Tahun 2004
Musim persekolahan telah bermula.Kelas Zahara ditempatkan ditingkat dua.
''Ara kita lalu ikut tangga barat lah,lagi dekat'' kata Siti kepada Ara dan kepada dua orang lagi rakannya Nana dan Auni.
''Ok boleh je..'' jawab Ara.
Sejak sekolah bermula seminggu yang lepas,mereka berempat telah menjadi rapat.Sebelum ini mereka pernah kenal,tetapi baru sekarang mereka lagi dekat.
Keadaan di koridor tangga nampak meriah.Menjadi kebiasaan budak-budak lelaki akan menghabiskan masa disitu untuk menghabiskan waktu rehat.
Zahara kurang gemar melalui tangga barat sebenarnya sebab inilah.Terasa diperhatikan dan tak selesa.Disebabkan balik dari kantin tadi mereka singgah ke tandas dulu jadi lebih dekat menggunakan tangga sebelah barat.
Siti terlalu peramah,semua yang ada disitu ditegurnya.Entah apa yang disembangkan Ara pun tak tahu cuma suasana agak kecoh.Ditambah lagi sekumpulan pelajar perempuan mahu menuruni tangga.Ara yang berada di belakang tertolak dan hampir terjatuh.
Ara sempat berpaut pada palang tangga dan belakangnya terbentur badan sasa seseorang.Bahu Ara dipaut dari belakang.Ara berpaling.Terbelalak Ara melihat Arman yang berada rapat dengan tubuhnya.
''Eh apa ni pegang pegang..??'' jerit Ara dan terus menolak Arman.
''Oii Arman kau buat apa hah..?? takde orang lain ke kau nak kacau..???''
tanya Siti berang.
''Bila masa pulak aku kacau..aku tolong je lah,kalau tak jatuh sia sia je jatuh''. Arman menjawab sambil ketawa galak.Wajah Zahara dipandang.
Ara menjeling Arman geram.Kemudian Ara mengajak Siti pergi dari situ.Nana dan Auni mengikut dari belakang.
''Kau terlepas kali ni eh..'' kata Siti pada Arman.
''Hahaha...apa lah kau Siti,aku bukan sengaja pun''.. Arman menjawab sambil ketawa.
*****
Qisya Zahara tersedar dari lamunan.Selepas menghantar tempahan untuk pelanggan tersayang Ara terus balik ke rumah.Dia letih dan tidak cukup tidur.Sejak kejadian tangkap basah baru baru ini dia memang kurang tidur.
Ara bercadang untuk balik awal dan mahu tidur.Tetapi selepas waktu Asar tak bagus tidur,tubuh akan menjadi semakin lemah.Terpaksalah Ara mematikan niat.
Dan disinilah Ara sekarang,mengelamun sendirian di gazebo dirumah abi.
Mengingat amaran dari Arman semalam 'berkelakuan seperti suami isteri', 'no aku kau'.
''Dah tu dia nak suruh aku buat macam mana.Nak suh panggil 'abang'..eii geli geleman aku...'' Ara yang sedang duduk bersandar mendetak geli.
*****
Lapangan Terbang Sultan Mahmud.
Khaliff Arman selamat sampai di Lapangan Terbang Sultan Mahmud,Kuala Terengganu.Sementara menunggu sahabatnya Amir tiba,fikirannya menerawang jauh.
Zahara...dia cuma kenal Zahara dengan nama Zahara.Dia selalu nampak Ara yang tapi nak tegur dia rasa segan.Dengan budak perempuan lain okey saja bila bertegur sapa.Tapi entah kenapa dengan Ara dia tiada keberanian.
Sehingga suatu hari,sementara menunggu waktu rehat tamat,sedang asyik memerhatikan gadis yang diminati,Arman bertindak pantas memegang bahu Ara dan berdiri rapat dibelakang Ara.Tapi tindakan spontan itu membuatkan Ara bermusuhan dengannya.
Niat ingin membantu,tapi kena marah dengan Siti.Peluang untuk berkenalan hancur begitu saja,kesudahannya,setiap kali bertemu Ara mereka hanya akan bertikam lidah.Arman sendiri pun lupa apalah yang selalu digaduhkan dengan Ara.
Arman kembali ke dunia nyata.Tadi sebelum bertolak ke KLIA2,dia teringin bertemu isteri garangya itu.Tapi niat dibatalkan mengenangkan kata kata Ara semalam.
'Kononnya kenal aku sangat,tapi aku minat kat dia pun tak tahu,layan aku macam musuh' Arman bermonolog sendiri.
'Tapi kenapa dia kata aku mainkan perasaan orang..?'
Rambut panjang paras bahu diraup ke belakang.Pening Arman memikirkan Ara.Bila diajak bercakap Ara terus melenting.Jadi Arman mengambil keputusan untuk berikan Ara ruang selama ketiadaannya selama dua minggu ini.
Kelihatan kereta Amir meluncur laju masuk ke tempat mengambil penumpang.Arman melangkah cepat dan terus menerobos masuk ke dalam kereta.
''Sorry weii,aku tertidur tadi..'' kata Amir sebaik saja Arman masuk ke perut kereta.
''Aahh...rilex ah takde hal lah,aku baru jugak sampai''.Kata Arman yang memang murah dengan senyuman.
Tq support.
Share this novel