Setelah selesai urusan mereka di butik pengantin Sireh Pinang milik sahabat Puan Khadeeja,mama kepada Arman terus mengajak Ara pulang ke kediaman mereka.
Tiba di kediaman mertuanya Ara berasa kagum dengan persekitaran rumah tersebut.Halaman rumah yang cukup luas dan mewah.
Lamunan Ara terhenti apabila ibu mertuanya bersuara.
''Jomlah Ara..kita masuk dulu.Mesti Ara penat kan..? Rehatlah dulu,nanti bolehlah kita makan sama-sama.''
''Aahh..okey mama.'' Ara keluar dari perut kereta,beg tangan dicapai dan disandang di bahu.
''Sasha...tolong tunjukkan bilik abang Arman kepada Ara ye,mama nak pergi jumpa Mak Som kejap,nak tanya barang basah yang mama kirim tadi dah beli cukup semua ke.''
''Okey mama''. Jawab Sasha lalu membantu Ara mengeluarkan beg pakaiannya dari bonet kereta.
Ara tersenyum kekok.Kalau tak silap dengar Ara dapat tangkap apa yang ibu mertuanya beritahu Sasha tadi.
'Bilik abang Arman..??' desis Ara sendirian.
''Jom kak Ara.Sasha tunjuk bilik,akak rehat cukup-cukup ye kak,mesti penat kan cuba baju banyak banyak tadi.Banyak kerja jugak nak kena selesaikan untuk majlis kahwin ni.Ni baru try baju,tak termasuk lain-lain lagi.Takpe akak jangan risau,Sasha dengan Aira ada,apa-apa jangan segan nak minta tolong''. Panjang lebar Sasha bercakap sambil memegang lengan Ara dan berjalan menuju ke bilik.
''Haa...dah sampai.Masuklah kak,ni bilik abang Arman.'' Ujar Sasha lagi sambil menarik tombol pintu.
''Akak masuklah ye kak,buat macam bilik sendiri,kalau nak apa-aap bagitahu Sasha ye kak.Sasha pun nak mandi ni kak,melekit dah badan ni.''
Kepergian Sasha dipandang sepi.Kaki melangkah masuk kedalam bilik milik Arman.Seisi bilik diperhatikan.Sebuah katil queen yang lengkap dengan cadar berwarna putih menarik pandangan pertama Ara ,terdapat almari sederhana besar bersebelahan bilik air.Satu sudut yang menarik perhatian Ara iaitu wing chair yang berwarna hitam dan disebelahnya sebuah rak buku.Rak buku tersebut berada diantara katil dan wing chair.
Ara mengukir senyum,susun atur yang cukup kemas,sudut bacaan bersebelahan dengan sliding door balkoni.Kelihatan begitu nyaman.
Ara menapak perlahan,di sebelah kanan Ara terdapat sebuah almari yang dipenuhi piala,medal dan bingkai gambar.Dibahagian bawah,Ara terpandang dua buah album.Tangan laju mencapai album tersebut dan dibelek perlahan.
Sedang asyik menyelak setiap muka album,mata Ara tertancap pada sekeping gambar lama,gambar Ara dan juga seseorang yang Ara cukup kenal,Auni.Mata Ara membulat.Ara sendiri tidak tahu akan kewujudan gambar tersebut,dia tidak pernah melihat gambar itu.Tetapi Ara tahu gambar tersebut ditangkap oleh siapa.Yang peliknya macam mana gambar itu boleh berada ditangan Arman.
****
Hari itu Hari Sukan.Ara dan Auni berdua berjalan mahu mengambil beg dikelas mereka.Suasana di sekolah telah lengang,murid-murid yang lain telah beransur pulang.
''Ara!! Auni!! nak kemana??..'' Satu suara menyapa.Idayu dan konco konconya menegur.Idayu ialah rakan sekelas Arman.
Ara dan Auni serentak berpaling.
''Kitaorang nak pergi naik kelas nak ambil beg lepas tu nak terus balik''.
jawab Auni.
''Oh...jomlah tangkap gambar satu keping,gambar korang berdua.Ida nak buat kenang kenangan''. Idayu mempelawa lembut.Idayu sememangnya berperwatakan lembut.Tangannya menggengam sebuah kamera.
''Jom lah Ara...'' Kata Auni lantas menarik tangan Ara dan berdiri berlatar belakangkan gambar pemandangan air terjun pada dinding bangunan.
''Cepat sikit Ida,kami nak cepat ni...abi Ara dah tunggu tu..Auni pun nak tumpang Ara balik ni.'' Lengan Ara dipaut mesra,Ara dan Auni tersenyum tanda bersedia.
''Okey baik baik'' 1..2..3.. klik!! Satu kilauan terpancar menandakan gambar telah siap ditangkap.
''Dah ke Ida...?''
'' Kami pergi dulu ye...'' sambung Auni lagi.
''Dah siap dah...okey takpe korang pergilah cepat..'' ujar Idayu.
Serentak Ara dan Auni berlari perlahan untuk memanjat tangga menuju ke atas.
Seminggu setelah kejadian itu,Idayu memaklumkan kepada Ara dan Auni tentang gambar mereka berdua ada pada Arman.
''Gambar Ara dan Auni ada pada Arman.'' Idayu bekata dengan nada lembut.
''Hah..??? gambar kami ada pada Arman?? Gambar apa??''
''Gambar yang Ida tangkap ketika Hari Sukan minggu lepas.Ida dah suap cuci,Ida bawaklah sebab nak tengok dengan kawan-kawan.''
''Nanti Ara minta dengan Arman'' Ara berkata.Arman memang suka cari gaduh.Kebanyakan budak perempuan tidak berani bertegur dengan Arman kerana dia cukup nakal dan suka mengusik.Langkah kaki dibawa ke kelas 6 Bakti.Auni sudah ditinggalkan di belakang.Ara meminta seseorang memaklumkan Arman untuk bertemu.
''Aku dengar kau ada ambil gambar dengan Ida.. bagi balik..''
''Gambar apa..??'' Tanya Arman tersengih seperti kerang busuk.
''Kau tak payah buat buat tanyalah Arman...Ida bagitahu aku,kau ada ambik.Gambar aku dengan Auni.''
''Aku ada tengok tadi tapi aku dah bagi balik''.
''Jangan tipulah...baik kau bagi sekarang!!!''. nada suara Ara dinaikkan seoktaf.
''Takdelah dengan aku,cuba kau check sendiri kalau tak percaya''. Arman melangkah dekat dengan Ara.Supaya Ara boleh mencari jika gambar tersebut memang ada padanya.
''Lagipun buat apa aku nak ambik gambar kau...buat apa aku nak simpan,macam takde orang lain dah kat sekolah ni.''. tungkas Arman lagi.
Badan Arman yang menghimpit ditolak kasar.Tak lama terdengar para penonton memaklumkan bahawa Cikgu Salleh telah tiba.Ara cepat-cepat mahu beredar.
''Pergilah masuk kelas,waktu rehat dah habis dah ni...tak payah le nak bertekak kat sini''. Kata Arman sambil tersengih mengejek.
Dia suka mengusik Ara,wajah garang Ara dipandang.Dia tahu Ara semakin marah.
''Dah lah Ara,jom kita masuk sekarang.Tak payah layan sangat dia ni.Buat naik darah je''.Kata Auni yang dari tadi diam cuba memujuk Ara.
*****
Tok..tok..tokkk..
Bunyi pintu diketuk perlahan dan dibuka dari luar.Wajah mama dipandang dan terus lamunan Ara mati disitu.
''Ara..macam mana?? okey tak bilik ni? Ara ada perlukan apa-apa tak? ''. sapa mama.
'' Eh mama...okey mama.Alhamdulillah.''
''Ara rehat lah dulu ye,nak apa-apa bagitahu mama ye...''
''Ha'ah..okey mama..mama nak pergi mana tu?''
''Mama nak pergi dapur,nak masak.''
''Kalau macam tu Ara tolong mama masak..''
''Eh Ara,takpe..Ara rehat je takpe.''
'"Takde apalah mama...Ara pun bosan takde nak buat apa pun.''
Ara bingkas bangun dan berjalan mengikut langkah kaki ibu mertuanya menuju ke dapur.
*****
Happy reading...
Share this novel