LAJU kaki melangkah masuk ke dalam rumah. Teguran Dahlia juga tidak diendahkan. Dzarin kelihatan amat marah. Pintu dihempas kuat.
"Ah!" jerit Dzarin sekuat hati. Merah padam wajahnya menahan amarah.
Dzarin mengeluarkan sekotak cincin berwarna biru gelap dari kocek seluarnya. Dia menggenggam kuat bekas itu.
"Kurang ajar punya orang tua! Kau belum kenal lagi siapa aku! Aku takkan lepaskan anak kau macam tu ajelah!" bentak Dzarin sendirian.
DARI JAUH, Dzarin melambai-lambai ke arah Halim. Halim terus berjalan menghampirinya. Dia tersenyum nipis sebelum melabuhkan duduk di atas kerusi.
"Maaflah uncle lambat. Lama ke Zar tunggu?"
"Eh, tak adalah. Zar pun baru aje sampai." bohong Dzarin.
Aku tunggu kau berjam-jam. Kau ingat aku ni kuli kau? Nasib baik kau ni bakal bapa mertua aku.
"Kita nak makan dulu ke?" soal Halim.
"Tak apalah kejap lagi. Uncle nak jumpa ni kenapa?"
"Oh... uncle nak bincang pasal Zar dan Hani."
Dzarin terus tersenyum lebar. "Pasal perkahwinan kami ke?" soal Dzarin dengan teruja.
"Itu yang uncle nak jelaskan pada Zar. Uncle tak pernah setuju untuk Zar bernikah dengan Hani."
Senyuman di bibirnya terus hilang.
"Abah Zar ada jumpa uncle. Dia cakap yang Zar kata Hani nak kahwin dengan Zar. Uncle tak nak Zar salah faham. Jadi, uncle kena jelaskan pada Zar." jelas Halim lagi.
"Ke-kenapa uncle tak boleh biarkan kami kahwin? Zar yakin Hani akan setuju." ujar Dzarin. Dia sedaya upaya mengawal amarahnya yang bakal meletus bila-bila masa saja.
"Zar... Hani bukan yang kamu sangkakan. Dia bukan jenis yang senang nak buka hati dia pada sesiapa."
Dzarin terus menepuk kuat meja. Halim terus tersentak. Mata mencerlung memandang wajah Halim. Dia mengetap rahangnya.
"Kalau uncle pujuk dia... mesti dia akan setuju. Kan?"
"Uncle tak boleh buat macam tu, Zar. Ini kan soal masa depan dia."
"Oh... uncle nak cakap saya ni tak layak untuk Hani?"
"Bukan macam tu, Zar. Uncle..."
"Memang betul cakap orang. Kita tak boleh buat baik sangat dekat orang luar. Dia orang ni semuanya kacang lupakan kulit."
"Zar..."
"Saya nak uncle kahwinkan saya dengan Hani. Kalau tak... uncle bayar semua kos rawatan yang saya dah tanggung sehingga sekarang."
"Dzarin! Apa kamu merepek ni? Kami tak pernah minta pun untuk kamu tolong kami. Kamu yang rela hati."
"Memanglah! Orang yang dah dapat duit akan cakap macam ni. Semua tak nak mengaku."
"Uncle rasa kamu dalam keadaan marah ni. Kamu tenangkan diri dulu."
"Saya tak main-main, uncle. Bayar or kahwinkan kami berdua."
SEKOTAK cincin itu dicampakkan ke atas lantai. Dia menggenggam buku lima. Bibirnya mengukir senyum sinis.
"Kau takkan terlepas macam tu aje, Halim. Aku akan make sure kau akan pilih juga untuk kahwinkan anak kau dengan aku." Dia ketawa besar.
**********
HAN DAL-SIK sedang berjalan ke bilik rehat kakitangan. Tiba-tiba, Hani berdiri di pintu bilik itu dan menghalangnya masuk ke dalam.
"Ya, Haniya! (Hei, Hani!)"
"Na neolang iyaginanugo sip-eo. (Saya nak cakap dengan awak.)"
"Mwoga? (Apa dia?)"
"Nan ne bimil-eul al-a. (Saya tahu rahsia awak.)"
Han Dal-sik ketawa kecil. "Maldo andoeneun soli geumanhae. (Stop cakap benda yang bukan-bukan.)"
"Dangsin-eun daetonglyeong-ui adeul, maj-jyo? (Awak anak Presiden, kan?)"
Han Dal-sik terkejut. Dia terus memandang sekeliling. Dia takut sekiranya ada orang lain yang mendengarnya.
"Neo eotteohge al-ayo? (Macam mana awak boleh tahu?)" soal Han Dal-sik, cuak.
"Neon al pil-yo eobs-eo. (Awak tak perlu tahu.)"
"Haniya, jeoege malhaejuseyo. (Hani, please bagitahu saya.)" rayu Han Dal-sik.
Hani tersenyum lalu menyilangkan kedua-dua belah tangannya.
"Geogjeongma! Jeoneun bimil-eun jikil geoyeyo. (Jangan risau! Saya akan simpan rahsia ni.)"
Han Dal-sik menghela nafas lega. "Gomawo. (Terima kasih.)" ucap Han Dal-sik.
"Geulaeseo jeoneun susul-eul cheolhoehaji anhseubnida. (So, saya takkan tarik diri dari pembedahan tu.)"
"Haniya..."
"Jal iss-eo, Dal-sik-i oppa. (Bye, Abang Dal-sik.)
Hani terus pergi dari situ. Han Dal-sik mengeluh panjang.
"Ani, nan mwongaleul haeya hae. (Tak, aku kena buat sesuatu.)" ujar Han Dal-sik pada diri sendiri.
***********
SEJAK KEJADIAN ITU, Zikri sentiasa mencari fasal dengan Sarah. Ada saja salah Sarah di matanya.
Hari ini merupakan hari penting bagi Sarah. Jika pembedahan ini berjaya, dia kemungkinan besar untuk dinaikkan pangkat.
Namun begitu, Sarah perlu menyelesaikan satu masalah paling besar yang pernah dia hadapi sepanjang hidupnya. Zikri.
"Saya tak rasa dia boleh buat, doktor! Lebih baik doktor bagi saya aje yang handle pembedahan ni." ujar Zikri, bersungguh-sungguh.
Dr. Amir memicit-micit kepalanya yang pening itu. Sudah berbuih mulutnya mengatakan bahawa dia tidak setuju tetapi Zikri tetap mengasaknya.
"Doktor... saya janji akan buat yang terbaik. Kita dah tak ada masa. Baik doktor buat keputusan cepat."
"Keputusan saya tetap sama. Sarah yang akan jadi pembantu saya."
"Tak boleh, doktor! Saya..."
Dr. Amir terus bangkit dari tempat duduknya. Dia berjalan mendekati Zikri.
"Awak tak boleh arah-arahkan saya. Saya ni ketua awak! Sebelum saya naik angin, baik awak pergi dari sini." ujar Dr. Amir dengan tegas.
"Tapi doktor..."
"Keluar!" halau Dr. Amir dengan nada tinggi.
Zikri menggenggam buku lima. Dia memandang tajam wajah Dr. Amir.
"Kenapa? Awak nak tumbuk muka saya?"
"Aku akan make sure kau menyesal."
Zikri terus keluar dari bilik Dr. Amir. Sarah yang berada di luar bilik itu segera menyorok di sebalik dinding. Tidak mahu dia bertembung dengan lelaki psiko itu.
"Entah apa lagi yang dia tak puas hati. Jealous lah tu aku dapat handle pembedahan tu."
Dr. Amir keluar dari bilik. Sarah segera mengejarnya.
"Dr. Amir!"
Dr. Amir terus berpaling ke belakang. "Oh, Sarah! Ya... ada apa?"
"Dr. Amir... tadi tu..."
"Hmm... tak habis-habis nak cari salah awak. Pening kepala saya ni."
"Dia cari salah apa lagi?"
"Dia nak saya jadikan dia permbantu saya. Mana saya tak mengamuk."
"Tak apalah... doktor jangan stres sangat. Kita ada pembedahan hari ini."
"Tulah... nanti kita jumpa kat bilik mesyuarat. Saya nak terangkan sikit pasal pembedahan tu sebelum kita mula."
"Baik, doktor."
Dr. Amir mengangguk sedikit sebelum beredar dari situ. Sarah turut mahu pergi tetapi tiba-tiba lengannya direntap kuat.
"Aduh! Sakitlah gila!" bentak Sarah. Membulat biji matanya melihat wajah Zikri.
"Zik-Zikri?"
"Yes, that's me. Aku ada surprise untuk kau."
"Apa maksud kau, hah?"
"Aku sebenarnya malas nak buat surprise ni tapi kau yang degil. Kau yang paksa aku buat benda bad lagi kat kau."
"Kau jangan nak main-mainlah, Zikri!"
"Takkan aku main-main. Jom, sayang!"
Zikri terus menarik lengan Sarah. Sarah meronta-ronta minta dilepaskan.
"Lepaskan aku, Zikri!"
**********
NAUFAL masuk ke dalam bilik kakitangan. Dia melihat Hani sedang fokus menelaah buku di mejanya. Dia berjalan menghampirinya.
"Dr. Hani..." panggil Naufal.
Hani mengangkat wajah. Dia tersenyum kepada Naufal.
"Hai! Sorrylah... saya busy sikit hari ni. Banyak buku yang saya kena study."
Naufal menarik kerusi di sebelah dan duduk di atasnya.
"Awak ni jangan push diri awak sangat. Santai-santai sudah."
"Ish, mana boleh! Ini pembedahan besar pertama saya tau. Pesakit VIP pula tu."
"Ya, saya tahu... tapi awak kena juga jaga makan. Kesihatan awak tu penting."
"Baik, Dr. Naufal. Awak janganlah risau."
"Mana boleh tak risau. Awak kan bakal isteri saya. Bakal ibu kepada anak-anak saya."
Hani terus ketawa kecil, "Merepeklah awak ni."
"Nope! Saya kan dah terus-terang dengan awak semalam. Awak lupa?"
HABIS MAKAN, mereka pulang ke kuarters bersama-sama. Naufal menghantar Hani sehingga di hadapan bangunan kuarters.
"Naufal, thanks tau belanja saya makan tadi. Sedap sangat makanan kat situ." ucap Hani.
"Ala... no hal lah. Lagipun, siapa lagi yang saya nak ajak teman kalau bukan awak."
Hani mengerutkan dahinya. "Kenapa pula? Awak ramai aje kenalan kat sini."
"Memanglah tapi awak special."
"Special? Apa yang specialnya?"
"Okey, saya terus-terang aje dengan awak. Saya bukan jenis yang suka pendam."
"Hani... saya dah jatuh cinta dengan awak. Sejak hari pertama saya jumpa awak."
Hani terkedu seketika. Apakah dia tidak salah dengar?
"Saya takkan paksa awak. Tapi saya takkan putus asa untuk tackle hati awak."
HANI mengeluh panjang. Dia menundukkan kepalanya memandang lantai.
"Hey... relakslah."
"Naufal... saya..."
"Dahlah! Saya kan kata yang saya tak paksa awak. Take your time, my dear."
Lambat-lambat, Hani tersenyum nipis.
"Hah... macam tulah! Manis sama macam nama awak, Hani."
"Hah, mula dah! Saya nak sambung study."
"Okey..."
Naufal merenung wajah Hani lama. Dia tersenyum lebar. Dia memang sudah angau.
Share this novel