Keesokkan harinya,majlis persandingan Arman dan Ara diadakan dirumah datuk dan nenek Ara.Mereka telah disatukan di Pejabat Agama sebelum ini jadi hari ini sekadar majlis untuk memaklumkan kepada penduduk kampung mengenai hubungan mereka.
Mengenai kes tangkap basah mereka itu, Mak Cik Senah telah dinasihati oleh ketua kampung yang merangkap bapa saudara kepada Arman.Mak Cik Senah juga diberi amaran supaya tidak sewenang wenangnya menabur fitnah dan mengadu domba perihal penduduk kampung.
Sebenarnya boleh sahaja sekiranya mereka tidak mengadakan majlis disini,namun sebagai menghormati orang yang lebih tua Haji Zainal mencadangkan supaya majlis tersebut diadakan untuk meraikan pengantin bersama saudara mara dan penduduk kampung,mengingat Arman dan Ara juga membesar di kampung itu.
*****
Pengantin lelaki tampil gagah mengenakan busana songket pengantin yang berwarna baby blue memandang lembut ke arah Ara yang berjalan perlahan diiringi Jannah selaku pengapit.Qisya Zahara kelihatan ayu dengan sepersalinan yang sedondon dengan Khaliff Arman.Ara begitu berseri dengan solekan tipis namun tetap menyerlah.Kedua-duanya mempamerkan senyum bahagia.Kaki Ara berhenti melangkah dan mengambil tempat disebelah Arman.Tangan dihulur perlahan menyambut tangan si suami dan dicium lama.Kemudian Ara menyelitkan tangannya diantara tangan Arman mengikut perintah Jannah dan pasangan raja sehari itu diarak masuk menuju ke pelamin.
Setiap momen indah raja sehari itu tidak luput daripada rakaman samng jurugambar,adat menepung tawar tidak dilupakan dan kemudiannya diikuti upacara bertukar cincin.Aira menghulurkan sebentuk cincin perak kepada Ara untuk disarungkan kepada Arman dan setelah itu diikuti Sasha yang mengeluarkan cincin emas putih yang reka bentuknya sebiji sama dengan cincin kepunyaan Arman tadi.Ara perasan yang design cincin yang masuk ke jarinya itu sepasang dengan rantai yang diberikan Arman ketika mereka dirumah Arman sebelum ini.
Ara mengangkat wajah memandang ke arah Arman.Arman seperti biasa hanya tersenyum.Tiba-tiba terdengar suara Aira berbisik perlahan di telinga Ara.
''Nasiblah muat elok dekat jari angah,adik dengan Sasha yang tolong abang Arman pilih ukuran saiz jari angah tau!! cantik kan...sama dengan rantai kan..? sweet kan abang??''.
Ara termangu.Dipandang Aira yang terlebih excited,kemudian dipandang Sasha yang turut tersenyum bagai mengiakan apa yang diucapkan Aira.
''Okey...okey...kita tangkap gambar pengantin bersama keluarga dulu ye,lepas tu gambar pengantin sahaja.'' Lamunan Ara dimatikan oleh suara jurugambar.
Majlis selesai sekitar jam 5.30petang.Setelah selesai solat asar dan bersalin pakaian,Ara turun tangan untuk membantu saudara mara yang sedang berkemas.
''Ara..pergilah ajak Arman makan dulu...mesti kamu ni lapar kan,makan tadi banyak mana lah sangat.''Nenek Ara menegur Ara yang sedang mencuci pinggan mangkuk.
''A'ah Ara pergi makan dulu,ajak Arman sekali...dia ada kat belakang tu tengah cuci periuk kawah...pergilah panggil.'' sahut Mak Usu adik bongsu kepada abi Ara.
Serba salah Ara dibuatnya,nak pergi panggil Arman pun dia segan,tak ajak makan kan nanti bising pulak nenek dengan mak saudaranya yang ada kat dapur ni.Dengan langkah yang berat Ara menapak keluar ke pintu belakang seraya berkata.
''Ha'a..ok nek nanti Ara tanya dia nak makan ke tak''
Perlahan Ara berjalan ke arah suara riuh itu.Kelihatan Arman seronok bergurau senda dengan Que,serta ada dua tiga orang sepupu Ara.Seperti yang dimaklumkan Mak Usu tadi,mereka sedang mencuci kawah.Ara seperti cacing kepanasan,terasa segan pun ada.Nasib menyebelahi Ara apabila Que berpaling ke arah Ara dan Ara terus menunjukkan isyarat supaya Que memanggilkan Arman untuknya,tidak perlulah Ara mendekat ke arah mereka.
