Bab 3 : Batal

Romance Series 87834

Setelah makan malam selesai,Qisya Zahara menatang air kopi didalam dulang ke beranda rumah,sebelum itu,Ara telah memaklumi umi dan abi supaya menanti dia di sana.

''Jemput minum,abi..umi..'' pelawa Ara.

Walaupun mengikut kesepakatan Zarul dan Ara,Zarul akan membawa mak dan ayahnya untuk membatalkan pertunangan,namun begitu Ara sedia maklum kepada abi dan umi supaya tiada salah faham.

''Apa yang angah nak bagitahu umi dengan abi ni..?'' desak umi tak sabar.

Abi masih lagi beriak wajah selamba,sementara umi memang sedikit kurang sabar.

''Abi..umi..esok abang Zarul dan mak ayahnya nak datang jumpa abi dengan umi,dia nak batalkan pertunangan.'' sekali nafas Ara meluahkan.
Walau merasa takut akan penerimaan orang tuanya,Ara kuatkan semangat.

Wajah keduanya dipandang,riak muka masing-masing menandakan ada persoalan yang harus dijawab.Sebelum terbit soalan demi soalan,Ara terus menyambung...

''Maaf abi,umi..abang Zarul ada jumpa Ara dekat kafe 2 hari lepas,dia dah jumpa calon lain,dia tak nak teruskan majlis kami tu''.

Ara juga menceritakan apa yang telah dia dan Zarul bincangkan ketika bertemu di kafe dua hari lepas.Dia berharap orang tuanya tidak akan mengadili Zarul dalam hal ini,dia mahu hal ini diselesaikan secara baik dan tanpa permusuhan.

''Maaf umi..Ara dah kecewakan umi''. tambah Ara sambil duduk bersimpuh disebelah uminya sambil mengambil tangan umi dan mencium lembut.Ara tahu uminya yang paling terkesan dengan kejadian ini,sebab umi risaukan anak daranya yang sorang ini,umur dah nak masuk angka 28 tahun depan tapi belum mendirikan rumah tangga lagi.

''Angah macam mana? okey ke?'' Hajjah Aminah bertanya sambil menggosok lembut kepala Zahara.

''Umi yang salah umi tak sepatutnya paksa angah terima Zarul...'' Ujar Hajjah Aminah lagi.

''Tak umi...jangan cakap macam tu,dah tak ada jodoh kami umi..Ara okey umi,umi jangan risau..'' sambung Ara.

''Bila mereka nak datang angah?'' Haji Zainal bersuara.

''InshaAllah...esok lepas Asar abi,Ara ada tempahan nak kena siapkan esok,abi dengan umi uruskan yang selebihnya ye abi...'' ujar Ara separa memohon.

''Tak apalah kalau macam tu angah...angah setelkan kerja angah,selebihnya abi uruskan.'' kata abi lagi.

''Terima kasih abi...umi...angah masuk bilik dulu ye..''ucap Ara lega.

Ara berjalan masuk ke bilik dengan rasa lega,tak sangka semuanya dipermudahkan,sangkanya orang tuanya akan marah tapi mungkin disebabkan perpisahan ini dari pihak lelaki makanya tidak ada apa yg harus dipertikaikan,orang sudah tidak sudi,untuk apa mereka memaksa.

*****

Krikkk....

Pintu bilik Ara ditarik perlahan,sebaik sahaja kaki melangkah masuk tangan Ara ditarik laju.

''Angah...betul ke apa yang Aira dengar ni? Betul ke abang Zarul ada orang lain? Betul ke akak dah sepakat nak putus?? Bertalu talu soalan dari Qayla Humaira.

''Eeii...apa ni...tak baik tau adik ni curi-curi dengar hal orang tua. Tak menyempat angah nak masuk bilik terus serbu macam tu aje''
Marah Ara pada adiknya sementara tangannya tak tinggal diam,dicubit perlahan pinggang adiknya.

''Aah...aahh...angah apa ni sakitlah,correction okey...Aira bukan curi dengar tapi Aira ter..deng...ar...bukan saja-saja nak dengar pun'' Jawab Aira sambil menggosok pinggang perlahan dan terus duduk bersila diatas katil Ara,tangan disilang kedada tanpa rasa bersalah.

''Elehh..yelah tu pandai je cari alasan nak selamatkan diri.Adik,angah penat sangat harini angah nak rehat je sekarang ni,boleh ye,nanti esok-esok angah cerita ye...esok angah nak kena kerja keras ni.''
Kata Ara sambil berlalu ke bilik air seraya menambah...''Nanti angah dah keluar dari bilik air angah tak nak tengok adik bertapa atas katil angah tu lagi ye.

Aira menghela nafas kasar,perasaan ingin tahu tergantung...Aira anak bongsu yang manja dan sedikit nakal,namun dia sangat lah memahami,keputusan Ara disambut hormat,terpaksalah dia mengheret kakinya keluar dari bilik Ara.

''Ala...angah...tak best tau,esok janji tau...jangan buat-buat lupa pula.''
Aira terjerit kecil namun sempat ditangkap oleh deria pendengaran Ara.

Ara yang berada didalam bilik air tersengih meleret mengenangkan wajah terkilan Aira.

tq support. maaf atas kekurangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience