Bab 1: Putus

Romance Series 87834

''Maafkan abang Ara...!!'' kata Zarul Hakimi.

'''Mungkin sampai disini saja hubungan kita,tak ada jodoh kita!!'' tambah Zarul lagi sambil menunduk lalu meramas rambutnya.

Suasana di Cafe Sweet Sugar itu kelihatan lengang.Hanya 3 buah meja sahaja yang ada pelanggan termasuklah Zarul dan Ara.

''Semudah itu? Majlis kita tak sampai 3 bulan,kita bertunang dah 2 bulan,semudah tu abang cakap kita tak ada jodoh?'' luah Ara.

Kalau ikutkan masih banyak yang ingin Ara luahkan,sesak dalam dada hanya Tuhan yang tahu,tapi Ara memilih untuk pendam.Mengenangkan keadaan mereka sekarang ini yang berada di kafe miliknya,sekuat mungkin Ara menahan rasa.

''Ara rasa Ara ada hak untuk tahu kenapa abang nak batalkan majlis perkahwinan kita,kenapa bang? Ara ada buat salah ke? Setahu Ara hubungan kita baik-baik saja selama ni,kita tak ada masalah.''soalnya.

Perkenalan mereka selama hampir 2 tahun sebelum ini membawa hubungan mereka kepada pertalian pertunangan kerana Zarul seringkali mengajak Ara untuk berkahwin atas desakan daripada orang tua mereka.Kerana itulah Ara pasrah menerima lamaran Zarul.

Sebenarnya Ara masih tidak bersedia mahu menerima lamaran Zarul,tetapi setelah didesak oleh abah dan umi Qisya terima dengan berat hati dek kerana Zarul dan Ara dah lama berkenalan.

Zarul Hakimi ialah anak kepada sahabat umi Ara,umi dan mama Zarul sememangnya telah merancang untuk menyatukan anak mereka supaya mereka dapat berbesan.Hampir 2 tahun Ara melengah lengah
kan waktu dengan mengatakan masih mahu mengenali Zarul.Disebabkan itulah Ara dan Zarul ditunangkan 2 bulan yang lepas.

Sekembalinya Zarul dari Sabah semalam,Zarul datang ke kafe milik Ara.
Seminggu selepas majlis pertunangan mereka baru-baru ini Zarul harus menetap di Sabah selama 7 minggu untuk menyelesaikan projek disana.Jadi hari ini adalah pertemuan kedua mereka setelah mereka bergelar tunang.Sangkaan Ara pertemuan hari ini adalah untuk berbincang mengenai majlis mereka,tapi perkara sebaliknya yang berlaku.

Penulisan pertama

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience