Bab 34 : Si Beku

Romance Series 87834

Majlis berjalan dengan cukup meriah.Baik Arman atau Ara mereka berlagak seperti biasa.Mereka tidak mahu ahli keluarga mereka mengesan hubungan mereka bermasalah walaupun mereka tahu sepertinya ibubapa mereka cukup bijak namun mereka berlakon seperti biasa.

Bunyi loceng dari depan rumah mengingatkan Ara pada Kina,Ara hampir lupa tadi dia ada menyuruh Kina pembantu kepercayaannya supaya turut hadir dalam majlis tersebut disamping membawa kek coklat karamel yang Ara tak sempat bawa balik tadi.Jadi Ara bergerak balik lebih dahulu dan meminta bantuan Kina supaya membawa kek tersebut sekaligus turut hadir memeriahkan majlis.

"Takpe umi biar angah tengokkan,angah rasa tu Kina kot..." Ara yang berada berdiri di tengah antara Que dan Arman yang sedang membakar ayam segera bergegas ke pintu utama. Majlis diadakan di laman belakang,jadi Ara sedikit tergesa untuk ke depan.Ara yang kelam kabut itu diperhatikan oleh Arman.

"Ohh...Kina datang jugak ye.Syok lah Kina pun ada...hehe." kata Khai.

"Kina...Kina...pekerja kat kafe tu ke?" Arman bertanya, kerana sepertinya dia pernah mendengar nama tersebut.

"Haahh...betullah tu,dia yang selalu tolong Kak Ara.Rajin budak tu,orangnya pun manis betul tak Que?" Usik Khai.Sepanjang perkenalannya dengan Que,Khai tahu Que punya perasaan pada Kina walaupun dia tak pernah cerita. Sebab itulah Khai suka menguji Que.

Pertanyaan Khai disambut dengan anggukan daripada Que.Riak wajah beku masih ditampilkan. Que memang jarang tersenyum dan jarang bercakap. Dia hanya akan bercakap hal yang penting-penting sahaja.

"Assalamualaikum..." Terdengar suara yang cukup Que kenal namun dia mengabaikan,hanya menjawab salam dalam hati.

"Waalaikummussalam Kina...jemputlah Kina,jemput makan...kenapa lambat sangat Kina...Kina okey ke?" Umi menjawab salam ramah seraya bertanya keadaan Kina, kerana kalau diikutkan Kina sepatutnya sampai lebih awal.

"Terima kasih umi...Kina okey umi,maaflah lambat sebab Kina hantar Aisyah dulu tadi,kalau ikutkan dia nak datang sekali tapi family dia ada hal last minit tadi, Kina tumpangkan dia dulu tadi." Panjang lebar Sakinah bercerita.Dia sedikit segan sebenarnya,kalau dengan ahli keluarga majikannya,sememangnya dia sudah terbiasa,tapi ada tetamu yang dia tidak kenal,jadi dia sedikit gugup.

"Ouh...takpe Kina,Kina buat macam rumah sendiri ye,macam biasa lah ye". Umi menepuk lembut belakang Kina.Kemudian Khai lantas bersuara sedikit tinggi, memanggil Kina.

"Kina..Kina...mehlah sini".
Terkuil-kuil tangan Khai melambai kearah Kina.

"Haii abang...lama tak jumpa." Sapa Kina berbasa basi.Dipandang setiap wajah disitu.Wajah Khai yang tersengih seperti kerang busuk dan Que yang langsung tidak mengendahkan kehadirannya disitu manakala Arman hanya tersenyum mengangguk sekadar menyambut kedatangan Sakinah.

"Ha'a...lama tak jumpa kan? Abang busy sikit sekarang tak sempat nak singgah kafe sekarang.Kina makin manis sekarang ye,mentang-mentanglah lama tak jumpa.Rindu abang nak minum favourite coffee abang."
Kata Khai bersahaja sambil memerhatikan gelagat Que.

"Hehe...apalah abang Khai ni...nanti ada masa singgahlah ye bang" Kina datang membalas singkat.

"Kina...Kina..." Tiba-tiba terdengar suara Ara memanggil Kina sambil melambai-lambai. Ara yang baru tiba dari dapur memanggil Sakinah sambil membawa kek coklat karamel untuk dihidangkan.

"Kina minta diri dulu ye,Kak Ara dah panggil tu." Ucap Kina sambil meremas tali sling bag yang terletak diatas bahunya.Kina kemudian menunduk seraya mengundur diri.Dalam hati hanya Tuhan yang tahu betapa Lina bersyukur kerana panggilan daripada Ara telah menyelamatkan Sakinah situasi yang canggung itu. Tambahan lagi apabila memerhatikan sikap Que yang terus membeku.

"Kina..jomlah makan,akak temankan."Ara menjemput Sakinah makan sambil menghulurkan pinggan kepada Sakinah dan Sakinah menyambut huluran tersebut tanpa bantahan.

Kemudian Ara dan Sakinah menyertai Sasha dan Aira yang sedang asyik bertukar cerita sambil menjamu selera.

"Haii Kina...sorang je ke? Mana Aisyah?" tegur
Aira sambil mengintai kelibat Aisyah.

"Ha'ah sorang je Aira,Aisyah last minute ada hal, dia tak dapat datang." Kina menjawab.

"La...yeke...nanti balik sorang lah...takpe,nanti Aira tolong temankan." ujar Aira.

Sakinah tak biasa memandu waktu malam,apatah lagi berseorang.Dia memiliki trauma.Kebiasaannya apabila balik larut malam Aisyah akan ada bersama,atau pun staf Ara yang lain.Sebab itulah Aira menawarkan diri untuk membantu.

"Eh takpe Aira nanti Kina terus balik. Sempat kot sebelum gelap." Tolak Kina lembut.

"No..no..no...nanti minta Aira temankan,Que follow dari belakang,kalau tak,tido je kat sini.Jangan nak bantah ye nanti akak cakap kat umi." Ara bersuara sebelum Aira sempat berkata apa-apa.

"Ha'ahh...takpe, Aira boleh temankan, tak payahlah rushing sangat, lepak-lepak dulu dengan kitaorang.Lagipun banyak lagi makanan tu,alah Kina jangan takut kat 'Si Beku' tu,dia memang keras macam tu je tapi dia la yang paling boleh diharapkan tau".Kata Aira menyokong Ara,sambil menjuihkan bibir ke arah Que yang khusyuk berbual dengan Khai dan Arman walaupun ekspresi mukanya masih kelihatan beku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience