Qisya Zahara keluar dari bilik air.Kelihatan Arman telah siap berkain pelikat,sejadah juga sudah dibentangkan.Arman setia menunggu di birai katil.Pandang Arman tidak lari dari memerhatikan kelibat Ara yang sedang memakai telekung.Setelah dilihat Ara bersedia Arman bingkas bangun dan mengimamkan solat Asar mereka.
Selesai berdoa,Arman berpaling ke belakang,jarak antara mereka,didekatkan.Arman menghulurkan tangan kepada Ara.Tangan Arman dipandang sepi.Kemudian wajah Arman pula dipandang.Banyak persoalan yang bermain difikiran Ara.
Arman memberikan isyarat dengan mata supaya Ara menyambut tangannya dan Ara tidak punya pilihan,tangan Ara ditarik kembali namun terlalu kemas dalam pegangan Arman.
Ara temangu,wajah Arman dipandang sekali lagi,dan Arman menunjukkan isyarat supaya Ara mencium tangannya.Muka Ara kelihatan bengang,namun Ara tidaklah begitu jahil untuk bertekak selepas solat.Nak tak nak Ara tunduk mencium tangan suaminya menggunakan dahinya.
Laju kepala diangkat,tiba-tiba kedua pipi kanan dan kiri Ara dicium,dan diikuti dahi Ara.Lama bibir Arman mendarat di situ.Ara yang diserang secara tiba-tiba itu tergaman.Mahu berundur,tetapi kedua bahunya telah dipegang oleh Arman.Lantas dada Arman ditolak.
''Apa ni...kau buat apa ni..??? '' mata Ara menjengil kepada Arman.
''Eh,baru je sudah salam lepas tu terus tengking suami?'' Arman menjawab selamba.
''Jangan main-main lah Arman.Kau ni kenapa tiba-tiba muncul lepas tu buat aku macam ni...??''
''Qisya Zahara...what had I told you the last time we met?? Don't you remember?? Should I remind you??'' Pertanyaan Arman diabaikan oleh Ara.
Ara bingkas bangun telekung ditanggalkan dan disimpan.Shawl yang berwarna hitam disambar,belum sempat disarungkan ke kepala,tangan Ara ditarik lembut menghadap Arman.
''Apa ni..!!!'
Mulut Ara ditekup laju oleh Arman.Badan Ara ditolak rapat ke dinding.Tangan kiri memeluk pinggang Ara.Tindakan drastik Arman membuatkan Ara membelalak geram.
''Sshhh...sayang...kenapa jerit kuat-kuat ni..''
''Jerit lagi abang tak tutup dengan tangan dah lepas ni,abang ganti dengan mulut abang nanti''.
Jantung Ara berdegup kencang.
'Kenapa dengan Arman ni'
'Boleh sakit jantung aku kalau selalu dekat dengan dia ni.'
'Sakit hati pun ye...buat orang sesuka hati,siap ugut ugut lagi'
'Berabang sayang pulak ni'
Tangan Arman yang menekup mulutnya dipegang dan ditarik.Tangan Arman yang berada di pinggang ditolak halus.Turun naik nafas Ara.
''Okey..let's talk.'' Kedua dua tangan Ara menolak dada Arman kerana jarak mereka yang dekat.Ara cuba mengalah.Kudratnya tak boleh melawan tenaga Arman.
''Okey then talk'' Arman menyahut tanpa bergerak seinci pun.Mata tak berhenti memandang wajah cemberut Ara.Tangan kanan dan kirinya ditekapkan pada dinding belakang Ara.
''Eiii...tolonglah bagi aku ruang....''
Cupp....
Ara bingung.Matanya yang membulat menyapa mata sang suami yang bersinar.Terasa ada sesuatu yang basah menyentuh bibirnya yang terbuka.Kucupan yang sekejap itu terlepas.Arman menyatukan dahinya dan Ara,mata masih tak lepas pandang isterinya.
''Tahu tak apa beza dulu dan sekarang..??'' Suara serak basah Arman kedengaran sedikit berbisik.
Ara menggeleng lemah.
''Dulu walau kita pernah berada dalam keadaan macam ni,tapi abang tak boleh nak sentuh.Sekarang boleh lagi dekat,bukan setakat sentuh,lebih daripada tu boleh sayang...'' Melihat Ara yang tidak bereaksi, Arman laju menyambar bibir Ara buat kali kedua.Kali ini bukan sekadar kucupan biasa.
