Qisya Zahara telah siap mengenakan blouse berwarna mustard dan seluar potongan bootcut putih sebaik sahaja Arman melangkah masuk ke dalam bilik.Selesai solat subuh berjemaah bersama ahli keluarga tadi,Arman memulakan rutin hariannya seperti biasa.
Melihat kelibat suaminya masuk ke dalam bilik,laju tangan Ara mengambil shawl yang berwarna mustard tersebut dan disarungkan di kepala.Arman sempat mengerling Ara yang sedang bersiap di hadapan cermin dan langkah dibawa ke balkoni sambil tangan pantas membuka baju yang dibasahi peluh.
Kebiasaannya setelah selesai berjoging,dia akan menghilangkan peluh dengan menghabiskan masa di balkoni.Kedua tangan mendarat pada pagar balkoni.Pemandangan dari tingkat atas rumahnya itu diperhatikan sambil fikiran menerawang mengingat perbualannya dengan adiknya, Sasha semalam.
Kerlingannya kepada Ara sebentar tadi sempat menghadirkan senyuman ketika tepandang rantai leher yang dikenakan oleh Ara.
''Kenapa abang beli rantai,tak beli cincin...? Cincin kahwin abang dengan akak tak ada lagi tau'' Sasha bertanya hairan.Sasha hanya mengikut arahan abangnya yang meminta dia mengambil rantai tersebut di Kedai Emas Hakimin.
Arman membuka kotak hitam yang dihulur oleh adiknya.Ditilik rantai ditangannya sambil tersenyum.
''Cincin nanti majlis resepsi lah..abang nak beli macam mana,abang tak tahu nak beli besar mana'' . Persoalan Sasha yang satu itu diabaikan.
''Ala..kenapa tak beritahu Sasha nanti boleh Sasha ajak Aira temankan Sasha.Mesti Aira tahu saiz jari Kak Ara.'' Ujar Sasha.
''Okey jugak tu...jom kita pergi hari.Ajak Aira sekali.Jangan cakap kat Kak Ara pulak.
''Okey beres boss...nanti Sasha tanya Aira dia free ke tak''.
''Kenapa halus sangat rantai ni bang...kedekutnya abang ni...''
tambah Ara lagi seraya menilik rantai ditangan Arman''.
''Tak lah,dan dan elok je ni untuk Kak Ara.Buat apa besar-besar tak cantik''.
Arman tersenyum sendiri.Dia suka melihat leher Ara,ditambah lagi apabila Ara mengenakan rantai yang diberikan olehnya.Seperti yang telah diucapkan kepada isterinya semalam,Ara kelihatan seksi apabila mengenakan rantai tersebut.
Arman kemudian melangkah masuk.
''Nak gerak pukul berapa?''.Soal Arman sambil mencapai tuala.
''Nak terus pergilah ni,dah lambat ''.Ara yang telah selesai merapikan shawl mencapai beg tangannya.
''Tak sarapan dulu ke?''. Tanya Arman lagi.
''Tak sempat...dah lambat kan,berapa kali nak kena cakap...'' Ara mencebik geram.
''Tahu..tak payah cakap banyak kali...tunggu kejap,biar abang hantar.
Nanti kita sarapan sekali lah kat luar''.
''Tak payahlah awak...saya pergi sendiri je.''
''Abang tak nak ulang lagi dah..just wait''. Kata Arman sambil berlalu.
Ara menghempaskan diri ke sofa panjang.Dia tidak mampu untuk melawan Arman.Dia tidak boleh menidakkan hak suaminya,namun dia takut terbuai dengan layanan manja dari Arman,bimbang akan berakhir dengan kekecewaan.
Pagi itu mereka keluar bersama,sebelum menghantar Ara ke kafe,mereka singgah sebentar untuk bersarapan.Walaupun Ara menegaskan dia telah lambat,Arman langsung tidak ambil peduli,kerana dia tahu Ara cuma mahu mengelak daripada berada lebih lama bersamanya.
Arman sedia maklum Ara tidak sibuk pagi itu,kerana Arman sempat mendengar perbualan Ara dan Kak Tia semalam,Ara sendiri beritahu,kebiasaannya pada hari khamis dia akan bertolak lambat ke kafe melainkan jika ada sebarang tempahan.
*******
Ara berseorangan ke stor sukan untuk menyimpan sebiji bola yang yang tertinggal di padang setelah latihan bola jaring tadi.Nana ingin turut serta untuk temankan Ara tadi,tetapi Ara melarang,kerana Nana baru sahaja duduk melepaskan lelah.Dek kerana kesiankan Nana Ara memilih untuk pergi seorang diri.