Que yang memahami apa yang Ara sampaikan,lantas mencuit bahu Arman.
''Abang...Kak Ara panggil...abang pergilah,kami setelkan yang ni,tak banyak dah ni''.
Arman berpaling laju ke arah yang Que tunjukkan.Arman bingkas bangun dan melangkah perlahan di tempat Ara menunggu.
''Abang tinggal ye...'' ucap Arman.Arman tidak mahu Ara menunggu lebih lama risau Ara akan dibahan oleh sepupu-sepupunya nanti.
Ara memerhatikan setiap langkah Arman.Dalam diam Ara terpukau,Arman yang mengenakan t-shirt blue black dengan seluar hitam yang dilipat aras betis.Rambut yang panjang seperti biasa diikat kemas dan jambang yang nipis kelihatan rapi bak pelakon turki.
Dalam debar Ara mempelawa apabila Arman berapa tetap di harapannya.
''Awak nak makan tak? Saya nak siapkan...'' ucap Ara gugup.
''Saya baru je sudah makan sebelum mencuci tadi''. Arman menjawab.Memang dia telah makan terlebih dahulu tadi bersama Que dan yang lain,sebelum mereka bekerjasama mencuci.
''Ouh...tak apalah kalau macam tu.'' Ara berpaling menjauh diri.Terkilan apabila Arman membahasakan dirinya saya,sedangkan sebelum ini dia menggunakan nama panggilan 'abang'.Mungkin sekadar perasaan Ara sahaja,Arman kelihatan sedikit tegang apabila bersamanya.Kalau tadi dia begitu gembira bukan main tetapi dengan Ara terus berubah dingin.
*****
Jam menunjukkan pukul 10.45 malam.Ara termangu sendiri di tepi katil biliknya.Setelah mereka semua berkumpul setelah kaum lelaki pulang dari solat isyak di masjid tadi,Ara meminta diri untuk masuk berehat.
Ara menilik cincin yang disarung oleh Arman siang tadi,mengingat kembali cerita Aira dan Sasha yang menemani Arman membelikan cincin untuknya.Ara merasa bersalah mengingat dia tidak melibatkan diri dalam menyediakan persiapan majlis ini melainkan pergi ke butik pengantin untuk ukuran baju.Lain daripada itu diuruskan oleh ibu mertuanya dan umi
dan selebihnya Aira dan Sasha.
Pintu dikuak dari luar,lantas pandangan Ara tertuju pada pintu bilik.Arman melangkah masuk kedalam bilik dan terus menuju ke bilik air.Setelah keluar dari bilik air,tubuh segera dibaringkan di kerusi kayu jati panjang yang berada di bilik tersebut.Kebiasaannya kerusi itu tidak ditempatkan disitu,tapi dibawa masuk supaya mudah mak andam meletakkan barang-barang yang dibawa.Tetapi kerusi yang telah kosong pada malam itu dijadikan tempat tidur oleh Arman.
''Kenapa tidur kat situ..?'' Ara yang terkejut bertanya laju.
''Yela...kat sini la,nak tidur kat mana lagi?'' Arman kembali bertanya seraya mengangkat kepala berpaling pada Ara yang masih setia di tepi katil.
''Tidurlah kat atas katil.Selimut pun ada satu je,rumah nenek lagi sejuk bila malam'' kata Ara lagi.
''With you...?? Boleh ke..?? I thought you need time and space to accept all of this..'' Bidas Arman tanpa senyuman.Berbeza apabila bersama orang lain,Arman murah dengan senyuman.
Ara terhenyak dengan kata-kata Arman.Namun ego dalam diri sukar untuk ditepis.Ara ingin berbaik dan menyelesaikan salah faham antara mereka,tetapi disebabkan Arman bersikap dingin padanya,Ara tidak mahu mengalah.
''Ikut suka awaklah nak tidur kat mana-mana pun.'' Ara yang bengang bangun menutup suis lampu dan lantas berbaring,selimut ditarik laju.
*****
Tq for support. Mohon maaf atas kesalahan dalam penulisan saya.
Share this novel