Bab 21 : Rindu

Romance Series 87834

Aira yang sedang asyik menonton drama Korea kegemarannya mengerling Ara sepintas lalu.Setelah mereka sekeluarga selesai makan malam tadi,Ara,Aira dan Que duduk bersandar sofa di ruang keluarga,sementara abi dan umi mereka seperti biasa menghabiskan masa di gazebo.

''Angah..kenapa monyok aje ni...rindu husbaby erkkk...??''
Aira mengalihkan pandangan kepada Ara seraya bertanya,jari telunjuk di cucuk cucuk pada bahu kanan Ara.

Begitulah tingkah Ara sejak seminggu lepas yang mengundang pertanyaan kepada seisi rumah.Suka termenung dan kelihatan tidak bersemangat.

Que yang asyik melayan game tersentak dengan pertanyaan berani mati Aira.Wajah kakaknya Ara dipandang,menanti jawapan yang akan terbit dari mulut Ara.

Qisya Zahara terkedu mendengar persoalan Aira.Perkataan 'husbaby' menarik minatnya.Terlakar kembali kejadian di taman seminggu yang lepas,setelah kejadian itu,Arman betul-betul mengotakan apa yang diminta oleh Ara.

'Rindu...??'

'Aku rindu ke...??'

'Dia pun apasal senyap je,dulu-dulu ada jugak whatsapp aku walau aku blue tick kan' aje'

Jari jemari yang bertaut berlapikkan sebiji kusyen di gesek sesama sendiri,antara tabiat Ara jika sedang berfikir.

Que dan Aira saling berpandangan.Riak wajah masing-masing hairan.Kebiasaannya kakak kedua mereka akan memekik marah apabila persoalan yang sebegitu diutarakan oleh Aira.Maklumlah,Aira sejenis manusia yang suka berkata kata lepas,cakap ikut suka mulu dia sahaja.

''Angah...angah ni dah kenapa...???''

Aira kemudian menepuk lembut tangan Ara untuk mengembalikan Ara ke dunia nyata.

''Aa...aahh kenapa Angah? angah ada apa-apa masalah ke?''

Que menyambung,Que bimbang melihat telatah Ara yang tidak seperti biasa itu.

''Tak...tak ada apa lah,angah okey je.'' Ara yang kembali sedar menatap kedua wajah adiknya dan menyambung..

''Angah letih sangat kot...sibuk sikit hari ni.''

Kedua insan yang penuh persoalan itu kembali berpandangan.

''Sibuk...???'' Aira bertanya kehairanan.

"Tadi masa makan Angah cakap hari ni tak ada tempahan,sebab tu angah balik awal petang tadi'' tambah Aira lagi dan diikuti oleh anggukan setuju daripada Que.

''Aa....ahhh??? Angah ada cakap macam tu ke?? Hihi...angah lapar sangat kot...hihi'' jawab Ara sambil menutup rasa gugup.

''Dah lah..angah dah mengantuk sangat ni,nanti apa pulak angah melalut nanti,angah masuk bilik dulu ehh''. Ara bingkas bangun meninggalkan dua beradik yang termangu itu.

******

Ara melangkah laju menapak ke biliknya dan laju tangannya mengunci pintu biliknya,kemudian menghempas tubuhnya ke tilam empuknya.Matanya memandang syiling.

Rindu....

Apakah yang sedang dialaminya kini.

Setelah seminggu tidak bersua dengan Arman,hatinya dipagut rasa sayu.Mungkin ada benarnya kata Aira.

Arman benar-benar mengotakan apa yang disarankan oleh Ara minggu lalu.Ara tertanya tanya kemana keberadaan lelaki yang bergelar suami itu selama seminggu ini.

Dua hari lepas ibubapa mertuanya beserta dua orang adik iparnya,Khai dan Sasha datang makan malam dirumah nya tetapi kelibat Arman tidak kelihatan.Dan mengenai kedatangan Arman,tidak seorang pun yang memaklumkan mengapa Arman tidak turut hadir,sedangkan tujuan mereka hadir adalah untuk membincangkan mengenai majlis Ara dan Arman yang akan diadakan di kampung terlebih dahulu untuk meraikan bersama saudara disana.

Ting..

Menandakan ada pesanan masuk ke telefonnya.Ara duduk diatas katilnya.

Telefon di capai dan dibuka pesanan daripada Jannah.

'Salam Ara,bila nak balik? pengantin lelaki da 2 hari kt kg,pengantin perempuan tak nmpk muka pun lg.'

Ara melopong setelah membaca mesej Jannah.Terus laju jari menekan gambar video dan panggilan video terus bersambung kepada Jannah.

'Assalamualaikum Ara....'

'Waalaikumussalam...kak..akak cakap Arman ada kat sana?''

Ara memang tidak berahsia dengan Jannah,semua hal berkaitan Arman dalam pengetahuan Jannah,sebab itu Ara tidak kekok bertanya mengenai Arman.

'Ha'a...betullah,dia dah dua hari kat sini.Ara bila nak balik?'

'InshaAllah kak,petang esok kot,lepas Ara setelkan tempahan Ara terus gerak balik,ni...akak ada kat luar ke kak?' Tanya Ara memandangkan Jannah yang bertudung dan kedengaran tidak seperti biasa.

'Ye Ara...akak ada kat kedai Pak Samad ni...'

'Laa yeke....maaflah kak,Ara ganggu,takpelah akak makan dulu nanti kita jumpa esok yer'

'Aa..ahh okey Ara,hati-hati tau esok' sempat Jannah memberi pesanan.

'Okey kak...bye kak,jumpa esok'

Ara lantas menekan butang merah.

Ara memegang kejap rantai pemberian Arman.Rupanya Arman telah berada di kampung.Ara berasa jauh hati kerana sikap Arman,namun ini adalah murni permintaan dari Ara sendiri tapi,apabila Arman mengambil tindakan sebegini Ara merasa tidak dihargai Ya,dia rindukan Arman,disebabkan ego yang menguasai,Arman membawa diri.

Ara takut sekiranya permintaannya untuk berpisah juga akan diturut oleh Arman.Sejujurnya Ara belum bersedia untuk berpisah.Dia berharap akan diberi peluang untuk memohon maaf.Ara terlalu larut dalam kisah silam dan pada masa yang sama menghancurkan kisah pada masa kini.
Baru seminggu berlalu Ara sudah rindu pada suami ekspresnya itu.

*****

''Kenapa Arman tak nak akak bagitau Ara Arman ada sekali dengan akak?'' Jannah bertanya pelik.Mereka keluar bertiga malam ini,Jannah,Arman dan tunang Jannah.Tadi sebelum Jannah menjawab panggilan Ara,Arman sempat memberitahu Jannah supaya merahsiakan keberadaannya di warung itu.

Sebenarnya Arman terlalu gembira dapat mendengar suara Ara sebentar tadi,bolehlah buat pengubat rindu.Mengenang kembali permintaan Ara membuat Arman geram,ditambah pula ketika baru-baru ini Arman ternampak Ara yang kelihatan gembira bergurau senda dengan seorang lelaki di kafe Ara.

Dua hari setelah kejadian di taman,Arman ingin bertemu Ara untuk memaklumkan kepulangannya ke kampung,dan Arman berniat untuk mengajak Ara pulang bersamanya.Tetapi apabila terpandang kelibat Ara dan lelaki terbabit yang bermesra di depan pintu kafe Ara,Arman mematikan niat tersebut.Niatnya ingin berbaik terbantut.

Ara nampak gembira bersama lelaki lain,tapi dia dibiarkan menahan rindu setengah mati.Bayangan lelaki tersebut yang membuka pintu dan dibalas dengan senyuman manis dari Ara semakin menambah rasa kecewa Arman.

''Tak ada apa lah kak...saje je,dia tahu dengan tak tahu tak ada beza pun kak,macam ni jugak'' Sahut Arman.

''Ala...kesian akak tengok kamu ni Arman.Tak payah sedih sangat lah,esok dah boleh jumpa dah Ara tersayang tu''. Jannah ketawa geli dan disambut mesra oleh tunangannya.

''Kak..saya cerita kat akak pasal saya suka dia tu bukan bermakna akak boleh main -mainkan saya eh''. kata Arman.

''Hahaha....iyelah,alah nak usik sikit pun tak boleh...''

"Dah lah tak ada apa lah...esok akak pujuk Ara suh baik-baik dengan kamu''

''Pasal lelaki yang kamu nampak tu nanti akak tanya dia esok,kamu jangan cepat sangat nak menuduh macam-macam.''

Panjang lebar Jannah memberi nasihat.

''Iyelah kak,kalau saya ni nak tuduh macam-macam takde lah saya bawak diri sampai kesini.'' tambah Arman lagi.

''Baguslah tu Man...mana nak cari lelaki macam ni zaman sekarang ni,limited ni...'' tunangan Jannah turut mengusik.Tunang Jannah merupakan seorang guru,juga merupakan kenalan Arman.

''Ala...apa la korang ni suka kenakan aku,nanti dah kahwin,rasalah sikit sorang'' Ujar Arman lagi.

''Dah..dah..tak payah nak monyok sangatlah.Nanti hilang seri pengantin,lusa dah nak naik pelamin dah...'' tambah Jannah sambil memandang Arman yang tersenyum manis.

*****

happy reading,maaf kalau ada typo,

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience