Bab 7 : Rebah

Romance Series 87834

Qisya Zahara tersedar,daripada terbaring,dia cuba duduk,kepala dipegang,berdenyut-denyut..

Jam dipergelangan tangan kiri dipandang sekilas,pukul 3.45,lumayan lama dia tertidur.Ara bingkas bangun,dia berlalu ke tandas untuk mencuci muka,selesai cuci muka,''Aduh...beg tangan ada kat bawah'',keluh Ara.Rambut yang panjang paras pinggang diikat sekilas dan shawl yang berwarna dusty pink disangkut pada kepala bahu.Dia harus turun untuk mendapatkan begnya,dia perlukan tuala kecil yang ada dalam beg miliknya untuk mengeringkan air yang ada di mukanya.

Hening...Ar melangkah anak tangga perlahan,kepala dijenguk mencari kelibat Jannah dan Mak Nab.Tiba pada anak tangga terakhir,Ara melihat pintu depan yang tertutup,kaki diangkat melangkah ke arah dapur,untuk mencari Mak Nab kerana ada bunyi dari arah dapur.


Kaki Qisya terpaku,Ara terpana melihat kelibat seseorang yang dia kenal yang turut memandangnya.Manusia yang berdiri di hadapnnya kini turut terpaku,dan kedua-duanya kelihatan bingung,masa dirasakan terhenti buat seketika.

***

Khaliff Arman melangkah masuk kedalam Balairaya untuk menukar mentol lampu yang terbakar seperti yang dijanjikan dengan atuknya,dia rancang untuk terus ke masjid setelah selesai urusannya di sana nanti.Dia ingin mengajak Khai pergi sekali,tapi Khai baru bangun daripada tidur,dan akan ambil masa yang lama pula kalau Arman mahu menunggu Khai kerana Arman sendiri dah siap berkain pelikat dan kopiah.Arman telah memaklumlan tentang hal itu awal-awal lagi pada Khai,dia bukan orang yang sabar untuk menunggu lebih lama.Tanpa pamitan,dia meninggalkan Khai.

Salam diberi dan tiada sahutan,pintu ditolak perlahan,sunyi,pandangan Arman diintai ke luar,kereta Jannah tidak kelihatan,jadi dia pasti Jannah tiada pada waktu ini.

''Assalamualaiukum...Mak Nab oo... Mak Nab...'' tiada jawapan.

Salam dan panggilan tiada sahutan,Arman melangkah ke dapur.
''Takpelah takde orang pun,aku nak masuk tukar mentol lepas tu aku terus keluarlah,nanti kalau aku datang lepas Asar takut diorang dah kunci pintu pulak,berasap telinga aku kena bebel dengan opah.'' Arman berkata kata sendiri.

Dia nekad masuk,pintu tidak berkunci,mungkin Mak Nab ada kat atas fikir Arman lagi.Arman menuju ke arah dapur kecil ruangan tadika tersebut,mata melilau mencari tangga,apabila dah jumpa dia terus menaiki tangga tersebut dan menyelesaikan tugasan secepat mungkin.

Setelah selesai,Arman menyimpan kembali tangga dan cuba menyalakan lampu.Lampu menyala terang,tugasan dikira selesai Arman menuju ke pintu keluar,lampu sengaja tidak dipadam supaya Mak Nab atau Jannah akan perasan yang lampu telah dibaiki.

Pandangan dihadapkan kehadapan,Arman tak sangka akan melihat gadis itu lagi,perihal gadis itu belum sempat dikorek dari Khai.Penuh misteri kerana sepanjang perkenalan dia dan gadis manis dihadapannya kini tidak banyak yang dia ketahui.

Langkah kaki dihentikan,Arman bagai terpukau,telah lama mereka tidak berjumpa,perempuan yang Arman kenal dulu cukup berbeda dengan apa yang dia lihat sekarang.Wajah yang kelihatan basah tampak sedikit pucat,rambut yang mengurai panjang nampak sedikit berantakan menarik perhatian Arman,leher jenjang kelihatan,lengan blouse yang berwarna senada dengan shawl ditarik sampai ke siku,dan menampakkan lengan yang putih itu.

