achik membisu je sepanjang jalan kenapa? penat tau..."

"Apanya green light?" Que sengaja mengabaikan omelan Aira.

"Achik...Achik ingat Aira baru kenal Achik harini ke? Aira tahulah Achik syok kat Kina...kalau Achik betul-betul minat dia baik Achik cepat,kalau tak...melepas nanti..."

"Kina tu ramai jugak peminat tau.." tambah Aira lagi.

Sementara itu Que hanya diam.Bukan mudah untuk seorang introvert seperti Que mahu memikat gadis kesukaannya.Kata-kata Aira juga masuk akal kerana paras Kina memang mudah membuat lelaki tertarik tambahan pula dia seorang yang mesra dan tidak kekok dengan senyuman.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience