Rutin harian Arman setiap pagi dan petang dia akan berjogging bagi mengekalkan stamina sebagai seorang pemain bola.Walaupun bercuti masih ada task yang harus dia selesaikan,lebih- lebih lagi dia ada perlawanan lebih kurang dalam 10 hari akan datang.
Sampainya dirumah semalam,mama Arman mengajak mereka adik beradik balik ke kampung kerana opah kurang sihat,tambahan lagi,kebiasaannya kalau mereka adik beradik berkumpul,mama memang akan suruh mereka balik kampung walau sekejap.Setelah Arman tamat sekolah menengah,mereka telah berpindah tinggal di Putrajaya kerana papanya yang harus bertugas di sana.
Masih terlalu pagi,selepas solat subuh di masjid tadi,Arman balik ke rumah dan salin pakaian dan terus berjogging,setelah selesai dia singgah sebentar dirumah atuk dan opahnya.
Jam menunjukkan pukul 7.45 pagi,disebelah rumah atuknya,kelihatan balairaya yang agak sibuk.Kebiasaannya pada waktu begini kanak-kanak yang bersekolah di Tadika Kemas akan dihantar oleh ibu bapa mereka pada waktu sebegini.
Arman duduk bertenggek di tangga umah bersama atuk dan opahnya.Mereka beramah mesra kerana telah lama tak berjumpa.
Sedang asyik bersembang,tiba-tiba atuknya bersuara,''Ya Allah...lupa pulak atuk,Jannah ada bagitau lampu dapur balairaya terbakar...kau tolong pergi tukarkan nanti Arman,serba salah pulak atuk nak minta tolong Si Zali tu,setakat nk tukar lampu tu''.
''Apalah atuk kau ni...dah berapa hari dah budak Jannah tu bagitahu,tu lah orang cakap terus telefon Zali tak nak,nanti nak jumpa kat masjid la apa lah,ni nak susahkan cucu sendiri pulak''.
''Ala...bukan susah pun sekejap je tu,tak sampai lima minit dah siap,dah nak lupa nak buat macamana''.
''Tu la suka bertangguh kan...dah tahu kita tu tua mudah lupa...kesian pulak budak Jannah tu tunggu punya tunggu takde orang pergi tukar ''.
Arman tersengih melihat kedua orang tua papanya itu bertikam lidah.Kalau tak dihentikan melarat pula nanti.
''Alah..takpe opah kerja senang je tu...buat apa ada cucu kalau nak tukar lampu terbakar pun tak boleh kan atuk...'' usik Arman.
'' Hurmmm atuk dengan cucu sama je...dahlah pergi panggil semua yang ada kat umah tu..datang makan kat sini,opah masak nasi lemak pagi ni...''
''Wahh bestnya nasi lemak opah terbaikk..'' puji Arman.
''Nanti man pesan kat mama,man nak balik mandi dulu..nanti Arman datang balik''. tambah Arman sambil berlari anak.
Jarak rumah mereka tidaklah terlalu jauh,cuma lima minit kalau berjalan kaki.Lagipun,kawasan itu rata-rata rumah sanak saudara mereka saja.
*****
Tepat pukul 12.00 tengahari Ara sekeluarga tiba di kampung.Ara meminta adiknya Que yang memandu singgah di Balairaya kerana dia ingin bertemu Jannah seperti yang dijanjikan.
''Achik...tinggalkan akak kat tempat Kak Jannah ye,nanti akak balik sekali dengan dia je,umi..angah turun sini ye..'' Hajjah Aminah yang telah sedia maklum bahawa Ara akan berjumpa Jannah dan akan kembali bersama Jannah petang nanti.
Dipandangnya Ara sekilas,''Kalau angah tunggu petang nanti dia balik tak boleh ke..jumpa kat umah nenek petang ni ke?? angah tu kan tak sihat...''
kata umi Ara.
''Takpe umi..Ara okey,tak lama pun Ara kat sini,nanti boleh je Ara rehat kat atas,lagipun Ara dah janji dah...Ara pun nak bagi tat telur kat dia.'' Jawab Ara lembut,berharap uminya tak terlalu risau.
''Takpelah kalau macam tu...jaga diri elok-elok.'' ujar umi mengalah.
Kereta diberhentikan dan Ara cepat-cepat keluar,sekotak tat telur kegemaran Jannah diambil dan terus dia menutup pintu kereta.Kemudian Ara melambai lambai kepada mereka yang didalam kereta sebelum melangkah masuk menemui Jannah.
Suasana di Tadika Kemas itu sunyi,Ara nampak kelibat Jannah dan terus melangkah masuk lalu memberi salam.
''Assalamualaikum...Cikgu Jannah...''.Ara tersenyum meleret.
''Waalaikumussalam...ehh Ara...akak ingat siapa la tadi,kenapa tak cakap dah sampai...kata nak roger-roger akak...''
''Hihi..sorry Ara saje je tak bagitahu sebab takut ganggu akak,sebab baru pukul 12 kan..mane budak- budak takde pun??
''Ouh...harini bagi balik awal sebab Kak Nurul ada kursus,sebab tu la..akak kena kerja juga harini.Eh,Ara dah makan? jom le makan sekali,pastu lepak-lepak kat sini kejap sementara akak setel kerja akak sikit..pastu kita boleh balik''
''Alhamdulillah...langkah kanan Ara ye kak..dapat merasa Mak Nab masak...'' kata Ara sambil memandang Mak Nab yang sedang menghidangkan nasi putih,sayur masak lemak dan ikan goreng serta sambal belacan.
''Alah Ara....lauk biasa-biasa aje,Mak Nab tak tahu Ara nak datang kalau tak Mak Nab masak special untuk Ara...''
''Macam ni dah cukup special Mak Nab...boleh menambah Ara macam ni..'' kata Ara seraya menyimpan tat telur.
''Nah akak...Ara dah bawak ni...kegemaran akak,makan puas-puas tau...'' tambah Ara lagi.
***
Selesai makan,Ara sementara menunggu Jannah menyiapkan tugasan yang tertunggak,sempat mereka bertukar cerita mengenai Ara yang telah putus tunang dengan Zarul.
''Eii Ara ni baik sangat kan..boleh je terima Zarul buat macam tu,mudah-mudah je kan''
''Bukan Ara baik kak,tapi sebab Ara faham keadaan dia,Ara dah anggap dia macam abang sendiri,Ara happy untuk dia sebab dia boleh bersama dengan orang yang dia sayang...''Jawab Ara panjang lebar.
''Dah tu kenapa akak tengok Ara ni lain macam je..akak ingat Ara frust menonggeng sebab dah putus tunang,akak memang terkejut sangat masa Sara cerita kat akak baru- baru ni.''
''Eh tak lah kak...Ara lega kot tak payah kawin dengan abang Zarul.Tak ada maknanya Ara nak tertonggeng frust sebab abang Zarul..tapi ada la rasa rugi seciput..abang Zarul tu dah la hensem''. Qisya menjawab selamba,dalam pada masa yang sama dia cuba mengabaikan fikirannya yang terawang - awang mengingat peristiwa petang semalam.Dia memilih untuk tidak membuka cerita itu kepada Jannah kerana dia masih terkejut dan belum bersedia untuk bercakap tentang perkara lepas.Dia bimbang jika akan ada isu yang akan Jannah bangkitkan nanti,jadi dia memilih untuk diam.
''Dah lah tu bergosip pasal Ara cepatlah setelkan kerja akak tu...Ara nak baring sekejap kat atas ye kak...tubuh Ara ni dah buat hal dah...''
''Ara okey tak ni? Dah makan ubat? '' Jannah sedia maklum akan kedaan Ara yang akan mengalami sakit kepala dan sengugut yang teruk pada awal period.
'' Okey kak..Ara dah makan ubat tadi..cuma Ara nak baring je sekejap'' .
'' Okeylah..pergi rehat dulu nanti nak balik akak panggil Ara.''
Ara berlalu naik ke tingkat atas dan masuk ke bilik solat,Ara membuka shawl yang membelit pada kepalanya,serta meleraikan ikatan getah pada rambutnya,kepalanya terasa berdenyut-denyut ditambah pula rasa pening kerana semalam dia tidak dapat tidur walaupun dia sangat keletihan.
Tak lama kemudian Ara terlelap dibuai mimpi.Mimpi disiang hari.
Masih berjinak dalam penulisan,mohon maaf jika terdapat kesalahan.TQ SUPPORT.
Share this novel