*****
''Meh lah,tolong bonceng angah kejap,kalau angah tak sakit kaki angah boleh pergi sendiri je tau!!'' Ara sengaja berjauh hati,untuk meraih simpati Que.Ara meminta Que membawanya ke warung Cik Yah di simpang tiga berhampiran jalan besar.Jika balik kampung,memang Ara takkan ketinggalan membeli kuih kaswi di warung Cik Yah,Ara adalah peminat tegar kuih kaswi,lebih-lebih lagi dari warung Cik Yah.Dia tiada pilihan selain meminta bantuan Que.
''Angah boleh naik motor ke? Takpelah,biar Que pergi sorang je..''
''Alahh...angah pun nak ikut jugak,boleh je ni,kaki angah dah okey dah.''
''Angah...walaupun tak sakit,tetap kena rehat juga tau kaki tu.'' Umi sempat menyampuk.
''Kejap je umi...lagipun angah nak tengok kuih-kuih lain jugak,takpe eh umi,kejapp aje...'' Sambil membodek uminya,Ara cepat-cepat membonceng di belakang Que yang dari tadi lagi bertenggek di atas motosikal milik atoknya.
''Hurmm...biarlah dia minah oii...larang pun tak guna jugak tu,dah tak sakit tu tak boleh duduk diam lah,ada je tempat nak pergi.'' ujar nenek yang sejak tadi menjadi penonton tiga beranak itu.
''Hurmm...tak boleh miss kedai Cik Yah dia tu...'' Hajjah Aminah mengiakan kata-kata mertuanya sambil menggeleng kepala.
*****
Setelah selesai membeli kuih muih,Ara berjalan perlahan mendapatkan Que yang menunggu,langkah menjadi semakin perlahan apabila Ara terpandang susuk tubuh yang amat dikenali sedang beramah mesra dengan seorang perempuan yang Ara masih lagi kenal walaupun bertahun tidak berjumpa.Pandangan cuba dihaluskan untuk memastikan kesahihan mata yang memandang,risau tersilap orang.
' Ye...tidak silap lagi,betullah dia...'
'Apa yang mereka buat kat situ?'
'Apa yang mereka sedang bualkan sehingga tertawa sebegitu rupa?'
Zahara terkesiap.Bermacam persoalan yang timbul di benaknya.Panggilan Que mematikan lamunan dan bergegas Ara merapati adiknya.Ara berlagak selamba,dia tidak pasti samada Que perasan atau tidak apa yang dia nampak sebentar tadi,tapi melihat Que yang berlagak biasa,mungkin Que tidak tahu apa-apa.
*****
''Ara...marilah duduk dekat sini...'' Idayu mempelawa Ara yang baru sahaja berpusing setelah selesai membayar air sirap yang dipegang di tangan kirinya.
Ara tetap melabuhkan punggung di kerusi berhadapan Idayu dan kawan-kawannya.Ara berseorangan kerana tadi Siti dan Auni telah rehat terlebih dahulu,Ara yang meminta supaya mereka tidak menunggunya kerana dia tidak pasti bila dia akan kembali setelah berjumpa dengan Cikgu Salwa selaku guru kelas mereka.
Kalau ikutkan hati Ara tidak mahu duduk semeja dengan orang yang hipokrit seperti Idayu,namun Ara cuba untuk bertoleransi,orang dah pelawa baik-baik takkanlah dia mahu menolak,lagipun Ara tak punya alasan yang kukuh untuk menolak.
Setelah kejadian di bilik sukan lewat petang semalam,Ara berasa tanggapannya terhadap seorang yang bernama Idayu ini betul.Talam dua muka,hipokrit...dan semakin membuat Ara bertambah yakin adalah apabila Idayu tiba-tiba membuka cerita pasal Arman yang pergi kerumahnya semalam.
Bagi Ara tiada keperluan apapun untuk dia mendengar cerita berkenaan Arman setiap kali berjumpa Idayu,ada saja cerita yang mahu disampaikan,padahal Ara tidak pernah bertanya.
Dan apa yang membuat Ara terkejut adalah apabila Idayu mengatakan bahawa Arman menyukainya.
Inilah sifat Idayu yang tak dapat Ara fahami,seperti Idayu sengaja untuk mendekati dirinya.Dan Ara juga dapat merasakan yang Idayu ada hati pada Arman...dan mungkin juga Arman juga mempunyai rasa yang sama.
*****
Share this novel