Bab 20 : Takdir

Romance Series 87834

Takdir berkehendakkan lain.Jauh Ara bawa diri,bayangan Arman tak pernah padam.Ya,Ara pernah menaruh hati pada Arman.Namun cinta budak hingusan yang berumur 12 tahun ketika itu tidak akan membawa Ara kemana.Ara pernah berkawan dengan lelaki lain selain Zarul,bekas tunang Ara.

Setelah Ara bertukar sekolah dan masuk ke sekolah menengah sehingga Ara belajar di Institut Pengajian Tinggi dan berada dalam alam pekerjaan,tentunya ada lelaki yang menaruh minat pada Ara.Tapi entah kenapa susah untuk Ara membuka pintu hatinya untuk insan lain.Ara hanya menerima separuh hati,tidak sepenuhnya.

Ara pernah juga couple dengan seorang lelaki namun hanya bertahan selama sebulan.Setelah kejadian itu,Ara tidak mahu lagi memikirkan hubungan dengan mana-mana lelaki.Sehinggalah Ara diperkenalkan dengan Zarul.Itupun kerana Zarul seorang yang cukup matang dan tidak terlalu memaksa Ara.Mereka seperti abang dan adik,juga boleh diibaratkan bagai kawan baik yang cukup rapat.

Sebenarnya Ara takut.Takut sekiranya dia akan makin jatuh sayang pada suaminya.Takut sekiranya kekecewaan pada masa lalu akan berulang.Hati Ara goyah setiap kali Arman menuturkan panggilan sayang.Begitu juga setiap kali Arman berada bersamanya.Itu belum lagi apabila menerima kucupan pertamanya daripada crush yang pertama juga merangkap sebagai suaminya.Apa sahaja yang Arman lakukan sentiasa membuatkan jantung Ara berdegup kencang,hanya Allah yang tahu Ara cuba menahan dengan sepenuh kudrat yang ada.Seperti ketika Ara tersedar waktu subuh pagi tadi,entah bagaimana Ara boleh berakhir dengan tidur didalam dakapan suaminya itu.

Bantal peluk yang diletakkan ditengah-tengah antara mereka lesap entah kemana,yang tinggal hanya dada bidang Arman yang tidak berlapik oleh seurat benang pun yang dipeluk kejap oleh tangan mungil Ara.Lengan kokoh Arman gagah menampung kepala Ara yang terlentok manja.Perkara yang lebih memalukan ialah ketika matanya bertatapan dengan Arman yang tersedar lebih awal daripadanya.Arman telah bangun lima 15 minit awal berbanding Ara,semestinya momen seperti ini harus digunakan sebaik mungkin.Wajah si isteri yang berada dalam dakapannya sekarang diperhatikan dengan penuh minat.

Setelah selesai bersarapan tadi,dalam perjalanan menuju kafe Ara,Ara meminta Arman berhentikan kereta miliknya di sebuah taman.Ara nekad mahu meluahkan apa yang terbuku dihati.Arman hanya menuruti arahan Ara dengang lapang dada.

Suasana di taman itu sudah lengang,hanya terdapat 4 orang yang sedang berjoging,ada juga segelintir yang sedang melayan kerenah anak-anak yang seronok bermain di taman permainan.Tambahan juga ada yang berteriak gembira melihat keindahan air tasik yang terbentang.

''Kenapa awak setuju kita nikah..?'' Soal Ara tanpa berbasa basi.

Arman diam,bibir melakar senyuman manis.Wajah putih Ara diperhatikan.

''Kenapa? kenapa kita kena nikah? awak tahu kan kita tak buat apa-apa.''
saya...'' sambung Ara lagi.

''Zahara...you better cut this crap...awak cakap apa ni? awak sedar tak apa yang keluar dari mulut awak? awak nak apa sebenarnya? apa yang awak tak puas hati sebenarnya...???'' suara Arman naik seoktaf.Muka merah menahan marah.Tiada lagi panggilan abang sayang.Ara seperti mahu mencabarnya.

''Ye..saya sedar...saya tahu apa yang saya nak,awak tu tak tahu apa-apa.Setelah berpuluh tahun kita tak pernah jumpa,tiba-tiba awak muncul jadi suami saya.Awak ingat saya boleh terima semua ni macam tu je ke??''

''So you can't accept this marriage...nak sangat jadi janda hurm??''

Zapp... Ara tersentak.

Soalan terakhir Arman menusuk jantungnya.Siapa yang nak jadi janda? Nikah belum sampai tiga minggu dah menjanda.

''........'' Ara diam.

''Jangan macam ni Zahara...kita dah nikah.Macam mana awak boleh sanggup minta saya lepaskan awak? awak ingat senang-senang je ke saya nak lepaskan awak?''


''Ya betul,kita tak buat apa-apa.Tapi saya tetap nak kahwin dengan awak,saya nak awak jadi hak saya.Saya tak nak hilang awak lagi,sebab berpuluh tahun kita tak jumpa,saya ambil keputusan drastik ni,walau awak nak benci saya sekalipun,bencilah.Saya dah jatuh sayang kat awak dari dulu.''

Ara yang menunduk mengangkat kepala.Mata Arman dipandang mencari sedikit keikhlasan.

''Trust me,I like you...sejak dari dulu.'' ucap Arman lagi.

''....and I don't wanna lose you again...tolonglah Zahara,jangan minta benda yang bukan-bukan.''

''Arman...sampai bila awak nak main-mainkan saya?''

''Seronok sangat ke...???''

''Bila masa saya mainkan awak? I'm damn serious right now!!''. Jawab Arman tertekan.

Ara terkedu.Hati dikuatkan supaya kekal utuh.Dia tidak mahu dikecewakan lagi.Memang dia tidak mempercayai apa yang diluahkan oleh Arman lagi.Fikirnya perbicaraan ini akan menyelesaikan masalah.Tapi Arman semakin liat mempermainkannya.

''Macam ni lah..awak fikir dulu...take your time,mungkin buat masa ni kita tak perlu berjumpa lagi.Saya tak sedia lagi.Saya harap awak faham.Permintaan mama awak semalam saya tak mampu nak turutkan lagi.Kita harap kita boleh tinggal dengan keluarga masing-masing buat sementara ni.'' Lancar Ara memberi usul.

Semalam ketika mereka berkumpul Puan Khadeeja mencadangkan supaya Ara terus tinggal bersama mereka,sementara keberadaan Arman disini.Ara tidak mengangguk mahu pun menggeleng.

''Tak ada apa yang saya nak kena fikir lagi dah...''
Arman berucap sambil menunduk.Sungguh dia kecewa dengan Ara.Namun dia harus rela menurut permintaan Ara.

''Okay...as your wish.Saya takkan ganggu awak.Stay where you wanna stay and do what you wanna do.''

''Puas hati awak Zahara...?? awak nak apa lagi???? kalau awak nak minta saya lepaskan awak so sorry... I won't...'' sela Arman sambil memandang tasik yang luas.

''.....'' Ara diam tidak berkutik.Ara tidak tahu apa sebenarnya yang Arman inginkan daripada perkahwinan ini.Arman tidak sukakannya,bagaimana dia dan Arman akan bahagia dengan hubungan ini.

Kunci kereta Ara diletakkan di atas meja.

''If you don't have anything else, you may go first, sorry, I can't send you there, I think I can fulfill your request now.'' ujar Arman lagi.Wajah Ara tidak dipandang.Tapi Arman sedar ketika Ara mengambil kunci kereta dan terus berlalu pergi.

Arman memandang kereta isterinya yang meluncur pergi.Telefon dikeluarkan dari poket dan terus menghubungi Sasha.Dia ingin meminta Sasha mengambilnya disini,seperti yang dirancang semalam,mereka akan keluar bersama hari ini untuk membeli cincin bersama dengan Aira.

*****

Ara mengambil keputusan untuk berlalu dari situ.Setiap bait kata yang keluar dari mulut Arman bermain di fikiran.

'Ikhlaskah apabila Arman apabila mengatakan suka? Kalau dari dulu dah memang suka kenapa dia ucapkan kata-kata yang menyakitkan itu? Aku sendiri yang dengar,bukan aku dengar dari mulut orang lain...apa kau nak sebenarnya Arman???' Desis Ara.

Sempat dia mengerling ke arah Arman tadi tapi Arman masih kaku disitu tidak berkutik.Tanpa sedar,airmata membasahi pipi.Ara tahu dia kejam.Tapi inilah yang terbaik.Semalam cukup menggembirakan Ara,selama bersama Arman,Ara cukup bahagia,dipanggil sayang,diberikan seutas rantai,tidur dalam dakapan suami dan saat bibir mereka saling menyatu.Ya,Ara cukup menikmatinya namun Ara tidak mahu terlalu leka dan terluka pada masa akan datang.

Apa yang dimahukan oleh takdir?

happy reading,tq for support.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience