Bab 4 : Balik

Romance Series 87834

Kuala Lumpur International Aiport 2 - KLIA2

Khaliff Arman melangkah keluar dari pintu keluar lapangan terbang (KLIA2) dan terus melangkah masuk kedalam kereta BMW X5 miliknya yang dipandu oleh adiknya.Berikutan keadaan trafik disitu kelihatan sibuk,Khai terus meluncur laju sebaik Arman menutup pintu kereta.

Semalam dia telah maklumkan Khairul Aiman untuk menjemputnya disini.Dia telah mengambil cuti selama 4 hari dan harus kembali semula kerana akan ada perlawanan pada hari mendatang.
Cuti yang ada ini akan digunakan sebaik mungkin.

Kerjaya sebagai seorang pemain bola sepak dipilih atas rasa minat yang mendalam namun begitu,kekangan untuk diluangkan bersama ahli keluarga sangat berkurangan.

''Nak makan dulu ke bro?'' soal Khai memulakan bicara.
Dia memandang sekilas Arman disebelah yang bersandar dengan mata yang tertutup.

'''Dah makan tadi sebelum take off,I think I just need some caffein and sweet''. Arman menjawab sementara mata masih tertutup.

''Okey cun..kita singgah di kafe kakak Que dululah kalau macam tu,kafe tu baru beroperasi lima bulan lepas,kau tak pernah pergi lagi kan?.'' saran Khai.

''Que Haidar bestfriend kau tu ke Khai??...bila masa pulak dia ada kakak,aku rasa dia ada adik perempuan je sorang,nama apa eh??...yang duk berhimpit je dengan si Sasha tu''. Soalan Khai dibiarkan tak berjawab,mata dibuka dan wajah Khai dipandang.

''Kau ni tak tahu apa-apa lah bang...meh sini nak cerita,Que tu ada empat beradik,dia sorang je lelaki,kakak dia dua orang,adik seorang,betullah yang berkepit dengan Sasha tu adik dia,Aira nama dia...cun jugak budak tu,kakak dia yang buka kafe ni lagi lah cun...hahahaha...'' panjang lebar Khai bercerita.

''Kalau tak silap aku Kak Ara ni sama umur je dengan kau bang,kau tak kenal ke??..dia sekolah sama dengan kita lah dulu.'' tambahnya lagi.

''Aku takde kenal pulak budak nama tu..Ara?? Tak kenallah..tak glamour kot,tu lah aku tak kenal,kah..kah..'' Arman tergelak kecil.

''Best student kot..takkan tak kenal,entah kau yang tak berapa nak glamour kot bang...kih..kih..kih...'' sindir Khai.

''Haa..haa...haa...''Arman tertawa mengejek.

''Kelakar lah tu,kau ingat sikit kau drive kereta sape ni,aku tinggal kau kat sini nanti balik jalan kaki lah kau'' ugut Arman lagi.

''Ampun seribu ampun abangku sayang,kau jangan buat gila bang,tak cukup kaki aku nak jalan balik nanti,tak boleh bergurau dah sekarang ni'' Khai mencebik.

Arman kembali merebahkan kepala dan menutup mata,cap yang dipakai ditarik menutup mata seraya berkata...''Dah dah..tak payah nak pasang muka sedih kat sini,aku nak relaks jap,nanti dah sampai kau bagitahu aku''.

Khai tersengih dan fokus dengan pemanduan.Dia mahu bagi peluang kepada abangnya untuk berehat sebelum sampai ke destinasi.

***

Cafe Sweet Sugar.

Tutt...tutt...

Deringan Galaxy Z fold 3 menarik perhatian Qisya Zahara yang sedang asyik mendeko kek yang ditempah oleh pelanggan tetapnya.Kek untuk majlis pertunangan itu diberikan sentuhan yang terbaik dari Ara.

Nama pemanggil ditatap dan segaris senyuman terbit dari bibir merah jambu Qisya.

''Hello Assalamualaikum Kak Jannah sayang''. Jawab Ara gembira.

Nur Jannah ialah sepupu akrab Ara,dia dan Kak Sara,iaitu kakak sulong Qisya seumur.

''Waalaikummussalam Ara sayang...rindunya akak kat Ara...''

''Ara pun rindu kak...''

''Ara...lusa akak bertunang tau,jangan buat-buat lupa pulak''.

''Iye..iye..akak,Ara tak lupa lah...esok Ara bertolak pergi sana,akak jangan risau Qisya dah kosongkan jadual Ara dua hari ni untuk balik kampung''.

''Wahhh..good girl,esok Ara dah sampai terus datang jumpa akak kat balairaya ye,akak keje lagi esok,sambil tu boleh lah kita lepak- lepak dulu.''

''Okey kak beres,nanti apa- apa Ara roger akak ye..Kak Sara dah sampai sana kan?''.

''Dah Ara..dia sampai pagi tadi,katanya umi dan abi gerak esok sekali dengan Ara kan?

''Ye kak esok kami berlima bertolak sekali''.

''Haa..jangan lupa tart telur kegemaran akak tu bawak balik sekali'.

''Hihi...iye akak sayang,Ara tak lupa lah,jangan risau lah''.

''Okey bye Ara...jumpa esok tau''.

''Okey bye akak..Assalamualaikum kak''.

''Waalaikumussalam Ara...''

Setelah perbualan itu terhenti,Ara cepat-cepat menyiapkan hiasan kek yang tergendala sebentar tadi.Setelah ini Ara mahu ke Butik Hanania mengambil baju yang telah ditempah untuk majlis pertunangan Jannah.

TQ for support.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience