Pukul 9.30 pagi...
Kereta yang dipandu Que diparkir.Bunyi hand break ditarik menghentikan lamunan Ara.Semalam setelah dipujuk oleh abi dan uminya,akhirnya disinilah Qisya Zahara sekarang.Dia akan hadapi ini,tapi dalam hatinya memberontak hanya Allah yang tahu.Ara terima dalam terpaksa.
Khaliff Arman bersandar pada kereta miliknya,dia dan ahli keluarganya baru sahaja tiba 5 minit yang lalu.Arman kelihatan segak berbaju t-shirt berkolar warna putih dan berseluar hitam,ditambah lagi kaca mata hitam membuatkan lelaki itu lebih bergaya.
Arman melihat Zahara yang keluar dari perut kereta,manis bebaju kurung
berwarna merah jambu lembut dan bertudung senada.Gadis tersebut hanya menundukkan pandangannya,orang yang berada disekelilingnya langsung tidak dipandang.Langkah Arman dibuka ke arah kereta yang dibawa Que,dia ingin bertegur sapa sebelum masuk ke pejabat.Kaca mata hitam ditanggalkan.
Haji Zainal setia memimpin tangan anak gadisnya,huluran tangan dari Khaliff Arman disambut mesra.
''Arman dah lama sampai?'' sapa Haji Zainal seraya tersenyum.
''Baru sampai jugak ni abi...umi..''. jawab Arman sambil memandang Haji Zainal dan Hajjah Aminah yang berada di sebelah kanan Haji Zainal.
Ara yang mendengar panggilan mesra abinya kepada Arman tersentak dan terus mengangkat kepala memandang tuan punya badan,tambah lagi apabila mendengar Arman membahasakan abi dan umi kepada ibubapanya.
''Belum apa-apa dah panggil abi..ikut suka hati dia je..''. gerutu Ara.
''Angah...termenung apa ni,salam lah dengan Puan Khadeeja,ibu Arman,ni Tuan Khaleed ayah Arman.Tegur Haji Zainal kepada anaknya itu.
Ara yang termalu sendiri kerana ditegur abinya lantas menghulurkan tangan kepada Puan Khadeeja.
''Aunty....'' ucap Ara lembut.
''Ara...panggil mama je,tak payah la panggil aunty''. Kata mama Arman kemudian melagakan kedua belah pipi Ara dengan pipinya dan memeluk Ara perlahan.Semua yang berada di situ tersenyum.
Ara terkedu.Kenapa semua orang kelihatan gembira,satu persatu wajah yang berada di situ dipandang.Kemudian pandangannya bertembung dengan 'si dia' cepat-cepat Ara menunduk.
''Jom lah kita masuk dulu,selesaikan apa yang patut.'' Tuan Khaleed bersuara.
***
Ara telah sah bergelar isteri kepada Arman.Setelah ini mereka semua diminta berkumpul di rumah Tuan Khaleed sebagai pertemuan antara keluarga kerana hal ini terlalu mendadak dan mereka belum sempat bertemu antara satu sama lain.
Dalam perjalanan ke sana,sekali lagi abi mengingatkan Ara berkenaan tanggungjawab sebagai seorang isteri.
''Angah...ingat apa yang abi pesan semalam,walaupun cara pernikahan angah tak sama macam orang lain,tanggungjawab tetap sama,angah kena jaga air muka abi dan umi.Sekarang angah dah jadi tanggungjawab Arman,abi doakan kebahagiaan angah dan Arman sampai syurga.''
''Keras macam mana pun Angah,suami tetap kena hormat.'' tambah abi lagi.
''InshaAllah abi...Ara akan ingat pesanan abi.'' Suasana hening sehinggalah mereka sampai di rumah Tuan Khaleed.
Seperti yang dirancang,mereka sempat beramah mesra,Opah dan Atok juga ada di situ,selain itu,Kak Sara dan suaminya juga ada sekali.Kamarul,selaku anak sulong kepada Tuan Khaleed dan Puan Khadeeja juga baru tiba dari Johor,setelah mendapat khabar Arman akan menikah pada hari ini dia terus membawa isteri dan dua orang anak kembarnya balik ke kampung hari ini.
Selesai makan tengahari,Aea dan Kak Sara membantu mencuci pinggan di sinki.Sementara yang lain-lain masih sibuk mengemas apa yang patut.Hanya mereka berdua dan Sasha serta Aira mengelap pinggan mangkuk yang telah dicuci sambil bersembang riang.
''Lepas ni akak nak terus pergi rumah nenek,kesian kat Jannah tak ada orang temankan.''
''Ala..akak kesian kat Jannah je,Ara lagi kesian tau tak,Ara bingung lah kak..apa Ara nak buat ni.''
''Ara...Ara...nak kesiankan apanya...Ara dah ada suami pun,hensem lagi,keluarga mertua pun seronok terima Ara sebagai menantu,Ara patut bersyukur tahu tak?''.
''Akak...akak memang tak tahu apa-apa,sebab tu lah akak boleh cakap macam tu.''
''Sara oo... Sara...ni Rayyan nangis ni,umi rasa dia nak tido ni,duk panggil mami...mami dari tadi.'' tiba-tiba terdengar suara umi memanggil.
Hajjah Salmah muncul di dapur diikuti Arman yang mendukung Rayyan yang sedang menangis.
''Pak Ngah nye dukung pun tak mau berhenti jugak...umi nak ambil pun dia tak nak,di cari daddy nya kot ni,kemana entah budak-budak ni.
Ara lantas berpaling,sebaik mendengar nama pak ngah,tapi apabila mata bertentang dengan Arman,wajah langsung dipalingkan.
''Ala anak mummy kesiannya...Ara,akak tidurkan Rayyan dulu ye.'' Sara terus mendapatkan anaknya tanpa menunggu jawapan Ara.
''Maaf lah Arman,Rayyan ni memang macam ni bila dia nak tido...'' sapa Kak Sara lembut.
'' Eh takpe kak,penat sangat ni kot''. Kata Arman sambil tersenyum.
Sahara membalas senyum dan berlalu keluar dari dapur.
Arman mengambil tempat Sahara,berdiri di sebelah Qisya.Tangan laju membilas pinggan yang telah disabun oleh Ara sambil laju Arman meluncurkan pertanyaan,''Zahara...or Qisya Zahara...where have you been missing all this time?'' tangannya lincah membilas pinggan namun pandangannya tajam menatap wajah Qisya.
Qisya terperanjat,sangkanya Arman terus keluar setelah menghantar Rayyan ke dapur tadi.Qisya lantas berpaling ke belakang,sosok Sasha dan Aira tidak kelihatan.Jadi cuma tinggal dia dan Arman sahaja di dapur ini.
Kembali dipalingkan wajahnya menatap Khaliff Arman...dengan raut wajah bengis namun masih cantik ditunjukkan.
''Kenapa?? Kenapa kau sibuk nak tahu aku kat mana?? Kau nak main-mainkan aku lagi?...kau nak hina aku lagi,kenapa?? dah berbelas tahun,kau tak puas hati lagi ke??''. jawab Qisya.Nasihat abinya sudah dilupakan,geram mengenangkan apa yang terjadi padanya sejak semalam.Dihukum untuk kesalahan yang dia tak lakukan.Terpaksa menikah dengan orang yang kalau boleh dia tak mahu jumpa lagi dah sepanjang hidup dia.
''Your language is too rude baby,don't forget I'm your husband...'' Arman berkata sekadar mengusik.
''Husband?? rude?? apa yang kau dah buat lagi kurang ajar tahu tak,fikirkan status kau je,sampai aku yang terheret sekali kena kawin dengan kau,aku pulak kena berkorban dah kenapa...''
''Jangan garang sangat sayang...nanti saja-saja je kena cium kat sini kang'' tambah Arman lagi sambil ketawa.
''What??? nonsense...keluar lah sekarang keluar.'' Ara menjerit halus.
Wajah merah padam Ara dipandang,gadis inilah yang Arman rindui,gadis garang yang selalu je bertikam lidah dengan dia dulu-dulu.
Arman mengalah,kalau boleh dia memang nak usik Ara lagi,tapi dah nak masuk waktu zohor,dia harus bergerak ke masjid sekarang.
''Yelah...yelah...marah marah pun cantik...'' usik Arman lagi.
Lantas Arman mencuci tangan setelah tangan dilap kering,lengan Ara yang sedikit terdedah kerana di lipat oleh Qisya sebelum memulakan aktiviti mencuci tadi digosok lembut,kemudian ciuman singkat dihadiahkan pada pipi kanan Ara seraya naik ke telinga Ara yang dilitupi tudung,lalu berbisik ''See you baby...ni upah sebab garang sangat''. Kemudian Khaliff Arman terus berlalu pergi sambil tersenyum geli hati.
Ara yang tergaman masih membeku,apa yang dah jadi tadi,kenapa aku tak mengelak,desis Ara.Ara fikir Khaliff Arman masih macam dulu,suka bergurau berlebihan,dan akhirnya Ara juga yang kecewa.
Ara nekad,kali ini dia akan melawan habis habisan.Dia takkan biar Arman buat sesuka hati lagi.
tq for support,maaf sekiranya ada sebarang kesilapan dalam penulisan saya.
Share this novel