Ara pasrah.Tipu lah kalau dia kata dia tidak menikmatinya.Sentuhan lembut dari suami yang dia suka sejak dulu.Ara tak mampu menolak Arman,kakinya semakin melemah dan pegangan pada dada Arman diterlepas dan berpaut naik pada bahu.Tangan Arman laju memeluk Ara.
Ara tak sangka Arman masih mengingati momen mereka pada waktu dahulu.
''Zahara...Zahara...weii...tunggulah...'' Arman terjerit jerit memanggil Ara.
Namun Ara mengabaikan panggilan Arman.Dia tahu pasti Arman mahu memulakan pergaduhan.Lagipun sekarang Ara berseorangan,dan Arman bersama dengan kawan-kawannya.Ara sedikit segan walaupun geng-geng Arman tidak pernah mengusiknya seperti Arman melainkan Ahmad Nazmi.
Langkah Ara yang laju tidak dapat menandingi langkah panjang Arman.
Tiba di tangga koridor,Arman menghalang Ara dari terus melangkah dan Ara sedikit berundur.Kemudian Ara terbentur pada dinding dan terperangkap.Kedua tangan Arman menyekat Ara daripada lari.
Kejadian itu diperhatikan oleh rakan rakan kelas Arman yang sedang menghabiskan masa disitu.Mereka hanya diam memerhati,tanpa berbuat apa-apa.
''Kau ni aku panggil buat dek je kenapa? Kau tak dengar ke??''
''Tak..aku tak dengar..kenapa? Eii..tepilah tangan tu..aku malas nak gaduh dengan kau''.
''Tak..tak nak,nanti kau lari..''
''Tak..aku tak lari...tepilah dulu..''
''Tak..tak..nanti kau mengelat...''
''Dah tu cepatlah ada hal apa?''
''Kau ada perfume tak? Bedak ke? Ni baju aku ni kotor...''
''Kotor kenapa?'' Ara melihat ke arah baju Arman.Terdapat sedikit tompok yang basah.
''Budak-budak ni tadi bergurau macam mana entah,terkena air basi kat baju aku ni..'' Arman separuh mengadu kepada Ara.
''Apalah korang main-main je korang,tempat macam tu pun nak bergurau.'' Ara membebel sambil membelek baju Arman tanpa bersentuhan.
''Dah cuci ni kan...okeylah tu...''
''Dah..memang dah cuci,tapi bau masih ada lagi...eii..gelilah..cuba bau..''
Dadanya didekatkan pada Ara.
''Eeii..janganlah,tepilah dulu tangan tu..cakap biasa tak boleh ke??''
''No..no..no..nanti kau lari,aku panggil pun kau buat tak dengar,nanti kau lari..''
''Memang lah aku nak lari,aku kena ambik cologne dalam beg aku,tepilah...''
''Haa..cepat-cepat,pergi ambik,aku tunggu kat tangga atas eh''
Ara memang sentiasa membawa baby cologne didalam beg sekolahnya.Dia sudah terbiasa bawa ke mana mana,sebab kadang kadang dia akan terlupa pakai ketika bersiap di rumah.
Cologne di dalam botol kecil itu disuakan pada Arman.
''Kau bagi kering sikit air kat baju kau tu baru kau sapu,kat bahagian lain pun boleh sapu jugak,takde la bau sangat air basi tu''
''Kau ambiklah dulu,aku nak masuk kelas dah ni,Cikgu Ismail dah nak naik tu'' Ara bingkas berlari kecil masuk ke kelasnya.Ditinggalkan Arman sendirian disitu.
''Eh..eh dia ni memang suka lari macam tu'' Desis Arman.
Kucupan panas terlepas.Lamunan Ara yang tadi juga lari dibawa pergi.Kalau difikirkan hanya momen itu satu satunya momen dia dan Arman boleh berbahas secara baik.
Nafas keduanya terengah.
Muka Ara yang merah padam tertunduk.Ara terlalu malu untuk memandang Arman buat masa sekarang.
''No more aku kau please sayang..'' Arman berbisik ditelinga Ara.
''Abang tak nak ulang pasal benda ni lagi..''
Ara membisu dan menolak tubuh Arman dan mangambil shawl yang jatuh tadi.
Kaki laju melangkah ke arah pintu bilik.Hanya ini yang mampu Ara lakukan.Lari sejauh mungkin dari Arman.
happy reading mohon maaf untuk setiap kekurangan
Share this novel