Kereta Audi R8 meluncur laju masuk ke dalam perkarangan rumah milik Tuan Khaleed dan Puan Khadeeja.Setelah kereta tersebut dipakir bersebelahan kereta Honda Civic milik Ara.
Arman mengucapkan terima kasih kepada sahabatnya,Amir.
''Weii..thank you bro.Susahkan kau je hantar aku sampai rumah.'' ucap Arman.
''Aahh takde hal lah.Mujurlah kau sudi temankan aku balik sekali,kalau tak mahunya aku krik krik balik sorang sorang''. Amir Hakimi tersenyum.
''Eh..kau tak nak singgah dulu ke..??'' .
''Maaf bro lain kali lah,aku dah malas nak berhenti,nanti kalau dah rileks makin lambat pulak aku nak gerak.'' Amir menolak lembut sambil mengibas tangannya.
''Okey bro takde hal..'' Arman bersalaman dengan Amir setelah mengambil beg bajunya di tempat duduk belakang.
''Okey bro aku gerak dulu lah''. Amir meluncur keluar dari perkarangan rumah Arman.
Setelah kereta Amir hilang dari pandangan,Arman membalikkan mata ke arah kereta Honda Civic berwarna putih disebelahnya itu.Kalau tak silap itulah kereta Zahara.Desis Arman dalam hati.Bibir melakar senyuman,kepulangannya hari ini tidak diketahui oleh sesiapa,dia ingin membuat kejutan buat papa dan mamanya.Tidak disangka dia sungguh beruntung kerana dapat bertemu si isteri hari ini.
Langkah kaki dibawa kedalam rumah.Tangan mencapai gagang pintu tetapi belum sempat Arman menarik pintu,Puan Khadeeja menarik pintu terlebih dahulu.
''Eh...budak bertuah ni...cakap balik hari jumaat,mama pelik jugak tengok kereta si Amir tadi.'' Puan Khadeeja berkata sambil menepuk bahu Arman lembut.Riak wajah terkejut masih belum hilang.
''Ha..ha..ha..ala,Arman saje je nak surprise papa dengan mama,hari ni kan mama nak sambut birthday papa,takkan Arman sorang je takde''. Jawab Arman sambil mengekek ketawa.
''Yang lain-lain mana ma? Sunyi aje ni''. Mata Arman diperhatikan sekeliling.
''Belum sampai lagi..nanti sampailah kot''.
''Kat luar tu kereta siapa ma?'' Tanya Arman lagi,kalau betul kereta Ara,kat mana Ara sekarang.Mama pun takde cakap apa pun.
''Kereta...ouhh...kereta Ara.Mama lupa nak bagitau kamu,mama ajak Ara join sekali malam ni.Mama beritahu dia kamu balik jumaat.Nanti dia ingat mama tipu dia pulak.'' Kata Puan Khadeeja sambil menepuk dahi sendiri.
''Ow..yeke...takpe ma,yang tu biar Arman setelkan.'' Ucap Arman tersenyum riang.
''Man..jangan paksa dia sangat tau,bagi dia masa...ingat pesan mama ni,jangan usik lebih lebih anak dara orang tau''.
''Ala mama,mama ingat Man jahat sangat ke..?? Jangan risau,Man ingat pesan mama,lagipun anak dara orang yang mama cakap tu isteri Man tau...hihihi...mana dia ma??''
''Ish..budak ni...kalau dia lari balik siaplah Man.Dia ada kat atas,dalam bilik kamu,nak solat Asar.''
''Ha..ha..ha..okey lah ma,Man nak pergi jumpa buah hati kejap.Untung Man balik arini kan ma..'' Arman sengaja mengusik mamanya.Kaki melangkah ke tingkat atas.Tidak sabar mahu berjumpa Ara.
Kata kata Arman tidak dibalas oleh Puan Khadeeja Dia
cuma menjeling tajam kepada Arman.Kepala digelengkanPuan Khadeeja cukup kenal dengan anaknya itu.Seorang yang cukup suka mengusik,susah nak marah dan pengakuan Arman pada malam sebelum Arman dinikahkan dengan Ara itu mengundang bahagia dihatinya.
Dia mendoakan kebahagiaan dalam rumahtangga anaknya dan Ara.Arman mengatakan supaya dapat memberi dia peluang untuk bersama Ara.Bersungguh sungguh Arman menceritakan tentang kejadian pada tempoh hari,tiada apa yang terjadi antara mereka.Ara budak yang baik,dan peluang ini digunakan Arman sebaik mungkin untuk mengikat hubungannya dengan Ara.Arman tidak mahu kehilangan Ara buat kali kedua.
Dulu sebelum sempat dia menyatakan dia suka pada Ara,Ara mengelak dari berjumpanya.Dan tiba tiba pada suatu hari Ara tidak lagi bersekolah disitu.Apa yang Arman tahu pasal Ara hanya nama Zahara.Yang lain-lain dia tidak tahu.Nak bertanya pada kawan-kawan Ara,Arman segan. Sekarang,perasaan segan harus dibuang.Hati Ara akan ditawan.
*****
Pintu bilik diketuk perlahan sebelum tombol pintu dibuka.Sunyi.Pintu balkoni yang terbuka luas menerbangkan langsir yang berwarna putih itu.
Pandangan Arman dibawa ke arah katil.Terdapat susuk tubuh belakang Ara sedang berbaring mengiring menghadap ke balkoni.
Susuk tubuh itu dihampiri,beg yang disandang diletakkan perlahan di atas meja.Sampai ditepi katil,tubuh Arman yang tegap direndahkan.Kini,wajah Ara yang sedang terlelap selari dengan wajah Arman.Arman menarik nafas.Ketika Ara tidur dalam kereta dalam perjalanan mereka tempoh hari Arman tidak sempat meneroka wajah Ara seperti ini.Ketika itu keadaan cukup gelap.
Berbeza dengan sekarang.
Rambut panjang yang masih kelihatan basah.Ini kali kedua Arman melihat mahkota Ara itu.Pandangan dibawa ke mata yang tertutup.Bulu mata yang lentik jelas kelihatan.Hidung Ara yang mancung dan pipi yang gebu dan lembap semakin menggoda iman sang suami.Kemudian mata Arman tertancap lama pada bibir merah Ara.
Nafas ditarik geram.Arman bingkas bangun.Matanya terpandang pula dress labuh yang dipakai Ara terselak sampai ke betis.
'Aarrgghhhh....' hati Arman meronta geram.
'Parah aku macam ni...kalau aku cium budak ni maunya lancar perang dingin nanti'
'Aahhh...isteri aku kot,dah halal,lantak lah dia nak marah pun'
Arman yang bermonolog sendiri lantas berdiri.Dia mahu mengambil keputusan untuk mandi.Fikirannya harus dialihkan.Tuala didalam almari diambil dan terus kaki dibawa ke bilik mandi.
*****
Ara tersedar dari lelap.Kaki dijatuhkan ke lantai.Ara duduk ditepi katil sambil tangan mengurai urai rambutnya.Jam dinding dipandang,sudah 15 minit yang lepas masuk waktu asar,dan dia belum solat Asar lagi kerana tertidur.Ara tertidur lena,walaupun hanya sekejap terlelap Ara merasa telah tidur berjam jam lamanya.
KREKKK...
Bunyi pintu bilik air terbuka.Arman keluar dengan hanya melilit tuala disekitar perut.
''Dah solat Asar belum..??'' Arman memulakan bicara.Matanya menatap mata Ara sekilas.
Mata Ara terbuntang terkejut.Anak mata mengikut kelibat Arman yang membuka almari dan menyarung t-shirt putih.
'Aku mimpi ke ni'
'Macam mana dia boleh ada kat sini'
'Tiba-tiba keluar dari bilik air'
''Dah ke belum...?' Arman yang selesai memakai baju masih menunggu jawapan Ara.
Ara masih kebingungan.
'' Dah ke belum'' soalan yang sama diulang.
''Be..belum...'' Jawab Ara tergagap.
''Kalau belum pergilah ambil wudhuk,kita solat sama-sama.'' Arman mengarah.
Dan lantas Ara berjalan laju ke arah bilik air.
'Kenapa aku blurr sangat...apa dah jadi ni...'
Kemudian terdengar ketukan pada pintu bilik air.
''Cepat-cepat,buat apa lagi tu,dalam bilik air pun termenung ke?..Kata Arman.Sempat lagi mengusik.Mengingat muka Ara yang blur tadi buat Arman ketawa.
'Ish...macam tahu -tahu je apa aku buat'
'Hantu ke orang ni'
Ara cepat-cepat mengambil wudhuk.
Arman mencapai kain pelikat dan dipakai.Telefon bimbit diambil dan menelefon seseorang sementara menunggu Ara.Disebabkan Arman tak tahu akan berjumpa Ara hari ni,dia harus meminta pertolongan adiknya Sasha untuk mengambil sesuatu dari kedai sahabatnya.
*****
enjoy reading ; *
Share this novel