''Ara dah sedar?'' Terdengar suara yang tidak asing bagi Ara yang terkebil-kebil membuka mata.
''Kak Sara...kenapa akak ada kat sini??..'' Ara bersuara perlahan.Wajah umi dan adiknya Aira menerpa.Ingatan Ara kembali kepada kejadian sebelum dia tidak sedarkan diri,matanya bergenang kemudian air jernih kelihatan menitis ke pipinya.
Ara bangkit dari pembaringan dan duduk bersandar,dia masih terasa lemah.Pandangan dibawa ke sekeliling,diharap semua ini mimpi namun ada tiga wajah yang Ara cukup kenal,walau telah lama tidak berjumpa.
Kehadiran mereka bertiga buat Ara makin sedih kerana mengingatkan bahawa semua ini benar belaka.Sasha,yang berkawan rapat dengan Aira adiknya,Nek Mah dan Puan Khadeeja iaitu opah dan mama kepada Khaliff Arman.
Ya,Ara cukup kenal dengan ahli keluarga dan saudara mara lelaki itu.Cuma dengan Khai dan Sasha dia kenal cukup rapat kerana keakraban mereka dengan kedua adiknya Qayla Humaira Que Haidar.
Dengan Nek Mah juga Ara pernah bertegur sapa ketika Ara datang berjumpa Jannah di sini.Puan Khadeeja ibu kepada lelaki itu juga Ara cukup kenal walau tidak pernah bertegur sapa.
Tidak jauh dari mereka,kelihatan Jannah dan Mak Nab yang memandang Ara dengan pandangan yang cukup sayu.Mungkin mereka merasa bersalah dengan apa yang telah menimpa Ara pada petang ini.
Ketika Ara tidur tadi,Jannah mendapat panggilan dari Zee Bridal.
Jannah diminta datang kerana ukuran badan untuk baju
pertunangan Jannah telah hilang,kalau diikutkan petang nanti dia dan Ara memang akan singgah ke sana untuk mangambil baju,tetapi disebabkan kecuaian pihak bridal baju yang Jannah akan pakai petang esok belum di alter lagi.
Jannah tidak sanggup untuk kejutkan Ara untuk ikut bersama tadi,kalaulah dia bawa Ara sekali tadi,mungkin keadaan tidak akan jadi seburuk ini.
Setibanya umi Ara dan ahli keluarga yang lain tadi,Jannah menangis bersungguh-sungguh sambil menceritakan hal yang terjadi,Mak Nab juga ikut menceritakan perihal yang dia bertembung dengan Mak Senah dalam perjalanan ke kedai tadi.Mak Nab berniat untuk pergi sebentar sahaja untuk membeli keperluan untuk esok.Lagipun sebelum dia pergi dia telah menjenguk Ara di atas dan Ara masih lagi tidur.Mak Nab juga tidak tahu yang Arman akan datang,kalau dia tahu dari awal lagi dia tidak akan keluar.
Assalamualaikum...kedengaran suara membeli salam dari luar.
''Masuklah tok..'' Pelawa Jannah.
''Ara macam mana?''
'' Dia okey tok,dia baru sedar jugak tu.''
Tok Ketua mengangguk seraya melangkah masuk,diikuti Haji Zainal ,Tuan
Khaleed,Khai,Que,Arman dan atoknya Tok Din.Mereka baru sahaja selesai berbincang di masjid sebentar tadi,dan setelah mencapai kata sepakat,mereka datang untuk memaklumkan perkara tersebut.
Setelah semua yang ada disitu duduk.Tok Ketua memulakan bicara,
''Macam ni lah,disebabkan sekarang dah lewat,kata sepakat pun dah dicapai.Setelah kami berbincang tadi,mengikut jalan cerita masing-masing ini hanya salah faham.''
''Walaubagaimanapun,mengikut pandangan saksi yang ada tadi hal ini tak boleh didiamkan begitu sahaja.'' ucap Tok Ketua tanpa bertele-tele lagi.
''Jadi Arman...Ara...esok kamu berdua ke Pejabat Agama,eloklah kamu berdua dinikahkan esok,tanpa tangguh-tangguh lagi supaya hal ini tak dipanjangkan.''
Ara menggenggam kuat kedua tangan uminya,kepala disandarkan pada bahu umi dan dia melepaskan tangis kuat disitu.
'' Ampun umi...ampunkan angah umi...angah tak ada buat apa-apa umi,kenapa angah kena nikah...'' luah Ara tersedu sedan.Hajjah Aminah hanya mampu membisu,dia tahu kini disebabkan kebencian Senah padanya telah mengakibatkan anaknya terpaksa menanggung semua.
Kemudian Haji Zainal muncul dan menepuk belakang Ara perlahan,
''Abi..ampunkan angah abi,abi...angah tak buat apa-apa abi,tolong angah abi angah tak nak nikah,angah tak kenal pun dia siapa,kenapa angah kena nikah abi....tolong abi..''. Ara menangis pilu,semua yang ada disitu turut berduka dengan apa yang dihadapi oleh Ara.
'' Sabar angah...bawa mengucap banyak-banyak.Jom kita balik dulu ye,abi tahu angah tak buat apa,abi percaya angah.Jom balik dengan abi..dah dah jom kita balik''.
Haji Zainal cuba memujuk Ara,dia cukup faham dengan perangai Qisya,terlalu sulit untuk berbincang dengan keadaan emosi Ara yang tak dapat dikawal ketika ini.Qisya harus ditenangkan terlebih dahulu.
''Terima kasih tok,terima kasih semua,saya rasa eloklah saya bawa anak saya balik dulu.'' Tubuh Ara dibawa ke dakapannya,sementara disebelah kiri Qisya uminya masih lagi memegang tangan Ara.
Arman memandang Ara yang berjalan keluar,Arman tidak boleh biarkan hal ini tersebar, hal terbaik adalah dengan menikah.Hal ini mungkin akan buat Ara bertambah benci dengan Arman.
Bahu Arman ditepuk lembut,'' jomlah man,kita balik dulu...'' kata atoknya.
Semua yang berada disitu perlahan-lahan bersurai,masing-masing masih terkejut dengan apa yang telah terjadi.
***
Tok..tok..tok...
Arman mengetuk pintu bilik Khai lalu memulas tombol dan terus masuk.
''Khai..tolong abang boleh??.'' ucap Arman sambil duduk diatas katil Khai.
''Apa bang...amboi berabang abang bila nak minta tolong eh?''. Khai yang sedang asyik melihat telefon mengusik abangnya.
''Kenapa ..nak apa..??'' tanya Khai lagi,dilihat wajah abang nya seperti tidak boleh dibawa bergurau sekarang ini.
Ejekan Khai diabaikan.
''Kau bagitahu Que abang nak jumpa dengan ayah dia,kau dengan dia ikut la sekali,lepas maghrib nanti boleh?''
''Nanti aku cuba kol dia''.
''Eh bang,kau kenal ke Kak Ara tu?'' tambah Khai lagi.
''Yang aku kenal Zahara,aku tak tahu pula dia Ara yang kau panggil tu orang yang sama,yang aku tahu nama dia Zahara.Aku pun baru tahu semalam yang dia kakak Que dan Aira tu.''.Jawab Arman panjang lebar.
''Ntah lah bang,aku pun biasa panggil dia Kak Ara,aku tak tahu nama sebenar dia''.
''Eh,kau kol le Que tu,kalau dapat jumpa kejap pun takpe,nanti kau bagitahu aku apa -apa hal,aku nak pergi jumpa papa dengan mama kejap dekat rumah atok.''
Kata Arman sambil berlalu keluar.
***
Sementara di rumah Tok Din dan Nek Mah.
''Kamu jangan risau sangatlah Khaleed,mak dengan ayah kenal dengan budak Ara tu,semua tu salah faham,dah begitu cara diorang bertemu jodoh,nak buat macam mana.''
''Cantik budak tu,berbudi bahasa..dia memang dah biasa datang tadika tu,kadang-kadang mak tengok dia duk melayan budak-budak tu elok je,lagipun si Arman tu dah nak masuk umur 30 tahun dah,takkan tak nak kawin lagi''. panjang lebar Opah bercerita.
''Takdelah mak,saya bukan apa,risau jugak saya tengok budak tu tadi beria ia dia tak nak kawin.Tapi Arman pun diam aje,takde cakap apa pun.''
''Okeylah kalau takde cakap apa,kira dia setuju lah tu,elok sangatlah tu daripada dia duk melayan perempuan tak cukup kain tu,apa nama dia bang? eii minta jauh lah korang bermenantukan budak tu.''
tambah opah lagi.
''Eii. sampai ke situ pulak mak kamu ni,'' atok menambah.
''Terimalah dengan hati terbuka,lama-lama nanti okeylah diorang tu,untuk permulaan ni jangan paksa dulu,bagi diorang masa.InshaAllah akan dipanjangkan jodoh mereka.''kata atok lagi.
''Aamin..aamin...ayah,Deeja pun harap macam tu,Deeja pun berkenan tengok budak tu,cantik nampak baik pulak tu...abang nanti abang bincang lah dengan bakal besan abang tu,kita buat majlis lambat sikit lah ye,lagipun Arman nak kena balik Terengganu dah lusa ni,dia ada game tu.''.
ucap Puan Khadeeja.
Walaupun dia tak sempat menyapa bakal menantunya tadi tapi dia dapat rasakan Ara budak yang baik,melihat pada ahli keluarganya tadi,lagipun Puan Khadeeja kenal baik dengan Aira selaku adik kepada Ara itu.
''Yelah..yang tu nanti saya bincanglah,yang nak pergi nikah esok ni saya risau bakal menantu awak tu tak pergi nanti hah macam mana...''
sela Tuan Khaleed.
''Ishh abang ni...janganlah cakap macam tu,doa lah yang baik-baik''.
Marah ibu Arman lagi.
Tq for your support.
Share this novel