''Aku tahu lah dia syok dekat kau.Kau pun sama jugak kan...''
Terdengar suara datang dari stor sukan setibanya Ara dipintu stor tersebut.Ara mematikan langkah.Suasana yang telah sunyi membuatkan Ara dapat dengar dengan jelas siapa yang bersuara,dan suara-suara lain yang turut ketawa membuatkan Ara yakin siapa yang ada didalam sana.Ara kenal suara tersebut.Ara bersiri tegak dan kembali menguping.
''Kau ni gila ke...apasal pulak kau cakap dia syok kat aku.'' Arman menyahut seraya ketawa berdekah.
Arman dan kawan-kawannya melepak melepas lelah setelah selesai menjalani latihan bola sepak tadi.Tiba-tiba sahaja Nazmi yang penyibuk membuka topik mengenai Zahara.
''Kau jangan nak buat gila ehh...jangan sibuk nak beli kes.Tak pasal-pasal kecoh pulak nanti.'' Tambah Arman lagi mengawal rasa gugup.Mulut Nazmi bukan boleh percaya.Dia bila dah bergosip,mengalahkan perempuan.
''Aahhh...yelah tu...kau tak payah nak tipu kitaorang lah,rapat semacam je korang aku tengok.'' kata Nazmi lagi.
''Kau jangan nak karang cerita Nazmi,bila masa pulak aku rapat dengan dia,tiap kali terserempak asyik nak bargaduh je..'' jawab Arman.Takkanlah si Nazmi perasan aku memang syok kat Ara.Teruk aku kalau betul dia tahu.Mahu sampai akhir tahun tak tutup cerita lagi.
''Bukan aku yang beli kes.Idayu beritahu kat aku tadi sebelum kau sampai.Dia cakap kau suka kat Zahara tu.'' Nazmi berkata.Ketika tiba untuk latihan bola sepak tadi,dia sempat bersembang dengan Idayu.
Ara membeku.Terdengar jelas namanya yang disebut.
''Kau jangan macam-macam la...aku tak minatlah minah beku macam dia'' Arman menaikkan suara seoktaf.Geram apabila dapat tahu Idayu yang membuat cerita.
Ara tersentak.
''Aku tak ada hati la dengan Zahara tu..apa la korang ni,dah dah...tutup cerita,aku tak nak ada sangkut paut lagi dengan dia.'' tambah Arman lagi.
Bola yang dipegang tadi terlepas.Ara pantas berlalu dari situ.Air mata ditahan daripada mengalir.Tidak peduli dengan bola yang belum disimpan itu.Jika ada pelajar yang nampak bila itu bola itu pasti akan dibawa masuk.
Betullah apa yang diucapkan Arman.Terngiang ngiang apa yang diucapkan oleh Arman sebentar tadi.Arman menganggapnya minah beku,dan Arman tidak mahu ada kaitan lagi dengannya.
Ara tidak sangka sebegitu benci Arman padanya.
Setibanya Ara di padang belakang sekolah,Siti menjerit kepada Ara,bahawa Abi telah tiba untuk menjemput Ara.Ara menahan kuat perasaan kecewa.
Ara berlari perlahan.Botol air dicapai.
''Korang..aku balik dulu ye,awal pulak Abi aku datang harini...'' ujar Ara.Rasa kecewa disembunyikan dengan bijak.Siapa yang tidak sedih apabila mendengar 'crush' pujaan mengeluarkan pernyataan seperti itu.
******
Idayu yang baru keluar dari tandas tanpa sengaja ternampak Ara yang berdiri di luar bilik stor sukan.Ara yang asyik menguping telinga mendengar perbualan antara Arman dan kawannya.Tanpa Ara sedar dia juga turut dipehatikan.
Idayu tersenyum melihat Ara yang kecewa.Idayu memang cukup cemburu dengan kedekatan Arman dan Ara.Walaupun mereka tidak sebulu,namun Idayu masih tidak berpuas hati.Dia tidak suka Arman rapat dengan mana-mana perempuan.
Sejak kejadian itu,Arman dan Ara tidak lagi terserempak dan bergaduh kerana Ara sebolehnya cuba mengelak daripada bertemu Arman.Dua bulan selepas itu Ara nekad untuk bertukar sekolah mengikut keluarga yang berpindah.Mengikut kesepakatan,Ara mahu menamatkan pembelajaran disekolah itu,tapi disebabkan tidak mahu berjumpa lagi dengan Arman,Ara tidak mahu lagi untuk meneruskan persekolahannya di situ.
Dia terlalu kecewa dan nekad.Ara juga berdoa semoga dia tidak akan bertemu lagi Arman pada masa akan datang.
Maaf lambat update.Enjoy reading.
Share this novel