Tiba-tiba kedengaran suara memberi salam,Arman tersedar dan berjalan melintasi Qisya yang masih kaku,Arman menjawab salam dan segera melangkah keluar.Langkah Arman dihentikan di muka pintu,terdapat enam orang ahli masjid yang memandang Arman,salah seorang daripadanya ialah papa Arman sendiri dan bapa saudara Arman yang selaku ketua kampung.Dan ada seorang wanita yang umurnya lebih kurang Mak Nab.

''Papa..kenapa papa??'' dalam hati yang kurang senang soalan tetap dilontarkan.

Soalan Arman tidak sempat dijawab kerana kehadiran seorang perempuan dari belakang Arman lebih menarik perhatian.Arman juga sempat menoleh,shawl yang tadi berada dibahu telah dipakai dan rambut telah ditutup walau kelihatan sedikit kacau.

''Haa...betullah saya cakap tadi Tok,saya nampak budak lelaki ni masuk tadi,tengok budak perempuan yang tak berapa siap ni pun dah boleh agak apa yang dibuatnya kat dalam tu.'' Kata Mak Cik Senah.

Ara yang terkejut dengan kata-kata kesat Mak Cik Senah tersebut terus dapat memahami situasi yang dialami kini.Wajah yang sedia pucat terasa makin pucat,kepala yg sedikit pening terasa lagi pening.

''Mak cik,apa yang Mak Cik cakap ni??... kami baru je terserempak kat dalam,lagipun Mak Nab dengan Jannah ada,kami bukan berdua.'' terketar-ketar Ara berucap.Sungguh...Ara tak siap untuk hadapi ini.

'' Takkan aku saja-saja nak tuduh pulak,kereta Jannah mana ada,Mak Nab tadi aku ada jumpa dia kat kedai seberang tadi.Aku sempat bersembang dengan dia tadi,dia cakap kau ada kat sini.Jannah keluar tadi
pergi ambil barang.'' sambung Mak Cik Senah.

''Dah lah Senah,nanti aku selesaikan hal ni,jangan cakap terjerit-jerit kat sini...'' belum sempat Tok Ketua menghabiskan ayatnya,suasana bertukar kelam kabut kerana Ara tiba-tiba rebah.

Arman yang berdiri di sebelah Ara cepat-cepat menyambut tubuh Ara yang telah longlai.

Pada masa yang sama kelihatan kereta Toyota Vios milik Jannah meluncur masuk kedalam perkarangan balairaya,dan melihat Ara yang terkulai rebah Jannah sepantas kilat berlari mendapatkan Ara yang berada dalam dakapan Arman.

Situasi itu membuatkan orang-orang yang ada disitu menggelengkan kepala.Arman memilih untuk tidak mengendahkan,Arman mengikut arahan Jannah untuk mencempung Ara untuk masuk ke dalam.

Keadaan yang tegang,Tok Ketua meminta orang-orang yang ada disitu bersurai terlebih dahulu untuk menunaikan solat Asar di masjid seberang tadika tersebut.Sementara Tok Ketua dan papa Arman masuk ke dalam untuk berjumpa Arman dan Jannah.

''Arman,eloklah kamu pergi masjid dulu solat Asar,nanti Jannah,kamu tolong panggilkan orang tua budak ni jumpa Tok ye,lepas solat nanti Tok tunggu kat masjid.'' kata Tok Ketua.

'' Okey ke budak tu Jannah? Nak bawa pergi klinik ke?''. sambung bapa saudara Arman lagi.

''Baik Tok,nanti Jannah telefon Abi dan Umi Ara,ni sepupu Jannah Tok,anak Haji Zainal dan Hajjah Aminah,dia tak apa-apa rasanya Tok,mungkin dia cuma terkejut,lagipun dia memang tak berapa sihat.''

''La...anak Haji Zainal?? Takpelah Jannah tolong call dia dan bagitahu Tok nak jumpa ye,nanti kalau apa- apa bagitahu Tok ye,jomlah Arman..Khalid...kita solat dulu,nanti kita bincang''. Kata Tok Ketua sebelum berlalu.

Arman melangkah berat,keadaan Zahara dan papanya yang dari tadi hanya memerhati tanpa berkata apa membuat Arman gelisah.

Happy New Year semua.Tq for ur support.Maaf atas kekurangan dalam penulisan saya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience