Kring...Kringg...
''Hello...Assalamualaikum Kina,ow..yeke?? Sekejap ye akak baca sekarang,nanti akak balas ye,maaf ye Kina,sebab akak memang tak sempat tengok telefon lagi hari ni...okey baik,waalaikummussalam.''
Ara terus membuka whatsapp dan membaca mesej-mesej yang Kina tinggalkan.Hari ini seharian Ara terlalu sibuk,telefon memang tak dipegang sejak semalam.
Ara dan keluarganya telah berada di rumah neneknya.Petang nanti majlis pertunangan Jannah,dia mahu membantu apa yang patut.
''Salam kak,esok ada tempahan creampuff 400biji & hokkaido cupcake 300 biji..''
''Mcmane kak? nak ambk ke???''
''Oder ni Puan Nisa punya kak,dia ckp dia pun tahu last min family dia nak buat high tea esk ptg''
''On x kak''
''Puan Nisa ckp kalau boleh nk jugak kak...''
Satu persatu Ara membaca mesej Kina.Rupanya dah banyak mesej Kina yang hantar.Kemudian dia membalas.
''On Kina...Kina tolong listkan barang apa yang tak ada,minta Kedai Bakery hantarkan brg harini jugak,mlm ni akak gerak balik.''
''Tq Kina...korang balik je mcm biase ye,takpe akak buat filling makam ni siap-siap esok kita tinggal yang bakar bakar aje..''
''Ok baik bos,hati2 blik tau...'' Kina membalas.
''Ok Kina tq,see u...'' Balas Qisya seraya tersenyum.
''Amboi...amboi...amboi...tersenyum-senyum tengok telefon.Siapa tu? Abang Arman erk?? Tak puas lagi ke bermanja kat dapur tadi?? Untunglah tadi Aira dengan Sasha bagi can kat Angah tau...''tiba-tiba Aira duduk di sebelah Ara.
Mata Ara terjengil... ''Oww...jadi korang sengaja eh,buat la macam tu lagi lepas ni jangan minta apa-apa dengan akak eh'' kata Aea sambil mencucuk pinggang Aira.
''Angah ni...kejam tau...lagipun abang Arman yang suruh kitaorang pergi..'' ujar Aira.
Ara tergaman mulut ternganga terkejut.
''Kenapa Angah Kina call tadi?'' soal abi mencelah.
''Macam ni abi,Kina bagitahu ada tempahan last minute,untuk high tea petang esok,Ara rasa Ara kena balik terus lah lepas majlis ni nanti,Ara takut kalut kalau nak kena buat esok semua,nanti nak running kafe lagi.''
''Angah nak balik dengan siapa nanti? Esok petang kan nenek nak buat tahlil,takkan abi dengan semua nak kena balik sekali jugak?'' tanya abi.
''Ye jugak tu abi,kita kan datang satu kereta..'' Tambah Aira lagi.
''Ouh..ye tak ye jugak,macam mana la Ara boleh lupa...'' kata Ara sambil menepuk kepala sendiri.
''Ara minta tolong achik hantar Ara balik dulu boleh tak abi,nanti Que datang le sini balik''. saran Ara.
''Nanti lah abi fikir dulu...angah nak terus pergi kafe ke malam ni? ''
''Aah abi,Ara nak siapkan apa yang patut sikit malam ni..''
''Takpe lah angah siap-siap lah,nanti lepas majlis baru gerak kan?''
''Ye abi...okey abi Ara nak jumpa Kak Jannah kejap.''
Kemudian Ara berlalu untuk ke rumah Jannah.Rumah Jannah hanya selang dua buah rumah sahaja dengan rumah nenek mereka.
***
Majlis pertunangan Jannah berjalan dengan lancar.
Ara bergegas ke bilik untuk mengambil beg sandangnya.Sebentar tadi abi telah memaklumkan bahawa dia akan pulang bersama dengan Arman.
Mahu ditolak,maunya dapat syarahan panjang dari abinya nanti.Lagipun dia tidak punya banyak masa,dia harus sampai secepatnya kalau tak dia akan siap lambat.
Rasa menyesal pun ada kerana dia telah menerima tempahan tersebut,kalaulah dia boleh batalkan dia tak perlu balik berdua dengan lelaki tu.Ara tak habis fikir macam mana dia perlu berdepan dengan Arman selama dua jam perjalanan.
''Abi pun beritahu aku last minit pulak tu,kalau awal boleh lah aku pujuk achik tadi.'' gerutu Ara.
Kalau Ara pasang muka sedih didepan umi nanti umi pula akan sedih sebab semalam umi pun turut menangis bersamanya Umi merasa bersalah sebab kalau bukan sebab Mak Cik Senah Ara takkan kena tangkap bersama Arman.
''Tapi umi tak boleh salahkan dia angah,semua ni daripada Allah,ujian buat kita semua,bukan untuk angah aje.Sebab tu umi minta sangat angah terima Arman,mungkin ini dah jodoh angah.'' kata-kata umi semalam masih terngiang-ngiang.
Ara memilih untuk pendam.Serba salah dibuatnya.Hanya Jannah yang tahu kisahnya,jadi hanya Jannah yang akan faham.Ara dan Jannah tak sempat untuk bersembang lagi,masing-masing masih sibuk.
Ara telah bersedia,keluarganya dan keluarga Arman telah sedia menunggunya di tempat Arman parkir keretanya.Ara juga telah berganti baju supaya dia boleh terus buat kerja sampai di sana nanti.
''Okey ke abang dengan akak tu ..nampak janggal kan ma'' tiba tiba Khai bersuara.Semua yang ada disitu tampak mengangguk setuju.
''Ala..baru lagi tu Khai..kita doakan yang baik- baik saja,lama-lama nanti okey lah tu'' papanya terus bersuara.
''Dah jadi suami isteri,tahu tanggungjawab masing-masing,pandai pandai lah diorang nanti.'' abi menambah dan yang lain-lain mengangguk setuju.
*****
''Tolong hantar aku kat rumah je,aku pergi kafe sendiri''. Ara bersuara.
Berbelas tahun Arman tidak berjumpa Zahara,dia sedikit kekok apabila Zahara membahasakan diri aku dan kau.Walaupun dulu memang begitulah cara mereka berkomunikasi.
Lebih-lebih lagi dengan status mereka sekarang sebagai suami isteri sepatutnya Ara tidak membahasakan diri sebegitu,fikir Arman.
Mungkin Zahara masih tidak bersedia.Arman sendiri masih terasa canggung kerana semua ìni terlalu mengejut,namun begitu,Arman sedar dia punya tanggungjawab terhadap isterinya,Qisya Zahara.
''Abi beritahu tadi hantar kat kafe,ada benda kau nak setel katanya...aku temankan kau lah sampai siap,takkan kau nak stay situ sorang-sorang..''
''Buat apa kau nak teman teman bagai,aku dah besar kot..''
Khalif Arman mengetap kuat rahangnya,nafas ditarik dan dihembus perlahan.
''Sekarang ni dah nak pukul enam dah,dengan hujan macam ni pukul berapa agak-agak kita sampai...kalau nak balik ambil kereta lepas tu pergi kafe,pukul berapa pulak sampai kat kafe nanti...''
''Abi dah amanahkan kau dekat aku,takkan aku nak biar kau sorang-sorang malam-malam macam ni...''
''Takpe,kau tak payah nak susahkan diri kau,abi takkan tahu,ni antara kita je''
''Bila aku cakap susah..??''
''Yelah kau petik nama abi pulak apasal..abi pun kenapalah suruh aku balik dengan kau..''
''Zahara...Zahara...kau ni sedar tak kau cakap apa ni...''
''Kenapa aku tak sedar pulak....aku...''
''Kalau kau tak nak kena cium free free je dalam kereta ni baik kau diam...makin bercakap makin melalut pulak nanti''.
Arman memotong cepat sebelum Zahara sempat menghabiskan ayatnya.
Sepanjang perkenalan mereka dahulu pun memang akan bertikam lidah saja,tak pernah kedua duanya nak duduk bercakap elok-elok.
''Eii...kau tu yang mengarut...!!!'' Zahara mendengus geram.
Mengingat ugutan Arman Zahara lantas memilih diam,bimbang apa yang terjadi di dapur tengahari tadi berulang.Pipi Zahara memerah mengenangkan kejadian tersebut.
Zahara mengalihkan pandangan ke hadapan,tak lama kemudian Zahara tertidur.
Arman yang perasan Zahara tertidur memberhentikan kereta di tepi jalan.Kerusi yang diduduki oleh Zahara di adjust supaya isterinya dapat tidur dengan selesa.
Kenapa Qisya ni anti sgt dengan Arman eh...????
Share this novel