Bab 22 : Nasihat

Romance Series 87834

*****

Qisya Zahara duduk berseorangan di atas pangkin di luar rumah neneknya.Jauh dia mengelamun,mengenang kembali perbualannya bersama Jannah lewat petang tadi.

''Ara,akak minta maaf sebab akak ungkit balik kisah lama korang,bukan niat akak nak campur,tapi Arman yang mengadu kat akak,dia beritahu kamu minta nak berpisah.'' Jannah meluahkan rasa bersalah.

Baru-baru ini Jannah terserempak dengan Arman yang berada di rumah atok dan opahnya.Arman kelihatan tertekan,dan Arman berkongsi masalah dengan Jannah.Tidak seorang pun ahli keluarganya yang mengetahui mengenai keinginan Ara untuk berpisah.

Arman cuma mengatakan dia dan Ara akan tinggal bersama setelah selesai majlis di Putrajaya nanti.Buat sementara ini,biarlah mereka berjauhan dan keputusan Arman itu disambut baik oleh kedua ibubapa dan ibubapa mertuanya juga.

''Jangan buat keputusan ikut perasaan Ara,akak tahu hati Ara memang ada pada Arman,tapi akak tak faham kenapa Ara buat keputusan sedrastik tu..''

''Dia tanya akak,kenapa Ara nampak berdendam sangat dengan dia?
Dia bagitahu yang Ara tak suka dia...sebenarnya kan,dia ada tanya akak,patut ke dia ikutkan aje permintaan Ara tu,sebab Ara macam tak happy dengan dia,semua benda yang Ara buat macam terpaksa buat.''

Mata Ara terbuka luas,inilah yang paling ditakuti,walaupun dengan sombongnya Ara meminta perpisahan.Air mata yang menitis diseka seraya menggeleng laju.

''Ara tak maksudkan macam tu kak,Ara nak mintak masa dan ruang,akak tahu kan semua ni terlalu mendadak...''

''Ye Ara..akak tahu,akak faham...akak faham sangat Ara,dah dah jangan sedih sedih lagi...sebab tu akak cerita pasal kes bilik sukan tu,akak dah cerita semua kat dia''.

''Dia cakap Ara salah faham,Arman nak explain kat akak,tapi akak rasa baik Ara sendiri bincang dengan dia.Tapi Ara kena lah luahkan semua,kalau Ara tak beritahu,dia takkan tahu then macam mana dia nak explain.''

''Tak tahu lah kak,Ara takut kak,Ara takut Ara bertepuk sebelah tangan,Ara tak tahu sama ada Ara boleh percayakan dia.''

''Talk Ara...Ara kena berdepan dengan dia,kalau tak semua ni takkan selesai,kalau sayang show it,kalau rindu say it...he's your husband now,bukan budak nakal yang selalu beradu mulut dengan Ara masa kecik kecik dulu''

''Tapi kak...Ara dah seminggu tak jumpa dia kak,dia pulak macam nak mengelak'' ujar Ara.

''Dia cakap dia nampak Ara dengan lelaki lain depan pintu masuk kafe Ara dan Ara nampak happy sangat,he think you might have someone else,sebab tu Ara nak berpisah.''

''Hah?? lelaki?? pintu kafe???'' Ara terkejut,laju sel sel otaknya mencerna apa yang Jannah beritahu.Dan Ara lantas berkata...

''Abang Zarul!! Memang abang Zarul ada jumpa Ara minggu lepas,dia ada tempah kek untuk sambut birthday anak saudara dia.''

''Tu lah ...semua ni salah faham je Ara,come on...face it and fix it.''

''Dah..dah...akak boleh tolong nasihatkan aje,selebihnya Ara dengan Arman kena selesaikan sendiri yer,jom lah kita balik,lepas isyak akak datang rumah nenek ye,boleh tolong apa yang patut.''

Kata Jannah seraya menepuk bahu Ara lembut...

''Tak payah monyok lagi dah esok nak naik pelamin takde seri nanti'' sempat Jannah mengusik apabila melihat Ara tidak berkutik.

Ara tersenyum malu,lantas berdiri dan mengikut jejak Jannah dari belakang.Ara pulang ke kampung bersama Que,sementara abi umi dan Aira telah bertolak awal pagi tadi.Abi menyuruh Que menunggu Ara selesaikan urusan di kafe terlebih dahulu dan pulang ke kampung bersama.

''Angah...buat apa sorang-sorang kat sini..?'' abi yang baru tiba melabuhkan punggung disebelah Ara bersuara.

''Eh abi...takde buat apa abi,saje je nak ambik angin kampung..lagipun angah nak tunggu kak Jannah ni,dia nak tolong pakaikan inai nanti.''

''Ouh...angah okey ke?''

''Nak share apa-apa tak dengan abi..?'' sambung abi lagi.

Ara memandang abi hairan.

''Kenapa abi cakap macam tu,angah okey abi.''

''Sebenarnya Arman ada call abi keesokkan hari selepas angah bermalam kat rumah papa dan mama dia,dia minta abi tengok-tengokkan angah,dia minta maaf sebab nak kena susahkan abi jaga Ara.'' jelas abi

Ara terpegun.Maknanya pada hari kejadian juga Arman membuat panggilan pada abi.

''Abi tak tahu apa masalah angah dengan Arman,tapi benda yang dah lepas tu biarlah berlalu angah,abi perasan angah seminggu ni termenung je,abi tunggu jugak kalau angah nak kongsi apa-apa dengan abi,angah dah jadi tanggungjawab Arman tahu tak,angah dah jadi isteri yang sah.Macam mana?? Dah sebulan angah bergelar isteri,angah masih perlukan ruang ke nak terima semua ni?'' panjang lebar abi bersuara.

Jeda.

Ara terdiam.

''Apa yang dia dah cakap kat abi?'' soal Ara soalan abi dibiarkan sepi.

''Tak ada apa,itu aje,cuma dia ada cakap semua yang terjadi terlalu mendadak,dia nak bagi angah masa,sebab tu dia minta abi tengokkan angah.''

''Jadi kami semua ambil keputusan nak diamkan aje,kalau suami angah dah buat keputusan macam tu,kami tak keberatan nak ikut asalkan tak memudaratkan mana-mana pihak.Tapi jangan lama-lama sangat,angah nak masa dan ruang angah dah dapat sebulan ni,abi harap dah cukup masa yang dia bagi'' tambah abi lagi.

''Malam selepas kejadian kamu ditangkap tu,Arman ada jumpa abi malam tu,dia minta izin dengan abi nak jadikan kamu isteri,dia cakap dia memang suka kat angah,dia dah kenal angah masa zaman sekolah.Bukan sebab dia nak jaga air muka dia ke apa.Kalau abi tak izinkan dia boleh aje bayar denda tu dan masalah ni selesai,cuma masih nak kena naik turun mahkamah.Tapi abi izinkan jugak sebab abi nampak dia bersungguh sungguh.Abi boleh rasa dia betul betul ikhlas nakkan angah,takkan abi nak pertaruhkan hidup angah macam tu aje.''

''Angah rasa macam mana? semua ni satu kesilapan ke? abi silap buat percaturan ke? angah nak macam mana? angah tak nak teruskan ke?'' soal abi tanpa berlapik lagi.

''Abi nak angah bahagia...''

''Dia ke yang suruh abi tanya angah?'' soal Ara lagi.Ara fikir mungkin Arman mahu mengabulkan permintaan Ara baru-baru ini.

''Eh...tak.. Arman cuma pesan macam tu je kat abi.Soalan ni dari abi sendiri,abi nak bantu angah...''

Fuhhh...Ara melepas rasa lega dan terus menyambung...

''Angah rasa angah kena jumpa dan selesaikan semua ni dengan dia...''

''Baiklah kalau macam tu,abi harap angah dapat buat keputusan yang betul.Abi harap abi tak salah percaturan.Buanglah rasa ego angah tu,jangan terus mengelak macam ni.Sorang ke sana sorang ke sini macam mana nak selesaikan masalah.''

Ara diam.Egokah dia..? Ara cuma terlalu takut untuk mengambil risiko,risau jika Arman hanya mahu mempermainkannya.Nasihat abi dan Jannah sedikit sebanyak membuka pintu hati Ara untuk menerima Arman seikhlasnya.Tapi...ikhlaskah Arman dengannya??

''InshaAllah abi...angah akan ingat pesan abi.Angah minta maaf abi,sebab menyusahkan abi''. Ucap Ara sambil menyambar tangan Haji Zainal dan dikucup lembut.

''Angah tak menyusahkan pun,cuma abi harap apa-apa yang jadi janganlah pendam,luahkan..abi sentiasa ada untuk anak-anak abi.''

Belakang Ara ditepuk lembut sebelum Jannah tiba dan memberi salam.

*

*

*

happy reading guys. tq for your support.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience