SEJAK pulang dari tanah perkuburan, Hani hanya terperuk di dalam bilik. Dia hanya menangis sambil memeluk gambar Daniel.
Safiah sudah beberapa kali memujuknya untuk keluar makan tetapi Hani tidak memberi sebarang respon. Dia sudah putus asa.
Safiah duduk di meja makan namun nasi di pinggan hanya dipandang kosong. Dia hanya menguis-nguis nasi di dalam pinggan.
"Piah?" Halim memanggil Safiah apabila makanan di dalam pinggan sedikit pun tidak luak.
Safiah mengangkat wajah dan memandang wajah Halim dengan riak wajah sedih.
"Piah..." Halim mengeluh panjang.
"Abang tahu awak risaukan anak kita tu tapi kalau awak tak makan nanti awak sakit." pujuk Halim.
"Macam mana saya nak ada selera makan kalau anak saya terperuk dalam bilik tu tak makan."
"Awak dah pujuk dia, kan? Hani tu perlukan masa. Bukan senang dia nak terima kenyataan yang Daniel tu dah tak ada."
"Tapi saya tak sanggup tengok anak kita macam tu. Kalau dia masih terperuk aje... dia boleh jadi gila, bang."
"Ish, cuba awak doakan yang baik-baik aje."
"Maaf, bang."
"Macam ni ajelah... abang akan cuba pujuk Hani lagi. Mana tahu dia nak keluar dari bilik tu."
"Harap macam tulah."
Tiba-tiba, Safiah dan Halim terdengar sesuatu yang pecah di dalam bilik Hani.
"Bunyi apa tu, bang? Hani!"
Mereka bergegas mengatur langkah menuju ke bilik Hani. Safiah mengetuk pintu bilik sambil memanggil Hani.
"Hani, apa yang pecah tu?! Buka pintu ni Hani!"
"Piah... biar abang pecahkan pintu ni."
"Tapi bang..."
"Tak apa! Dah, tepi sikit."
Halim terus menolak pintu itu menggunakan badannya dengan kuat. Setelah beberapa kali, pintu bilik berjaya dibuka.
Safiah dan Halim terus masuk ke dalam bilik. Dia melihat Hani terbaring di atas lantai. Rupanya, gelas yang terjatuh. Kaca gelas itu bertaburan di atas lantai.
"Ya Allah, Hani!" Mereka berdua terus mendapatkan Hani.
"Abang, angkat Hani naik atas katil."
Halim mengangguk dan terus mendukung Hani. Hani dibaringkan di atas tilam.
"Abang, cepat panggil doktor!"
"Hah, ya!" akur Halim dan terus keluar dari bilik untuk menghubungi doktor.
"Hani... kenapa buat macam ni? Hani tak sayang ibu dengan ayah ke?" Mengalir air mata Safiah membasahi pipinya.
**********
BARU melangkah masuk ke dalam rumah, Erina disergah oleh Johan. Terhincut sedikit bahunya.
"Balik jugak kau, ek?" soal Johan bercampur perlian. Erina menjeling tajam lalu menghempas pintu.
"Kau kalau satu hari tak sakitkan hati aku tak boleh, kan?" Johan ketawa sinis. Dia berjalan menghampiri Erina.
"Erin, my sister... aku bukan nak sakitkan hati kau. Aku cuma nak kepastian sama ada kau memang larikan diri atau tak?"
"Oh, kau nak cakap aku nak larikan diri sebab aku takut?"
"Exactly! Kalau betul kau punca Daniel mati... kau mesti akan lenyapkan diri."
"Kalau betul pun, kau kesah apa? Bukannya ada kena mengena dengan kau pun."
"Hello, excuse me? Kau lupa kot aku ni adik kau. Kau jangan ingat polis takkan tahu tau."
"Sekarang ni aku memang tak salah! Kalau tak dah lama polis tangkap akulah!"
"Okey, aku cuma nak pesan jer kat kau. Better kau serah diri sebelum kau kena heret. Okey?" pesan Johan dan terus pergi dari situ.
"Aku dah cakap tak salah, kan?! Aku tak takutlah dengan kata-kata kau tu! Kau tu lagi teruk dari aku!"
Erina mencampakkan beg tangannya di atas katil. Dia bermundar-mandir di dalam bilik.
"Aku tak takut! Lagipun, aku tahu dia sengaja nak provoke aku. Tak guna punya adik!"
Sebanyak mana pun dia cuba bertenang, dia masih memikirkan kata-kata Johan itu. Dia takkan biarkan semua itu berlaku.
**********
SARAH menekan loceng dan berdiri di hadapan pintu rumah. Seketika, pintu dibuka dari dalam. Muncul Safiah di muka pintu.
"Aunty?" Sarah menyalami tangan Safiah.
"Sarah, mari masuk." pelawa Safiah. Sarah masuk ke dalam rumah.
"Aunty, saya nak jumpa Hani boleh?" pinta Sarah dengan sopan.
"Boleh. Lagipun mak cik dah penat pujuk Hani tu. Mana tahu Sarah boleh pujuk dia pula." Sarah mengangguk.
Safiah membawa Sarah menuju ke bilik Hani. Safiah meninggalkan mereka berdua di dalam bilik.
"Hani!" Sarah tersenyum kepada Hani. Hani sedang duduk bersandar di atas katil. Sarah berjalan menghampiri Hani.
"Sarah!" Hani meraih tubuh Sarah dan memeluknya erat. Dia mula menangis.
"Hani, aku dengar kau tak makan, tak keluar bilik... apa ni? Ibu kau risau tau pasal kau."
"Sorry, Sarah tapi aku tak bersedia nak jumpa sesiapa walaupun parents aku."
"Ya, aku tahu kau perlukan masa sendirian tapi at least kau jelaskanlah kat parents kau. Dia orang mesti faham." Hani mengangguk lemah.
"Okey, sekarang ni... kau kena makan. Kau ingat lagi kan apa pesan doktor?"
Hani menggeleng laju. "Aku tak seleralah nak makan, Sarah."
"Selera tak selera... kau kena makan. Meh, aku suap kau." Sarah mengambil bubur di atas meja. Dia sudah bersedia untuk menyuapkan bubur itu ke dalam mulut Hani.
"Sarah, please..."
"No! Makan sekarang!"
Lambat-lambat, Hani membuka mulut. Bubur disuapkan ke dalam mulutnya. Apabila ditelan, terasa pahit.
"Hah... bagus! Kau kena makan banyak-banyak biar ada tenaga."
"Ala... cukuplah ni."
"Mana boleh cukup? Makan lagi, aku tak kira." Sarah menyuapkan lagi bubur ke dalam mulut Hani.
Safiah dan Halim sedang mengintai dari luar bilik. Mereka membuka sedikit pintu.
"Bagus kan bang Sarah tu? Anak kita yang degil tu boleh dengar cakap dia."
"Betul tu tapi yang degil tu ikut awaklah."
"Hah?!" Safiah tidak sengaja meninggikan suara. Dia segera menutup mulutnya dengan tapak tangan.
"Awak ni senyaplah sikit! Dia orang dengar nanti."
"Abanglah sempat lagi usik saya." Safiah merajuk dan pergi dari situ. Halim segera mengejar Safiah.
Habislah aku!
**********
DAHLIA merenung gambar anaknya bersama tangisan. Tidak pernah dia menyangka bahawa anaknya akan pergi terlebih dahulu bukan dirinya. Sungguh dia amat merindui anaknya itu.
"Umi?"
Dahlia boleh mendengar suara anaknya, Daniel memanggilnya. Dia terus menoleh. Daniel sedang tersenyum manis kepadanya.
"Daniel? Anak umi?"
"Ya, umi. Ini Daniel."
Dahlia perlahan-lahan menyentuh pipi anaknya. Dia dapat merasai kehadirannya.
"Daniel, anak umi!" Dahlia terus memeluk erat tubuh anaknya.
"Dani, kenapa tinggalkan umi? Umi tak sanggup hilang Dani. Umi sayangkan anak umi."
Dahlia meleraikan pelukan dan memegang kedua-dua tangan Daniel. Dia mencium tangan anaknya itu.
"Dani takkan tinggalkan umi lagi, kan?"
"Umi... ini bukan tempat Dani. Dani kena pergi."
"Tak! Dani tak boleh tinggalkan umi! Umi perlukan Dani!"
"Tak boleh, umi. Dani kena pergi jauh dari sini."
"DANI!"
Dahlia terjaga dari tidur. Dia bangkit dari pembaringan dan mencari-cari kelibat anaknya.
"Dani! Dani, kat mana? Umi nak jumpa Dani."
Dahlia meraung sambil memanggil nama Daniel. Halim dan Dzarin mendengar jeritan Dahlia terus menjenguk ke bilik.
"Dani! Jangan tinggalkan umi! Dani!"
"Umi!" Dzarin dan Halim terus mendapatkan Dahlia di atas katil.
"Abang! Lia nampak Dani! Dia cakap dengan Lia!"
"Lia... anak kita dah tak ada! Mengucap, Lia!"
"Tak! Lia nampak! Kenapa semua orang tak nak percaya Lia!" Dahlia meronta-ronta mahu berjumpa dengan Daniel.
"Lia, sudah! Ingat Allah!"
Dahlia menangis teresak-esak. Halim terus memeluk isterinya. Dzarin tidak sanggup melihat uminya begitu. Dia terus keluar dari bilik itu.
"Dani... abang..." Makin erat Halim memeluk tubuh isterinya.
Ya Allah, Kau kuatkanlah isteri aku. Aku tak sanggup melihat dia menderita seperti ini, Ya Allah. Rintih Halim kepada Allah Yang Maha Satu.
**********
HANI mencari Safiah dan Halim di ruang tamu tetapi tiada. Dia terus mencari mereka di dalam bilik. Dia mengetuk pintu bilik tetapi tiada respon. Dia masuk ke dalam bilik.
"Aik? Mana ibu dengan ayah?" soal Hani pada diri sendiri.
Hani mahu keluar dari bilik tetapi terbantut saat melihat meja kerja ayahnya bersepah.
"Haih, ayah ni... semua kerja nak bawa balik rumah. Hani menggeleng-geleng kepalanya.
Hani berjalan menghampiri meja kerja itu dan terus menyusun buku-buku dan fail-fail di atas meja kerja itu.
Tiba-tiba, ada sesuatu yang jatuh. Hani memandang ke bawah. Ada sepucuk surat. Dia mengambil surat itu.
"Surat aku ni. Myeongwoo Hospital?"
Hani baru teringat bahawa dia ada memohon kerja di hospital itu. Dia mahu membukanya tetapi surat itu sudah dibuka.
"Hmm... siapa yang buka? Ah, lantaklah!"
Hani membaca surat itu. Dia tersenyum lebar apabila mengetahui bahawa pemohonannya berjaya. Tetapi dia melihat tarikh di surat itu.
"Sebulan lepas? Maksudnya... ibu dengan ayah sorokkan surat ni."
Share this novel