Bab 15 : Angau

Romance Series 87834

Keesokkan hari,Ara meminta Que menjemputnya di rumah Arman.Kerana semalam dia datang bersama Sasha.Sasha telah mempelawa untuk menghantar tetapi Ara menolak secara halus,khuatir akan menyusahkan adik iparnya.Lagipun dia telah memaklumkan kepada Que sejak semalam.

''Bye Ara...jangan lupa tau hari rabu ni..'' ucap Puan Khadeeja sambil melambai Ara yang telah masuk ke dalam kereta.

''InshaAllah mama..Ara tak lupa.Jumpa rabu ni ye''. Ara membalas lambaian seraya tersenyum.

Kemudian kereta yang dipandu Que meluncur perlahan keluar dari perkarangan rumah Arman.

Ara bersandar pada kerusi dan melepaskan keluhan berat.

''Kenapa kak..? penat ke stay rumah mertua..??'' Que bertanya tanpa memandang Ara.

''Tak..tak penat pun.Akak cuma letih,semua ni terlalu mendadak,kawin,tanggungjawab,keluarga mertua lagi.Kawin pulak dengan orang tak kenal''

Que memandang Ara hairan.

''Betul ke akak tak kenal abang Arman?...peliknya...hari tu masa achik dengan abi jumpa dia,dia cakap dia dah lama kenal akak.''

''Hah?? Bila abi dengan achik jumpa dia? Dia cakap macam tu ke?'' Ara lantas bertanya,mata terbuntang terkejut.Apa yang Arman dah cerita pada abi dan adiknya.

''Malam selepas kejadian tu.Abang Arman jumpa abi dan achik,Khai pun ada sekali Dia cakap dia kawan akak masa sekolah,cuma dia dah lama tak jumpa akak.Malam tu jugak abi kalau boleh tak nak bagi akak kawin,kalau boleh nak setel dengan cara lain.''

''Tapi abang Arman nekad nak kawin juga.Abi cakap kesian kat angah kalau sebab nak jaga nama abang je,tapi akak yang tersiksa.Abi kesian kat angah masa tu.'' Tambah Que lagi.

''Betullah apa yang akak fikir,sebab dia nak jaga nama baik dia,dia nak sanggup paksa akak kawin..'' Ara mendengus geram.

''Tak..bukan sebab tu...dia cakap akak dengan dia memang kawan,Cuma dia tak tahu kenapa akak cakap akak tak kenal dia.Dia merayu rayu dengan abi tau tak? Dia cakap akak crush dia...''

''Hahh?? Dia cakap macam tu kat abi? Eii apa masalah dia hah??''
Akak geram betullah kenapa dia suka nak cakap yang bukan bukan kat abi pulak.Abi pun kenapa lah mudah sangat percaya kat dia.''

''Sebenarnya dia tak bagi kami beritahu kat akak pasal ni.Tapi achik terlepas cakap pulak.Tapi betul ke akak tak kenal dia??'' tanya Que lagi.

''Tak akak tak kenal.Ikut suka achik la nak percaya akak ke tak.''. Ara memeluk tubuh.Hati rasa panas membara.Ara betul betul pelik dengan Arman.Apa yang dia mahu sebenarnya.
'Kau jangan macam-macam la...aku tak minatlah minah beku macam dia'

Kata-kata Arman suatu masa dahulu terngiang ngiang di minda.Cukuplah sekali Ara merasa terhina.
Ara belum bersedia lagi untuk berkongsi cerita lama antara dia dan Arman.Biarlah menjadi rahsia.

******

''Kak...kak...Kak Ara!!!'' Kina menaikkan suara seoktaf.Ara sedang mengelamun entah kemana.Sebab itulah panggilan Kina tidak bersahut.

''Iye..ye..ye..Kina..kenapa ni terjerit jerit,terkejut akak tau''.Ara yang baru kembali ke dunia sebenar menyalahkan Kina.Kina yang termangu diabaikan Ara.Wajah berpaling kembali kearah komputer.

''Kak Ara..kenapa ni,Kina tengok akak sekarang kerap termenung.Kina ketuk pintu tadi takde sahutan.Sebab tu Kina terus masuk.'' ucap Kina risau.

''Eh..takde apa lah Kina,akak ralit sangat tengok video ni.Kenapa Kina datang jumpa akak,ada hal apa''.Ara cuba menutup keresahan dihati.

'Sah sah lah Kak Ara ni dah angau ke? tadi dia jugak yang suruh aku datang jumpa dia bila free.Sekarang dia tanya aku pulak' Kina mengata Ara didalam hati seraya mengerutkan dahi hairan.

''Tadi akak cakap nak jumpa Kina kan?''

''Aa...aahh..yelah kan,lupa pulak akak.'' Kata Ara tersengih lalu menyambung.

''Tolong akak packing packing cheese tart,creampuff dan satu lagi....hokaido lah.Bungkus sekotak setiap satu,dan satu lagi kek yang akak deko tadi Kina tolong packing sekali.Dan yang baki tu masukkan je dalam peti kat depan ye.Akak balik awal sikit hari ni,ada hal.''

''Okey kak nanti Kina terus buat,ada apa apa lagi tak?''

''Takde Kina tu je..terima kasih Kina''.

''Sama sama kak,Kina keluar dulu ye..'' Kina lantas berpaling dan melangkah keluar.

Ara menepuk dahinya perlahan,kedua dua siku diletakkan di atas meja dan jarinya memicit kening.Memang harus diakui dia memang banyak mengelamun sekarang.Tak semena mena dia menjadi angau sekarang sejak menjadi isteri kepada Arman.

Ara menghembus nafas berat,apabila mengingatkan tentang Khaliff Arman,Ara merasa berapi api.Macam mana lah Arman boleh pergi melepas batuk di tangga setelah apa yang terjadi.

Seperti yang dijanjikan dengan mama,iaitu ibu mertua kepada Ara,hari ini Ara akan ke rumah keluarga mertuanya untuk menyambut ulangtahun kelahiran Tuan Khaleed bapa kepada Arman.

Ara telah berjanji untuk membantu mama menyediakan persiapan sambutan.Jam tangan jenama tissot yang berwarna keemasan dikerling,dalam setengah jam lagi dia akan bertolak.Ara masih boleh melepas nafas lega kerana mama memaklumkan Arman akan pulang pada hari jumaat.Jadi Ara tidak perlu pening-pening memikirkan bagaimana mahu menghadapi Arman.

Ara sudah cukup serabut berfikir tentang kewujudan gambarnya bersama Auni berada dalam simpanan Arman.Komputer ditutup,Ara segera mengemas apa yang patut,Ara mahu meronda keadaan kafe sebelum pulang.Walaupun Kina banyak membantu,tetapi Ara tidak mahu lepas tangan begitu sahaja.

*****

Happy reading :-))

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience